Saturday, January 31, 2009

WAWANCARA HARI WP BERSAMA MENTERI WILAYAH DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE ; " KITA KENA SERIUS KALAU NAK JADIKAN KL BANDARAYA MAJU DI DUNIA " - ZULHASNAN

Kuala Lumpur 31 Jan 2009 -- " Visi menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang maju di dunia tidak dapat dicapai dengan sekadar mencantikkan Kuala Lumpur dan tanam pokok sahaja.Kita perlu belajar banyak aspek daripada bandaraya maju dunia.Kita perlu serius" ,kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dalam satu wawancara khas dengan Bernama bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke 35 yang akan disambut esok.
Sepertimana yang kita sedia maklum Zulhasnan Rafique merupakan wakil tunggal BN yang menang di KL pada PRU ke 12. Beliau dikelilingi oleh 10 pemimpin dari Pakatan Rakyat yang tersohor di negara termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim ( Bandar Tun Razak ), Dr. Tan Seng Giaw ( Kepong ), Teresa Kok ( Seputeh ), Tian Chua ( Batu ), Tan Kok Wai (Cheras ) dan ramai lagi. Namun beliau dilihat dapat menangani segala cabaran tersebut dengan berani dan tenang. Apakah komen beliau mengenai cabaran tersebut ? Apakah harapan dan visi beliau ? Sila klik - BERNAMA - Temuramah Khas Sempena Hari Wilayah Persekutuan, untuk membaca jawapanya serta isu - isu yang lain menarik di Wilayah Persekutuan.

11 comments:

Anonymous said...

"Namun beliau dilihat dapat menangani segala cabaran tersebut dengan berani dan tenang..." Ini statement yang tidak benar malahan terpesong sama sekali. Mana pergi DSZ selepas lawatan membazir keluar negara dengan belanja ratusan ribu RM duit pembayar cukai, berminggu-minggu tidak masuk ke parlimen sehingga didesak oleh MP Batu/DAP hadir ke Parlimen menjawab pelbagai persoalan berkaitan. Malu kita selaku ahli UMNO dibuatnya. Apa dah jadi dengan Wilayah kini? Gagal didalam memberi laporan sebenar? Kemana perginya etika penulisan Wilayah kini sehingga sanggup mengorbankan ketelusan didalam memberi laporan demi agenda politik pihak tertentu. Mohon penjelasan lanjut.

Anonymous said...

Segala yang di atas BENAR BELAKA !!!

Anonymous said...

Saya ucapkan syabas kepada Moderator Wilayahkini kerana berani siarkan komen yang bantai mereka jugak. Inilah dikatakan ketelusan. Dalm isu Zulhasnan pula , cuma saya nak sentuh dia satu jer anak melayu yang menang di KL.Kalau tak hancur UMNO. Tak kisahlah menang undi pos ker atau undi rakyat ker, undi tetap undi. Pasal lawatan tu, kalau kita nak belajar tak salah. Semua kementerian juga pergi luar negeri. Semua orang pun pergi.Pakatan Rakyat punya negeri pun pergilah.

perantau PARLIMEN said...

Setahun saya dia memang jawab di Parlimen semua isu. Saya ada disana. bacalah akhbar.Kalau nak katakan Ahli Parlimen Batu bangkit isu, mintak dia jaga kawasan dia dulu. Selama ini siapa jaga dan bangunkan KL ? Lu fikirlah sendiri.Ayuh anak melayu.Sedarlah sikit.

Anonymous said...

Apa yang Zulhasnan kata dalam wawancara dgn Bernama memang betul.Itulah realiti.Kita kena terima kebenaran.Kenapa orang melayu sesama kita nak dengki sesama kita ?

Suri said...

Jangan suka cari salah org je beb,tengok diri sendiri dulu.Anda tu perfect sangat ke? hati mau baik. think positive lah sikit.Asyik cari salah DS Zul je.Tak adil lah .Saya pasti byk perkara baik yg dia dah buat

Anonymous said...

Salam nak tanya, betul ke orang UMNO di WP disisihkan semasa Sambutan Hari WP baru-baru ni? Kalau betul kenapa sampai jadi macam tu??

Anonymous said...

cakap boleh berdekah-dekah,kerja nak buat tak tahu, kalau betullah kau orang pandai sangat beri satu cadangan idea baru......kutuk orang pandailah......

Anonymous said...

Tahniah Wilayah Kini! Terima kasih diatas informasi yang dikongsikan. Kritikan membina amat dialu-alukan. Pendedahan berani sedemikian rupa amat menyedarkan kita yang sayangkan pemimpin UMNO dan BN. Alhamdulillah, bagaimanapun kini UMNO boleh berdiri segak kembali dengan kepulangan Negeri Perak DR. ke pangkuan UMNO dan Barisan Nasional. Setinggi penghargaan keatas Dato' Seri Najib dan jentera terlibat. Wassalam.

Anonymous said...

Kenapa pula Wilayah Kini mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak memberikan penjelasan mutlak terhadap komen Pertama dan Ketujuh yg diberikan oleh pelayar setia Wilayah Kini? Kalau inilah pendekatan Wilayah Kini, dah takde maknanya kita melayari Wilayah Kini... Perlukah si Luncai terjun dengan labunya...?

Anonymous said...

Statement tu I setuju benor. Memang betul beb. Pemimpin tinggi UMNO wilayah ramai yg tak hadir. I tak nampak kelibat DRNC, DSAA, DSTA dan ramai lagi. Pemimpin kita tak dijemput ke beb?