Thursday, January 29, 2009

TINDAKAN ADUN LOMPAT KE PKR ; ADAKAH BN DAN UMNO SEMAKIN PARAH ? ADA NAK LOMPAT LAGI ?TAJOL ROSLI PULA LETAK JAWATAN !

KUALA LUMPUR 26 Jan 2009 -- Tindakan ADUN BOTA Nasaruddin Hashim mengambil langkah lompat ke parti PKR ,telah menyebabkan satu lagi spekulasi politik di negara ketika ini. Situasi politik negara telah berubah angin dari Kuala Terengganu kini sudah ke sampai ke negeri Perak pula. Ada laporan media yang menyebut, ada lagi yang akan lompat ke PKR ? sila klik -mStar, untuk laporan selanjutnya. Adakah BN dan UMNO semakin parah dengan tindakan ADUN BN tersebut ? Isu ini menjadi panas kerana ,ADUN tersebut mewakili BN , dari parti UMNO. Ini merupakan episod lompat parti yang pertama selepas PRU yang ke 12.
EPISOD TERKINI.......TAJOL LETAK JAWATAN.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Negeri Perak Datuk Seri Tajol Rosli letak jawatanya sebagai Pengerusi BN dan UMNO Perak ekoran tindakan Nasharuddin Hashim tersebut. Apa pula yang akan berlaku selepas ini? Datuk Seri Najib dikatakan akan memangku jawatan Pengerusi BN dan UMNO Perak. Namun siapa pengganti Tajol bakal diputuskan malam ini - di mesyuarat Majlis Tertinnggi UMNO !

9 comments:

auraputih said...

orang macam ni talam 2 muka.tidak jujur, tidak amanah, tidak ikhlas dan segala2nya tidaklah.
disebabkan kalah dalam pemilihan UMNO bahagian, sanggup lompat parti.
apa punya lah orang mcm ni.sedih aku tengok orang melayu yang bersifat macam ni. ni lah namanya GILA JAWATAN. sedih aku.
langsung tidak memikirkan amanah yang telah diberikan oleh rakyat setempat yang memberikan kemenangan kepada dia tmpoh hari.
pentingkan diri sendiri.seharusnya dia harus sedar dan menilai dan mencari jawapan mengapa dia tidak dipilih pada pemilihan bahagian.
nampak sangat dia ni tidak ikhlas dalam UMNO.

Anonymous said...

biarkan depa lompat tu semua tak guna punya org.............TOTO......TOLONG ORG TIPU ORG..

Anonymous said...

Gelanggang dah terbuka. Lepas ni kalau ada wakil raayat dari pembangkang yang melompat ke BN jangan pula di salahkan BN.

Jangan dikatakan di beli atau sebagai nya.Sememang nya game ini di mulakan olih PKR.

BN jangan berlengah lagi cuba pujuk pula wakil dari pembangkang tu.Jangan risau apa pesepsi orang ramai. Kita jadi hero Hindustan kena dulu tapi bila bertindak baru depa tau.

Ingatan pada TAIKO PKR tu jangan di gerak harimau tidur.Every action there reaction.

Anonymous said...

muke ja nampak baik..ati macam setan

MAT SIRAT said...

IKUT RASA, NANTI BINASA
IKUT HATI, NANTI MATI!

Sebenarnya, tiada masalah langsung jika sesiapapun dalam dunia politik terutamanya di negara yang amat kita cintai ini ingin melompat parti.

Tiada masalah...

Namun, kosongkan kerusi Adun Bota itu terlebih dahulu kerana sewaktu PRU 12 yang lepas, pengundi memilih BN, barisan keramat...

Jika saya berdaftar di Dun Bota, saya rasa tertipu...

TIPAH PUN!!!

cctv said...

Salam...
Lompat parti atas dasar ape???? Apakah tidak setuju dengan barisan kepimpinan yang ada? Ubahlah dari dalam bukan melompat keluar. Apakah kecewa kerana kalah dalam pemilihan Bahagian?
Sebagai ADUN tugas untuk rakyat tampa mengira parti.
Pemimpin UMNO - untuk ahli UMNO.
AHLI Parlimen- Hal ehwal Kawasan Parlimen
Kenalah tahu tugas dan kedudukan dimana kita baru buat keputusan.
Jangan kerana kecewa lompat parti kalau masuk PAS OK Gak ada gak matlamat Negara Islam tambah gak ADUN PAS yg Minoriti tp pimpin Perak. Majoriti jadi Pembangkang. Jangan lah kerana kecewa tak menang jawatan terus lompat sana-sini. Masuk parti KECEWA.
Merubah biar dari dalam bukan menyalak Bukit. Dah lompat lepaskan aje jawatan ADUN biar pemilih tempatan tentukan nak BN or PR. Awak bawa amanah rakyat bukan tembolok sendiri...
Dalam Hal ni sendiri pikirlah bukan hanya muhasabah diri tapi dimana kita berdiri camne boleh kaya lani rumah besar berdiri bini lebih dari 1.
Sorry kalau tersalah bahasa sekadar mengingat diri yang nista jangan terlupa asal usul bangsa. Rimau simpan kuku bukan tidur lena.
Wasalam...

Anonymous said...

saya sangat bersetuju dengan 'cctv'

piut panglima kasim said...

mengkhianati pilihan rakyat...itulah yg boleh saya katakan. nampak sgt yg datuk ni begitu berani menjadi pemimpin yg
tak amanah. jwb la di akhirat kelak

Anonymous said...

nsb baik msk UMNO blk kalo x mmg dh kene dh ...