Sunday, January 25, 2009

KEKEJAMAN POLITIK MIC DI BAWAH KEPIMPINAN SAMY VELLU !

KUALA LUMPUR 25 Jan 2009 --Kekejaman politik MIC dibawah pimpinan Datuk Seri S.Samy Vellu. Begitulah dapat disimpulkan dengan pemecatan Datuk M.Muthupalaniappan - bakal calon Presiden MIC yang dipecat dari MIC. Inilah senjata Samy Vellu. Sesiapa yang berani mencabar, berani bersuara akan terima padahnya. Alasan yang diberikan terhadap pemecatan Muthupalaniappan ialah , mengkritik kempimpinan parti. Tetapi beliau tidak diberikan peluang dan ruang yang secukupnya untuk menjelaskan pendirianya.
Sekali lagi Tan Sri Vadivelooo menjadi orang penting dalam kes pemecatan Muthu. Seluruh ahli MIC tahu mengenai peranan Vadivello di MIC.Kerjanya "tukang pecat".
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, semua parti komponen BN kena pukulan yang kuat pada PRU yang ke 12 tahun lepas.MIC hampir hilang tenggelam.Nasib baik di selamatkan dengan 3 kemenangan kerusi parlimen. Samy Vellu masih berdegil mahu menjadi Presiden MIC. Apa nak jadi dengan MIC ? Semua orang tahu , Samy Vellu merupakan salah satu punca kekalahan MIC pada PRU yanng ke 12. Sampai bila MIC nak berubah ? Parti - parti lain sudah berubah . MIC bila ? Pemimpin - pemimpin MIC seharusnya bangkit untuk menyelamatkan masa depan MIC daripada kekejaman Samy Vellu.
Malah dibandingkan dengan MIC , pemimpin UMNO lebih lantang bersuara secara terbuka terhadap kepimpinan Pak Lah sampai ada yang minta Pak Lah berhenti dan berundur selepas PRU yang ke 12 tahun lepas. Tetapi UMNO tidak mengamalkan politik pecat - memecat seperti MIC. Samy Vellu kena faham- suara akar umbi memang sudah menolak kepimpinanya. Sampai bila beliau nak bermain wayang di MIC ?

1 comment:

cctv said...

Sudah-sudahlah tu samy oiii.. dah org taknak buat apalagi.
Bagilah yang muda-muda pimpin MIC. Ramai orang muda kaum India dalam kepimpinan MIC. Dah lama sangat pun dia.
Sorrylah i mencelah