Tuesday, January 20, 2009

SEMUA KATA UMNO PERLU BERUBAH ; MACAM MANA NAK BERUBAH ?

KUALA LUMPUR 21 Jan 2009 -- Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini , isu kekalahan BN di pilihanraya kecil Kuala Terengganu telah mengundang pelbagai reaksi dan juga macam - macam tanggapan serta andaian politik BN. Inilah mentaliti politik BN apabila kalah. Macam - macam cerita akan keluar. Isu yang terbaru yang dibangkitkan UMNO PERLU BERUBAH. MACAM MANA NAK BERUBAH ? Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini berpendapat , UMNO HILANG DAYA PENARIK dan perlu melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat. Beliau berkata UMNO kini dibelenggu oleh pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu. Sila klik DISINI
Sementara itu, bakal Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib pula berkata, kekalahan BN di Kuala Terengganu tidak menjejaskan imejnya malah ianya merupakan tanggungjawab bersama. Sila klik disini - Najib says KT loss not a reflection on his leadership . Malah Najib juga berkata, imej negatif UMNO dan sikap sesetengah pemimpin yang kurang mesra rakyat merupakan antara punca kekalahan BN di Kuala Terengganu. Sila klik DISINI . Para pemerhati politik pula bertanya macam mana UMNO perlu berubah ? Apakah yang dimaksudkan dengan imej negatif UMNO ?
Seorang Penganalis Politik berkata kepada Wilayahkini, "Perwakilan UMNO kena buat kejutan politik dalam pemilihan parti kali ini. Mereka kena berani memilih calon yang tak ada rasuah, tak ada kontroversi, tak ada kes politik wang dan tidak kira siapa mereka walaupun calon tersebut kurang popular ataupun kurang dikenali. Yang penting calon tersebut perlulah bersih , rajin dan iklhas dengan perjuangan parti. Sekiranya ini terjadi, rakyat mungkin akan kembali ke pangkuan UMNO. Percayalah. Kita perlu buat satu tsunami politik UMNO kali ini", katanya.
Inilah dikatakan Perubahan Dalam UMNO, ujranya lagi.
Apa komen anda ?

15 comments:

Anonymous said...

Keputusan prk kt telah diketahui dan UMNO mewakili BN telah kecundang lagi.kekalahan di permatang pauh mememanglah telah dijangka kerana memang kubu kuat PKR.Tetapi kekalahan di kt haruslah dijadikan iktibar kerana kekuatan kedua-dua parti adalah sama kuat.Memang benar UMNO dan ahli2 nya perlu berubah dengan segera untuk mengembalikan kekuatan UMNO supaya parti ini dapat diterima oleh semua peringkat lapisan.seperti di kt selepas penamaan calon sehingga hari mengundi.mereka telah dijanjikan macam 2 projek pembangunan dan jamuan makan2.Percayalah wahai pemimpin Umno atasan bukan ini yang mereka inginkan.Mereka inginkan seorang wakil rakyat yang ingin memahami apa masalah rakyat dibawahnya bukannya masa hendak mengundi baru datang menjenguknya dirumah sedangkan dimasa yang lain apa yang terjadi langsung tidak ambil perduli.UMNO perlu berubah berilah peluang kepada ahli2 Umno memilih calon yang berkebolahan yang diterima oleh semua.Janganlah pucuk pimpinan UMNO pusat yang menentukan calon kerana pilihan nanti mungkin tidak diterima oleh akar umbi.

Saya ada di permatang pauh dan juga kt saya ingin mengucapkan tahniah kepada DS Najib kerana telah bertungkus lumus untuk memenangkan calon BN dan DS Najib tidak patut langsung dipersalahkan didlm kedua-dua kekalahan ini.yang patut dipersalahkan kedua-dua bah ini yang telah gagal menjalankan tanggungjawab kepada penduduk dan juga pengundi mereka.Jangan ada projek pembangunan ikut mood pilihanraya,masa tulah baru nak berjumpa org,masa tulah nak belanja makan minum,bermacam2 program dibuat percayalah mereka sudah muak dengan semua ini.Kepada Dato wan farid jangan cepat berputus asa dan belajarlah merapati dan mengenali penduduk dan pengundi di kt buatlah program dari[pada skrg untuk semua peringkat umur dan ketepikan isu agama.Buatlah persiapan ini untuk PRU yg akan datang mungkin 2011 atau 2012. Jika ini gagal dilakukan oleh semua pemimpin BN dan UMNO percayalah BN dan UMNO tidak akan menjadi relevan dan akan ditolak oleh semua orang.

Buatlah perubahan

bungaraya said...

Apa yang perlu diubah?
1. Pemimpin yang RASUAH DAN SANGAT SUKA MEMBUAT PENYELEWENGAN. Ini tidak kira Pemimpin besar maupun kecil. Masalahnya bolehkah?
2. Sikap UMNO yang sombong, Riak, Angkuh, Takbur, Tunjuk lagak dengan kekayaan yang diraih dsbnya. Ini hanya dapat dikikis jika pemimpin bukan golongan Koperat.
3. Pemimpin semua peringkat UMNO mesti rajin turun padang dan memahami masalah serta berusaha mengatasinya dengan sungguh-sungguh. Tidak hanya dibibir saja.
4. Program untuk rakyat mesti selalu dilaksanakan. Bukan menghabiskan masa mencari kekayaan. 80% drp masa hendaklah disediakan untuk rakyat. Jika masa byk untuk berniaga, lebih baik berhenti sebagai pemimpin.

Jika melihat kepada permasalahan pemimpin ini, maka hampir 50% drp pemimpin UMNO mesti mengundur diri segera sebelum PRU ke 13. Jika tidak pilihanraya nanti UMNO pasti akan berkubur jua. Seperti RAMALAN ramai penganalisa politik.

piut panglima kasim said...

kalu kalah je abis tuding jari kt org lain tuk tanggung kesalahan...

royal jelly said...

BN PASCA PRK KUALA TERENGGANU: PERLU PENJENAMAAN SEMULA ATAU DIBUBARKAN?

Anonymous said...

Apa yang terjadi di KT tidak boleh jadi ukuran bahawa BN ditolak oleh rakyat. Pandangan saya sebagai antara jentera disana faktor dalaman lebih banyak main peranan. Walaubagaimanapun kita tak harus pandang remeh apa jua kelemahan pada kita. Hakikatnya semua jentera dalam dan luar dah bekerja keras tetapi realitinya terlalu ramai antara kita yang kesana lebih kan 'keje' yang lain dari membantu. Wallahualam...

muda belia said...

perubahan...berubah...mengubah...diubah mana satu pilihan UMNO...

yg menjadi pengundi pada PRU13 majoriti anak2 muda lingkugan 20an-40an yg celik ilmu dan jarang2 tertipu dgn mainan media masakini...

pilihan mereka media alternatif buat keseimbangan maklumat...semua maklumat dinilai dan dikaji... kesimpulannya dKT BN kalah tersungkur...

persidangan UMNO mac ini xakan menjadi satu titik tolak perubahan...yg tercalon hampir kesemuanya punyai coretan masalah kronik yg mencurigakan dimata anak2 muda ini...

meja sebelah yg dipenuhi anak2 muda dkedai makan ketika menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) tempohari...kedengaran bualan mereka yg mengatakan kalu DSNajib jd PM...

M'sia ada satu masalah besar iaitu DSRosmah Mansur...kata mereka sedang DSNajib berduka cita atas KT bagaimana bole DSRM menonjolkan diri enjoy gi AJL...xpernah is3 TPM@PM dulu buat keja2 gitu...

pandangan dan pendapat anak2 muda ini membuktikan mereka berani mengeluarkan pendapat dan punyai pemikiran tersendiri dlm melihat sesuatu perkara yg berlaku di negara ini...

hidup dlm penafian adalah penyakit HIV dlm UMNO...pemilihan dibahagian walaupun menang dgn perbezaan majoriti sangat tipis masih ada kata2 angkuh semasa pengulungan... "saya masih menjadi pilihan perwakilan"... menang 51% kalah 49% undi perwakilan...

berlapang dada kaji mengapa mereka xmenyokong kepimpinan aku... ingat 2 perkara lupa 2 perkara...

1) ingat org tolong kita
lupakan kita tolong org

2) ingat salah kita pd org
lupakan salah org pd kita

49% yg x menyokong terus diboikot serta dipulau aktivitinya oleh KB tanpa melihat natijahnya yg menyebabkan UMNO pupus...UMNO bkn jahanam krn Pakatan Rakyat...UMNO binasa atas racun bisa membunuh ciptaan sendiri...

UMNO xmahu berubah...sapa berani cuba mengubah ada saja tindakan, ugutan n cercaan dr dlm kalangan UMNO sendiri...

UMNO perlu tegas dlm soal2 melibatkan AKHLAK...berapa kerat pemimpin2 bebas dr zina, rasuah, angkuh dll...semua ini akan menjadi ikutan dan amalan ahli lain dalam semua peringkat UMNO...

Dendam pd bangsa sendiri atas perbezaan pendapat politik perlu dibuang...pada dasar apa pun mereka ttp islam dan melayu. rapati juga kenali mereka yg xbersama tanpa xmembuat liputan media bila bantuan dihulurkan...

calon2 ke jawatan UMNO pusat tarik diri jika ada masalah...sayang parti atau khianat diri... jgn tunggu sampai dilondeh menjadi bualan anak2 seluruh negara...

jika tidak...

UMNO akan diubah atas undi anak2 muda yg bakal mengundi PRU13???

azlan said...

BN/UMNO kena berubah.reform.tak boleh lagi nak kekal dengan cara lama.rakyat sekarang dah makin lama makin cerdik dan matang dalam menilai situasi politik.Kalau BN/UMNO terus dengan cara nak tunjuk lagak dan ada kuasa maka percayalah yang BN/UMNO takkan ada peluang lagi untuk menang selepas ini dalam pilihanraya.

Anonymous said...

Pemilihan Agung UMNO pada bulan Mac nanti akan ditunggu sekali terutama ahli UMNO sendiri dan jua yang bukan ahli.INILAH YANG AKAN MENJADI TITIK TOLAK ADAKAH UMNO AKAN DITERIMA OLEH SEMUA ATAU AKAN DITOLAK OLEH RAKYAT MALAYSIA.Kepada pemimpin yang merasakan dirinya tidak mampu untuk menjalankan tugas dgn baik diharap dapat mengundurkan diri dan berilah peluang kepada mereka yang ingin menjalankan amanah yang telah diberikan untuk kebaikan UMNO itu sendiri dan masyarakat disekitarnya.Percayalah para pewakilan yang akan datang nanti menjadi penentu dengan undi mereka.pilihlah pemimpin yang dirasakan mampu menjalankan tugas bukan nya yang lebih memberi HABUAN.Apa gunanya ada jawatan tinggi dalam parti tetapi kawasan sendiri dikuasai oleh parti selain UMNO (BN) .Itu utk setakat ini saya belum membaca komen atau cadangan dari org lain

SELAMATKAN UMNO
SELAMATKAN MELAYU.

IKHLAS ,
SANDRA

MATS SIRAT said...

Kekuatan amalan demokrasi terletak dalam tangan ahli-ahli di peringkat cawangan. Perubahan yang paling efektif seharusnya bermula di peringkat akar umbi. Jika kita mengisytiharkan untuk melakukan perubahan, kita tidak boleh melakukannya laksana gimik pelancaran sesuatu majlis perasmian dengan hanya menekan suiz di peringkat atasan, kemudian barulah rasmi UMNO berubah. Pada hemat saya, perubahan boleh dimaterialisasikan dengan memastikan agar pimpinan setiap cawangan mula memainkan peranan menjalankan gerakerja yang mendekatkan UMNO bukan sahaja dengan ahli-ahlinya sendiri malah masyarakat sekekliling. Jika setiap cawangan mula mengorak langkah penuh bergaya seperti itu, barulah aura kebangkitan dapat dirasai. Pucuk pimpinan bahagian dan juga perhubungan negeri akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing pula untuk seterusnya membajai kesuburan sokongan terhadap UMNO. Jangan biarkan retorikisma menguasai diri dengan hanya NATO sahaja (no action talk only). Bukan sahaja masa hadapan UMNO dalam bahaya, perlembagaan persekutuan juga turut terancam bila nasi sudah menjadi bubur kelak.

Kebangkitan PR dan juga mungkin lain-lain pakatan sebelum PRU13 nanti boleh dicantas. Elemen penerangan yang bersepadu perlu dilaksana agar rakyat mula memberi kepercayaan terhadap dasar-dasar kerajaan BN. Jangkaan sambutan permulaan aktivit dalam setiap cawangan yang disarankan mungkin akan berada dalam keadaan lembab, jesteru pejuang kelangsungan perlembagaan persekutuan haruslah berusaha dengan tidak mengenal erti penat dan jemu. Sambutan mungkin akan kurang dalam tiga aktiviti yang terawal, namun jangan terkejut jika rakyat mula menyuarakan isi hati inginkan berbagai program untuk kepentingan mereka.

Samad said...

Salam...
Kadang-kadang pandangan daripada penganalisis politik lebih bernas dan bagus daripada pandangan ahli politik sendiri. Ada ahli politik yang hanya pandai bercakap "UMNO perlu perubahan" tapi tak pula dinyatakan apa perubahan yang dimaksudkan secara lengkap. Habis-habis pun mereka akan menuding jari kepada individu tertentu atas kekalahan sendiri. Inilah sikap negatif ahli politik (bukan semua)...

Anonymous said...

Mac ini adalah penentu untuk UMNO. Samada akan bangkit semula dgn GAH, atau terus di monopoli oleh 'hantu2' politik yang memang masih mengejar , mementingkan agenda peribadi melebihi kepentingan parti. Saya merayu dan menyeru, pada mereka yang hanya menjadikan UMNO sbg batu loncatan utk agneda peribadi, hentikanlah, sila undur diri. Berilah peluang kepada mereka yang benar2 ikhlas utk bersam2 parti berjuang demi agama, bangsa dan tanahair, biarlah hanya mereka yang ikhlas diberi tempat utk menerajui UMNO baik di dalam pergerakan wanita, pemuda wahupun Pu3. PRU13 akan menyusul tiba. Sekiranya 'hantu2' politik masih mencengkam di peringkat atasan, rakyat akan terus menghukum UMNO. Kepada mereka yag diberi mandat utk memilih/mengundi, gunakanlah undi anda dengan jujur dan bijak. Jangan undi dipengaruhi emosi, wang ringgit. Undilah demi anak bangsa kita di masa akan datang. Bagi menjamin, UMNO terus Gah sbg satu2nya parti yang diterima dan dipercayai utk membela dan mempertahankan kesucian agama, dan hak orang melayu di tanah tumpah kita sendiri. Pilihlah pemimpin yang benar2 ikhlas dan sanggup berjuang utk kepentingan parti. Kembalikan zaman kegemilangn UMNO itu sendiri. Disini, tanah tumpah darah kita, disini juga, kubur nenek moyang kita. Jangan 'lacurkan' harga dan maruh diri kita, hanya utk beberapa keping kertas yang kita terima dari 'hantu2' ini. Buktikan, 'jiwa' kita bukan mudah dijual beli hanya dgn wang ringgit. Keputusan kita pada mac ini, adalah penentuan utk anak bangsa cucu kita pada masa akan datang. Renung2kanlah..

Sahabat-Gunung said...

Benarkah UMNO sudah di ambang kehancuran? Benarkah UMNO siap sedia untuk ditalkinkan? Benarkah UMNO sudah jauh di hati orang-orang Melayu….?

Bagi aku, perjuangan ini baru nak bermula.

Mungkin pelik kerana UMNO itu sendiri sudah 62 tahun di arus perjuangan politik bermula dengan perjuangan Dato’ Onn menuntut kemerdekaan hinggalah ke zaman Pak Lah yang nampak macam 'menyesakkan' dada ahli-ahli UMNO.

Sedarlah… semua yang berlaku pada hari ini bukanlah salah Pak Lah, bukan salah anak dan menantunya, sebagaimana dakwaan beebread pihak tetapi salah kita yang tidak pernah serius dalam perjuangan dan sentiasa berasa selesa dengan kejayaan dan kemenangan kita sebelum-sebelum ini.

Bila dah jadi macam nie, baru nak salahkan Pak Lah, nak salah Khairy tetapi siapa Pak Lah atau Khairy jika bukan kerana pencalonan dan undi-undi kita sebelum ini.

Oleh yang demikian, apa yang berlaku hari ini bukanlah salah Pak Lah atau Khairy. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, menjelang Mac ini, marilah kita sama-sama menyusun barisan, bersama-sama membantu Pak Lah sebelum meninggalkan kerusi Presiden dan Perdana Menteri, untuk memperbaiki UMNO dari akar umbi.

Jika selama ini, masyarakat memandang kita sebagai pengamal politik wang, bertekadlah demi kekuatan UMNO itu, marilah kita sama-sama menolak segala unsur politik dalam memilih kepimpinan yang akan datang.

Itulah sebabnya aku mengatakan perjuangan kita baru bermula. Perjuangan kita menolak pemimpin yang lahir hasil amalan politik wang, dan memberikan sokongan padu kepada DS Najib dan barisan kepimpinannya…. Yang bakal kita pilih Mac ini.

Jangan sekali lagi melakukan kesilapan yang sama. Memang selama ini kita tidak pernah belajar dari kesilapan, tapi sampai bila kita tak nak belajar. Sampai UMNO ditalkinkan.

Tidak, aku tidak akan benarkan UMNO ditalkinkan. Aku akan berjuang sehingga ke titian darah terakhir, tapi mampukan aku berseorangan berjuang untuk UMNO. Ternyata, itu retorik semata-mata, tapi jika berjuang bersama-sama pejuang UMNO yang lain, aku yakin UMNO akan kembali di landasan yang sebenar.

Aku yakin, rakyat mahu melihat perubahan drastik pada UMNO. Tapi siapa yang akan meniup semboyan ini? Jangan bermain teka-teki atau sandiwara lagi kerana rakyat dan golongan muda hari ini semuanya dah cerdik-cerdik dan pandai-pandai belaka hasil perjuangan UMNO dan BN juga yang selama melakukan pembangunan yang seimbang, pendidikan yang sempurna, pembangunan modal insan…. Yang akhirnya memakan diri sendiri.

Tapi jangan menyesal dengan apa yang sudah kita buat selama ini. Jangan menyesal membina sekolah-sekolah yang sempurna, yang menyesal membina universiti untuk kecermerlangan anak-anak kita, jangan menyesal untuk semua yang kita dah lakukan selama ini.

Tapi, perjuangan kita baru bermula. Perjuangan membaiki UMNO, agar terus lekat di hati orang Melayu, agar terus mendapat kepercayaan rakan kompenan BN dan seterusnya masyarakat berbilang kaum.

Itulah perjuangan kita. Jika kita bermula dari hari ini, aku yakin apa yang kita takuti akan menjadi kenyataan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempertekadkan azam, memperkukuhkan barisan, memperbaiki sikap negatif kita untuk memperkasa semula UMNO.

Salam perjuangan buat semua.

Pantai Batu Buruk
K.Terengganu
19 Jan 2009 (11.15pm)

hatiminda said...

saudara,saya tidak menyalahkan sesiapa dalam soal kekalahan di KT. Namun ingin saya berikan sedikit sebanyak perkara yang menjadi perbualan orang ramai terhadap BEBANAN yang UMNO dan BN tanggung akibat seseorang yang masih terlalu MENTAH ingin diangkat dan bercita-cita sebagai pemimpin besar negara.

Siapa mengenali KHAIRY JAMALUDDIN jika bukan dia hanya seorang anak menantu Pak Lah?
Sungguh malang nasib Pak Lah akibat si Khairy sumbangannya berkecimpung 30 tahun dalam politik rosak sekelip mata. Sudah pasti namanya menjadi ingatan dan disebut-sebut sebagai "Bapak Mertuanya si Khairy" berbanding panggilan bapa kemerdekaan, pembangunan, perpaduan mahupun bapa pemodenan..

sebut-sebutan rakyat terhadap Khairy:

1.) Sombong dan Angkuh
2.) Mulut celupar
3.) muda-muda lagi dah kaya raya
4.) harapkan pak mertua dia jer mamat ni
5.) macam bagus jer mamat ni
6.) celaka lah mamat ni tak hormat orang tua/ vetren UMNO
7.) siapa kawan khairy mesti banyak WANG
8.) penat-penat jer kita berjuang utk UMNO yg naik jawatan si khairy yang asal usulnya entah dari mana
9.) org takut oh... ngan khairy sebab dia boleh gunakan-gunakan pak mertua dia
10) jahanam lah khairy dia ni orang anwar kot...kenapa dia jadi org tengah bebaskan anwar dan hantar pasport...

banyak lagi sebut-sebutan rakyat perihal khairy..

oleh itu minta tolong sangat2 kpd saudara yang boleh menghubungi si Khairy ni supaya sampaikan kepada khairy jika benar sayangkan UMNO letak jawatan naib pemuda dan tarik diri daripda bertanding KP UMNO...jika dia masih memegang jawatan, UMNO sukar dipulihkan... percayalah!

dia masih muda dan masih ada masa utk memperbaiki reputasinya...jangan sampai UMNO hancur disebabkan ketamakan si khairy di dalam UMNO utk memegang jawatan..
aku,kau,dia dan mereka masih sayangkan UMNO...HIDUP UMNO!!!

Anonymous said...

Saya ucapkan terima kasih kerana blog wilayahkini membuka ruang
untuk memberi pendapat tentang perubahan yang mesti dilakukan didalam UMNO untuk kekal releven.

Saya tidak ingin untuk menganalisa
PRK di Permatang Pauh atau di KT tetapi lebih menjurus kepada UMNO di Wilayah Persekutuan,khas nya kepada Bhg Setiawangsa danTitiwangsa dalam PRU lepas.

Semua maalum di Titiwangsa UMNO kecundang.Saya bependapat di sini selain faktor tsunami politik faktor calun yang diletakan melicinkan lagi jalan kejatuhan UMNO Titiwangsa.Bayangkan calun yang di letakan adalah AJK Bhg. no. 20. Walaupun tak mau kepada D Sulaiman mana pegi nya maruah tim. ketua, naib ketua, ketua. pemuda k wanita, k putri atau AJK dari no.1-19.

Dalam kontek Setiawangsa pula UMNO bolih di katakan menang dalam kekalahan.Kalau tidak kerana undi pos, D Zulhasnan bolihlah di senaraikan dalam Menteri2 BN yang dimalukan dlm PRU12.Sahingga ada yang melebelkan Dato Zul sebagai wakilpos bukan nya wakil raayat.

Kekalahan Titiwangsa dan Setiawangsa tidak bolih disamakan kerana berapa factor berbeza melainkan wangsa di hujung nya saja.Di SW D ZUL adalah saorang menteri tambahan pula kementerian wilayah, saorang yang di ketahui kekuatan kewangan nya, calun yang telah melalui 3 pilahan raya, mendapat sepenuh sokongan dari UMNO kerana kedudukannya sebagai ketua bahagian dan tekanan dari pembangkang tidak lah sehebat Lembah Pantai.

Persoalanan nya mengapa hanya layak menjadi wakil pos bukan wakil raayat.Di sini lah saya rasa factor peribadi calun memainkan peranan. Banyak kedengaran keluhan raayat tentang sifat kesombongan, keangkuhan, konon beliau lah yang paling bijak,banyak kencingkan kawan2.Beliau dikatakan amat bermegah megah dengan harta kekayaan yang asalusul nya di ragukan.Bukan hanya raayat biasa malahan dikalangan ahli UMNOpun merasa meluat .Ini di tambah pula sifat mengampu olih cabinet beliau. Manusia kayu mati atau ular kepala dua yang ada di sekeliling beliau baik di pejabat kementrian atau bahagian semua nya sokong yang membawa rebah. Nama seperti Hashim janggut, Pak Lah Mat, Hj Mat Hashim,Yusuf Mat, Yusaini Amir memang mendatangkan bencana kepada UMNO Setiawangsa..

PRU 13 nanti diharapkan Najib dapat meletakan calun yang lebih mesra raayat, calun yang lebih berkelayakan dancalun yang dapat membaiki imej UMNO yang tercalar.Kalau bolih jangan yang terlalu tua .Juga jangan diambil dari kalangan dato dato yang sekarang ini sibuk menjaga perut mereka saja, yang hanya berjumpa rayaat apabila musim pilihan raya atau pemilihan UMNO.Kalau tidak di buat satu anjakan paradigma saya rasa bukan setakat wakil raayat yang UMNO tak dapat gelaran wakil pos pun akan terlepas.

cctv said...

Salam..
Berubah atau perubahan atau baik pulih keadaan walau apapun ayat yang digunakan ia tidak berguna jika langkah kearah itu hanya sekadar cakap-cakap aje. Nak tunggu MAC baru nak berubah. KENAPA????
Apakah pada masa itu kepimpinan baru boleh terus merubahnya dalam sekelip mata?
Apakah dikala itu ada kuasa yang cukup kuat untuk merubahnya?
Dalam Diri Perwakilan perlu diubah dahulu pemikirannya apakah yang mereka mahu pada MAC nanti dari perut mereka sendiri atau suara akar umbi.
KB perlu mula menyatukan Bahagian mulai kini bukan mendebik dada menyatakan kemenangan kerana undi mejoriti tak besar mana.Kepimpinan bahagian perlu mula buat kerja penyatuan bukan jadi kerbau ikut KB. Jangan asyik program makan-makan aje yang disebokkan. Pejabat UMNO buat perhiasan, Jawatan buat kebanggan. Kerajaan jadi kuda tunggangan.
Gerak-kerja pilihanraya yang sebenarnya apee? Kerja ape yang patut dibuat tau ker ape2??
Berubah bukan haya pada Nada atau suara atau keluar paper tapi pada kerja kita. Nawaitu kita kena ingat bukan hanya niat tapi perbuatan yang dizahirkan. bukan hanya ahli UMNO Aje yang tinggal kat Tanah Melayu tetapi ada ramai lagi Anak cucu bangsa Malaysia didalamnya.
Cukup untuk kali ini. Jumpa lagi.... Salam