Friday, January 9, 2009

UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN TURUN PADANG BANTU CALON BN DI KUALA TERENGGANU !

KUALA TERENGGANU 9 Jan 2009 -- UMNO Wilayah Persekutuan juga telah turun untuk membantu memastikan kemenangan calon BN di Kuala Terengganu. Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah melantik Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini.
UMNO Wilayah Persekutuan difahamkan ditugaskan untuk menjaga kawasan Pantai dan Kampong Kolam yang berada di kawasan DUN Bandar.
Sementara itu, wakil Wilayahkini juga nampak ramai wakil - wakil daripada Pergerakan Pemuda, Puteri dan juga turn padang sama - sama untuk membantu calon BN.
Disebalik perkembangan tersebut, kami juga ada dengar yang ramai pula nak gunakan kesempatan untuk berkempen bagi pemilihan UMNO.
Apapun disebalik, kepanasan politik di Kuala Terengganu, kita nampak ahli - ahli UMNO Wilayah Persekutuan nampak begitu bersemangat .

10 comments:

Anonymous said...

semangat kena strategik...bukan main balun saja. pu3 umno yang ke hulu hiliaq dengan gaya ranggi tu...lebih baik berambus saja...datang x menambah...balik pun tak merugi..

muda belia said...

Kamarudin Ambok kalau bab2 mengarah mmg hebat... mengarah mcm pengarah filem class b...

semasa diKT sempat bertanya berita kaw peti undi...borak2 dgn sorang pemuda katanya dari bhg segambut dtg dgn kwn2...

kata pemuda ni KB bhg segambut dah main pulau n boikot aktiviti pemuda bhg segambut...katanya dah kedengaran yg 'Kambok' (nama manja Kamarudin Ambok)bgtau pencacai2 (asan ling-ling,mail bdk fail antara nama yg disebut melekat dingatan)dia tak akan 'support' pemuda bhg...

katanya pemuda dipinggir kerana kambok x suka pada KP segambut yg menongkah arus...byk lg yg dicita oleh pemuda tu...

jenis2 KB camni la yg menyebabkan UMNO hancus dimata pemuda2 yg belum ahli dan xmahu undi BN...pemilihan dah abis masa utk berkerja...xabis2 yg KB nak boikot pemuda atau viceversa dalam UMNO...

rasanya bkn UMNO segambut saja hadapi masalah begini...kalu buat selidik misti banyaknya masalah gini di UMNO bhg2 seluruh negara...
perlu ada tindakan dr UMNO pusat demi perpaduan parti...

jgn UMNO terkubur krn perangai kebudak2an,nafsu serakah n fikiran singkat Ketua Bhg,Ketua Wanita,Ketua Pemuda jua Ketua Pu3 yg asyik bertelagah sesama sendiri dlm bhg memasing...

dlm 5negeri PR, sedar tak??? berkerja demi parti...jgn sampai tanam dlm PR13 nanti???

p/s mula pagar hijau keliling rumah
skrg tembok batu harga sebijik
rumah...ketua2 UMNO???

Anonymous said...

tul tue..masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang lembu kalu mengaummmmmmm nayala wei...

piut panglima kasim said...

org dtg menolong pun dah cukup baik. sekurang2nya berterima kasih la sket. ni tak, maki plak yg dibagi. pakaian & gaye tu tak payah la pedulik!

Pu3 KL said...

syabas to all yang bekerja keras di Tganu. Kami yg tak sampai lg bukan apa, boss susah nak lulus cuti.. kami doakan BN menang

auraputih said...

now saya di kuala terengganu..
saya melihat banyak ahli UMNO di sini lebih banyak duduk berborak dari buat kerja..dari pagi sampai lah ke malam..
duduk kat bilik gerakan 1/2 jam..duduk kat kedai kopi..2 jam...
markas PAS pulak..saya tengok sentiasa ada orang..apapun aktiviti semua nya buat kat markas..nak duduk minum2 ker..borak2 ker..semua kat markas..x pergi mana..
itulah sedikit perbezaan orang2 luar yang datang ke KT untuk beri pertolongan dari gerak kerja..
harap saudara2 sekalian tidak salah anggap dengan peandangan saya ini..ambil iktibar..

Anonymous said...

baik puteri mahupun pemuda...datang bukan buat kerja...melancong jer lebih...

pusing2 jumpa kat psar payang...pusing lagi tepi pantai...pusing lagi masjid kristal...pastu dalam kedai batik...

hancur...hancur....

pemuda terpinggir said...

masalahnya x de guideline apa bende nak buat, dan macamana nak bergerak dalam kes Trengganu ni.
Bab KP Segambut tu, ada dengar cerita planning dia orng nak mandikan KB Kambok pemilihan aritu. Sebagai bapak kita Kambok patutnya rapatkan balik barisan. Ni contoh tak baik pulak..

cctv said...

Salam..
Sejarah dah berulang. Masa D.Kapt KP kena cam ni pasal D.kapt tak sokong Kambok masatu puaslah d.kapt. buka pejabat buat program itu ini tp kambok tak bantu pun. kini boleh lak laga pipi..
Ni nak bagi ingat ckit pada yang diatas tu kamu dipilih oleh majoriti ini tanggungjawab.bukan boleh jawab ikut suka-suka tauler umah besar kat setiawangsa tp kami yang d segambut ni gak yang tolak u naik kat atas.
Ingatlah UMNO adalah PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU bukan Pertubuhan kebanggaan aku no satu. Agama Islam teras kekuatan kita, Bangsa Melayu Punca perpaduan kita Tanah Melayu Tanah tmpah darah Kita.
Insaflah Kambok jangan pandai cakap depan kasi nampak baik belakang, cerita main baling taik. Kalau perkara yang dibawa itu baik takpayah tabur benda tak baik mesti ramai yang sokong. Lupalak nak inform masa pemilihan tempoh hari Kambok dah kasi tau satu ni last term di pegang KB. so kita kasi ingat kat dia 2011 k.
Bukan i benci tapi sekadar ingatkan ajeeerrr.

Anonymous said...

salam..

saya rasa pendapat yang kata kami ke KT melancong adalah salah. kami dah sehabis daya usaha menolong orang2 di KT, berkempen mengalahkan orang tempatan, sampai gelap kulit kami pulang ke wilayah nie. Tapi kalu dah bulan mereka nak pangkah waktu mengundi, tak kan lah kami nak padam plak kertas undi tu tolong pangkah kan dacing.

jangan lah hanya nak tuding jari melihat kesalahan orang, datang sendiri turun padang bantu berkempen untuk BN, baru tau susah atau tak keadaannya.

Melihat dan bercakap memang mudah, tapi buat dan nak melaksanakan amat payah.