Friday, January 2, 2009

PUTERI UMNO SETIAWANGSA LANCAR LAMAN BLOG SENDIRI...... !

SETIAWANGSA 2 Jan 2009 -- Pergerakan Puteri UMNO Setiawangsa yang diketuai Seri Wani Sabtu melancarkan laman blog rasmi pergerakan tersebut baru - baru ini bagi memperkasakan lagi sistem komunikasi dikalangan ahli - ahli puteri di Setiawangsa serta bahagianbahagian lain. www.puteri118.blogspot.com , untuk mengikuti perkembangan Puteri UMNO Setiwangsa. Untuk rekod, Seri Wani juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Wilayahkini, mengucapkan syabas kepada Pergerakan Puteri Setiawangsa yang telah mengambil inusiatif untuk memulakan laman blog sendiri. Kami juga mendapati banyak gambar - gambar yang dimuatkan di blog tersebut untuk tatapan kita bersama. Wilayahkini berkongsi bersama -- beberapa keping gambar yang diambil dari laman blog tersebut.

13 comments:

Pu3 Angels said...

Tahnniah Seri Wani.

pu3 Setiawangsa said...

Terimakasih kepada WK kerana promosikan blog Pu3 Setiawangsa.

piut panglima kasim said...

jom kita bg sokongan pd yg lain2 juga utk turut serta...

Cucu Nenek Kebayan said...

akhirnya... tapi masih masih dlm kategori terlewat nak dapatkan nama web yang sepatutnya.... ini lah dia kes orang slow....

Hidup Seriwani

UIA '99 said...

Tahniah Wani.Kamu dapat jawatan yg dah lama kamu nanti-nantikan!!Berhasil usaha kamu selama ini yg duduk disebalik 'shadow' Ketua.
Tetapi ingat, adik perlu ada stand sendiri.Adik perlu buat pendirian...tak boleh play safe sahaja. Sekejap jadi penyokong kuat Bibi,sekejap jadi penyokong Rosnah & Shahniza.Kalau ia pun nak menang dan selamat dibawah lindungan calon2 ini,adik perlu tetapkan pendirian hari ini krn orang akan menilai kamu dari sekarang.

aileb said...

tahniah buat pu3 setiawangsa.

Anonymous said...

wah...kalu ini mcm ni la..aku pun nk bukak blog la..hahaha...tahniah umi..akhirnya..kini pasti..wah...mak nyanyi nyah...haha! Ok la kenkwn smua..jgn lupa car wash charity carnival yea...support kpu3 korg...hehe!

Buntal

Anonymous said...

tak kisah arr, nak wat blog ke, apa ke, bagus arr, salah 1 cara menarik gak nih, cuma,aku hrp, yg diberi mandat untuk mengundi, akan gunakan peluang dengan jujur dan bijak. Kalau boleh, kita nak Puteri jadi mcm dulu, zaman azalina, pu3 digeruni pembangkang. Kita bukan sekadar jadi penempel program / budak suruhan oleh wanita / pemuda mahupun bahagian, tetapi kita diiktiraf utk berdiri atas kaki kita sendiri, atas pergerakan kita. Kalau dpt ketua yg suka glamour, alamat itu jelah hala tujunyer.. Tapi klu ketua kita gangster, berani berdepan dgn pembangkang, barulah org tau, siapa PU3, betapa beraninya kita...hehe.. Jangan mengundi ikut kata orang, ini adalah pergerakan kita, entiti kita, lambang diri kita. Ayuh semua. Biar selepas pemilihan ni, kita bangga membawa nama Pu3, dimana saja kita berada..

Kawan Mantan said...

eh Buntal, awak ni sekejap dengan mantan, sekejap dengan Seriwani. Byk kolam ikan jugak awak ni kan. Awak mesti ada pendirian awak sendiri, bukan cuma nak hidup membodek je 24jam.

Hidup Mantan

Tamingsari india said...

Emy buntal, awak sekarang ni tukang bawak Hamiza Putrajaya berkempen ke? Iye iye kami tengok ngkau kat Kedah itu hari. Siap dengan mantan ngkau lagi. Ngkau tak bawak Ketua Pu3 ngkau ke? Dah lah satu undi dari perwakilan sendiri pun tak akan dapat, ngkau tunjuk ke tidak sokongan ngkau kat dia...

Apa2 pun Buntal, hidup Pengerusi Tetap!!! Kau ketuk je meja tu... Tok! Tok! Tok

Oleen said...

hehehehe.. sian ko emy..

g sini org kutuk.. g sana pun org kutuk..

tak per lah yang betul ko aku ngan shila ok..

hehehe...

Oleen said...

isk salah pulak.. yang penting ko aku ngan shila ok jer.. hehehe.. sowi sowi.. typo lak

Anonymous said...

haha..korg buat lawak lak..aku x reti main byk kolam beb..kolam renang kat umh mambang pun aku x main..ish..rilex la beb...hidup kena teruskan..aku x reti bodek la..hanya org kurang akal je kaki bodek..xpe la..apa jua korg 'bercerita' ttg aku...mak ok je nyah...mls la nk 'mbalas'..perjuangan harus d teruskan...hidup pu3..hidup pu3..hidup pu3!

P/s: Jgn slalu provok org...tak baik!

Hahahahahahaha! selamat hari wilayah pada semua warganegara wilayah persekutuan...

Buntal a.k.a Antu Digi...