Saturday, January 3, 2009

PEMUDA WILAYAH SOKONG NORZA TANDING MT KERANA KETOKOHAN DAN KOMITMENYA !

KUALA LUMPUR 3 Jan 2009 -- Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan baru - baru ini telah membuat kenyataan untuk mempertahankan Ketuanya Datuk Norza Zakaria untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti bulan Mac nanti.
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan , Syed Mehdhar Syed Abdullah ( yang juga merupakan Ketua Pemuda Cheras ) berkata, sokongan itu dibuat berdasarkan kepada pengalaman, ketokohan dan komitmen Norza.
" Kata sepakat ini diputuskan menerusi mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda negeri yang diadakan 11 Disember lalu.
"Mesyuarat itu dihadiri oleh 12 orang Ketua Pemuda Bahagian termasuk 10 Ketua Pemuda Bahagian yang baru dilantik kecuali Bahagian Labuan", katanya
Syed Mehdhar berkata, pihaknya akan memastikan Mohamad Norza berjaya memenagi kerusi MT itu.
"Kita akan memberikan mandat sepenuhnya kepada calon yang dipilih secara majoriti untuk menerajui pergerakan ini dan sekali gus membawa suara pemuda ke peringkat tertinggi kepimpinan parti sejajar dengan perkembangan politik semasa", jelasnya.
NAK TAHU KEJAYAAN NORZA DI WP ? berita lanjut akan menyusul..........
Wilayahkini telah menerima banyak komen mengenai isu ini setelah berita ini dipaparkan. Untuk rekod, berita ini adalah dipetik dari kenyataan akhbar Penolong Setiausaha Pemuda WP -- yang juga telah diterbitkan di akhbar - akhbar tempatan baru - baru ini. Kami juga terpaksa memantau beberapa komen demi kebaikan kita bersama. KOMEN WILAYAHKINI mengenai isu ini akan menyusul ..........

16 comments:

pemuda jalanan said...

Kami pemuda di wilayyah ibarat ibu kehilangan anak, tiada bimbingan apa yang harus dilakukan setelah kekalahan PRU12. Tiada common goal apa tindakan yang kita semua di Wilayah patut lakukan utk meyakinkan semula rakyat. Patut ada blue print atau SOP untuk Pemuda Wilayah ikut dn laksanakan. Kalau ada baguslah, tapi kami dicawangan-cawangan tak de guide pun? Pemuda Wilayah boleh cerita sikit?

Anonymous said...

Norza nak jadi MKT !!! Sekarang jadi MKT pun tidak buat apa. Pemuda Wilayah lesu di bawah Norza. Bangunlah wahai Ketua-Ketua Pemuda Wilayah. Wilayah perlu kepimpinan Pemuda yang lebih berani dan bekerja kuat. Norza bukan orangnya. Masa dekat2 pilihanraya, sibuk kempen nak jadi calon. bila tak dapat terus senyap. Sombong pulak tu. Pemimpin UMNO hari ini perlu mesra rakyat. Ramai lagi calon yang berwibawa boleh wakil WP contoh Syed Ali yang senantiasa lantang menjaga kepentingan parti dan bangsa.

Anonymous said...

Bukan Norza ini pernah kena undi tidak percaya di Pemuda Bahagian sendiri ker dulu ?

Anonymous said...

salam,

apa pencapaian PW di bawah norza?

- program anti aedes (ok ler...walaupun tak la sangat hebat);
- program PWer team pemuda wilayah...perasmian mak aii...ganazz; mana pg entah naza ria tu...seingat akuler...ada le beberapa kali..yg aktifnya...pastu ke parit;
- hari keluarga...entah cina mana dia sudah sembelih...impak?;
- program pendidikan?
- program ekonomi...kalau takde hj azmi...karam singh walia juga..
- program islam hadhari...langkawi? ok ler...BTN cover;

paling teruk...apa peranan waktu pilihanraya? ada program khusus...setakat rasmi gerak gempur ajer la...timb presiden rasmi di setiawangsa...satu biji motor gerak gempur pun takdr...buat malu umat pemuda sajer..

total..PW 'GAGAL'...

Anonymous said...

ketokohan? ketua pemuda wilayah tak ramai yg ada tokoh la. berpijak lah di bumi nyata.

Anonymous said...

korang percayake norza ni boleh membantu pemuda wilayah..... selama dia memegang tampuk pimpinan pemuda wilayah tiada satupun yang betul-betul membangakan pemuda wilayah. harap nama saja gah tapi tak boleh harap. harap-harap norzah tak duduk dalam mt. buat semak aje

Anonymous said...

APA..! ! NORZA PEN NAK BERTANDING MKT..! ! LUPAKAN JER LA HASRAT TU.. !
PEMUDA WILAYAH BUTA KE ATAU TONGGONG..? TRACK RECORD YG LEPAS HANCUS & HAMPEH.. D PERINGKAT CAW / BHG / NEGERI SEMASA BERJAWATAN PUN HILANG DIRI.. LEBIH- LAGI SEMASA PILIHANRAYA KE 12, BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK & TINGGALKAN PEMUDA MACAM ANAK AYAM KEHILANGAN IBU. NORZA NI WAYANG TINGGI JER LA.. SEDAR LA PEMUDA WILAYAH JGN NORZA NAK GULA2 KAN LAGI.. JANGAN PERCAYA KEPADA ORANG YG KURANG 5 KAKI... TOBAT.. TOBAT.. LA NORZA PEN

Anonymous said...

apa...! Norza Pen nak bertanding MKT..?! takyah lah.. agak2 dia dah ilang akal ke? Pemuda WP dah buta atau tonggong ke? menyokong dia! jgn nak ampu dia.. takde tokoh kepimpinan pun.. sesi lepas di caw, bhg, negeri & exco pemuda tak buat apa pun.. semasa p/raya pun ghaid.. sibuk dgn buat kekayaan sendiri.. hari ini umno perlu pemimpin yg boleh memperjuangkan MELAYU.. bukan memperjuangkan si kitul...

auraputih said...

rasanya adalah tidak sesuai untuk Pemuda menyokong saudara Norza ke MT kerana kita dapat lihat kepimpinan dalam Pemuda Wilayah.saya secara peribadi menyatakan di bawah tahap memuaskan.
diharap semua KP di wilayah membuat penilaian secara telus,ikhlas dan jujur terhadap saudara Norza kerana anda membawa amanah dari seluruh Pemuda wilayah.jangan persia-siakan amanah yang diberikan.

Anonymous said...

Apa Ketua-Ketua Pemuda di Wp ini pun dah mula jual maruah dan kena beli oleh si Norza ni. Udah2 ler Norza. Cuba-cubalah buat sesuatu untuk perkuatkan UMNO. Asyik nak cari tempat kedudukan aje.

muda belia said...

norza...xpayahla perwakilan negeri lain undi norza... masa jd KPB pun ank2 buah sendiri undi xpercaya... apa perlu nak ikut telunjuk perwakilan pemuda WP...

perwakilan negeri lain pun 'power' gaks...mcmla perwakilan WP penentu segala keputusan...

perwakilan WP dah jadi kaduk naik junjung semuanya...

Anonymous said...

sokong kerana 'ada cerita di sebaliknya'...?

jangan la guna publisiti cheap sale macam ni; nak tampil kononnya dia la calon pilihan Pemuda....piiii rah mabuk....

Anonymous said...

kenapa pemuda labuan tak ikut bermesyuarat sekali? tak ngam dengan pemuda wilayah ke? atau memang tak dijemput?

Anonymous said...

Pemuda sekarang semua jenis materialistik dan plastik. Tak tahu menilai mana kaca mana permata. Main boh je..........

Pemuda sekarang semangat AGUNG.. tidak ada lagi semangat juang seperti pemuda dulu yang mengutamakan agama,bangsa dan negara.

Jadi jangan terkejut jika negara ini dimasa akan datang diperintah oleh orang asing.

Pemuda dok tidor lagi.....
Atau semuanya dah kena angin pasang????

Anonymous said...

p/rya ktganu....mana gi nyer pemuda harapan bangsa????x nmpak pun.seberang jaln,peluk tubuh ,tadah muka kena maki hamun dek orang pas.diam bila d maki ,d cerca oleh pas.enntah laa.... korang ni....

Anonymous said...

elok mandikan je mcm caw buat itu hari.....semak je