Thursday, January 1, 2009

PAK LAH PEMIMPIN 2008, PILIHAN WILAYAHKINI !

KUALA LUMPUR 1 Jan 2009 -- Wilayahkini memilih Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai " Pemimpin 2008, pilihan WILAYAHKINI"( Man Of The Year Wilayahkini ) kerana semangat juangnya yang kental untuk meneruskan visi dan misinya untuk mereformasikan negara termasuk dalam bidang kehakiman dan pencegahan rasuah. Walaupun tertekan selepas PRU 12 selepas bulan Mac , beliau dilihat begitu tabah dan berani menghadapi segala rintangan dan cabaran walaupun serangan tersebut datang dari kawan - kawanya sendiri di UMNO dan BN. Tapi, Pak Lah mara dengan penuh yakin dan tidak tamak kuasa sehingga mempercepatkan pelan peralihan kuasa pada Mac 2009 . Beliau dilihat lebih mengutamakan kepentingan negara, rakyat , agama dan parti,dan BN dalam segala keputusan yang dibuatnya selama ini. Di sebalik elemen tersebut, Pak Lah dikatakan masih bermasam muka dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ? Sila klik - Pak Lah remains bitter with Muhyiddin , untuk baca berita selanjutnya. Apa yang pasti, Pak Lah berjaya melakukan satu pembaharuan reformasi yang besar. Kami dapat merasakanya !

18 comments:

auraputih said...

terima kasih kepada PakLah atas segala jasa dalam mentadbir negara...semoga apa yang telah Paklah lakukan selama ini akan membawakan kepada satu permulaan kearah Malaysia LEBIH maju...

piut panglima kasim said...

lain padang lain belalang, lain penghulu lain cara pimpinannya. namun ape yg pasti pemimpin silih berganti .dtg dan pergi mengikut takdir yg tertulis. terima kasih ayahanda datuk seri abdullah & ibunda puan seri jeanne kerna telah sanggup berkorban demi malaysia yg tercinta. hanya ALLAH SWT sahajalah yg dpt memberi ganjaran yg setimpal...

MeeT uNcLe sHaH said...

terima kasih PM ku tercinta!!
warga Wilayahkini, corak tsunami politik yang mewarnai Malaysia tahun lalu, sebenarnya cukup mengajar aku akan erti kesetiaan kepada tanahair!!!
satu kesedaran yang cukup berharga buat diri demi perjuangan menjaga maruah negara tercinta!!
semoga hijrah 1430 kali ini membawa kejayaan gemilang buat negara ku tercinta, MALAYSIA!!

Mahsuri said...

Tahnniah kepada Pak Lah yang berjaya ukir nama sebagai seorang pemimpin negara yang berani kerana benar dan tak mabuk kuasa seperti orang lain.

Anonymous said...

Saya sokong kenyataan blogger dan pilihan tepat Wilayahkini kerana Pak Lah hanya berundur demi kebaikan semua orang tapi kita amat kesal kerana cara Pak Lah di desak.Kenapa perlu Pak Lah undur ? Dia dapat kepercayaan dari rakyat.Jangan hanya fikir kesenangan orang UMNO sahaja. Fikir - fikirkanlah.

UMNO Segambut said...

Pilihan tepat dari Wilayahkini.Kami di Segambut sokong.

Anonymous said...

Banyak jasa Pak Lah dalam 5 tahun ini.cuma orang melayu taka nampak kebaikan dia kerana penampilan Pak Lah kurang menyengat.Itu jer. Lain SEMUA OK .

Anonymous said...

Pak Lah memang pemimpin yang berani kerana benar.

ss said...

Siapa lagi calon Man of the Year ni? Anugerah syok sendiri...Kau yg buat,kau yg calonkan,kau yg memilih sendiri?!

Amirul Ghafizi said...

Walaupun beliau di desak , di tohmah , di caci dan bermacam2 lagi.

Adakah jasa beliau dapat di nilai di mata2 orang melayu sendiri.

kenapa ada sesetengah pihak membandingkan beliau dengan Dr.M(Bapa Pembangunan)

Setiap pemimpin ada perwatakan yg dikurniakan Allah SWT.

Rakyat Malaysia said...

Apalah jasa Pak Lah . Dia hanya bapa mertua Khairy yang dibiarkan mengganas menghancurkan harta negara. Daripada perompakan Pos Malaysia ke ECM Libra , perompakan Maybank dalam pembelian Bank Internasional Indonesia dari Temasek dan sekarang perompakan Institut Jantung Negara oleh Sime Darby yang di nasihatkan oleh Etos Consultants yang di punyai oleh Khairy melalui kroninya. Jadi apalah hebatnya Pak Lah .

pemuda jalanan said...

maaf cakaplah, walaupun ada , keputusan beliau untuk memaksa rakyat mengeluarkan duit melalui menaikkan harga minyak tidak dapat dilupakan. Kalau benar dia sayangkan rakyat dan negara, sudahkanlah tugas utamanya untuk mengembalikan harga makanan keperluan rakyat kepada harga sebenarnya. Selama ini kita telah ditipu dengan harga jualan yang sangat spekulatif bermotifkan keuntungan berlipat ganda. Dimanakah peniaga berjiwa rakyat demi membantu negara? Tak de . . . . . Topik ini tidak sepatutnya di timbulkan. Pak Lah sebenarnya OK, tapi menantuinya telah menjatuhkannya dalam sedar tak sedar. Kesian Pak Lah.

Marhaen said...

Kroni kroni Pak Lah sedang merompak harta negara . Esok Isnin 2.30 petang akan berlangsung mesyuarat di Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri di antara IJN dan Sime Darby berkenaan pengambilalihan IJN. Apa sebab Sime Darby yang mempunyai banyak duit hendak ambilalih IJN? Bina Pusat Jantung sendiri lah . Sebab itu Pak Lah cakap dia masih banyak kerja yang hendak dilakukan. Maksudnya masih banyak harta negara yang hendak dikerjakan. Kroni kroni Pak Lah yang terlibat : Tun Musa Hitam ,Pengerusi Sime Darby , Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail , Pengerusi IJN dan juga suami Dato Shahrizat Jalil , Ethos Consultants , penasihat pengambilalihan IJN yang di punyai oleh kroni YB Khairi Jamaluddin yang juga menantu Perdana Menteri. Hebat sungguh Perdana Menteri kita.

Anonymous said...

Pemimpin 2008 - Pak Lah?

Tak ke untuk menjadi tokoh Pemimpin 2008 seseorang itu perlu menunjukkan kebolehan memimpin dan bukan saja mempunyai jawatan! Masalah ahli UMNO adalah ramai kalangan mereka yang berjawatan tinggi tetapi tidak dapat menunjukkan kepimpinan yang mantap!

Untuk mencadangkan Pak Lah atas sebab:

1. Reformasi bidang kehakiman;
2. Pencegahan rasuah; dan
3. Sanggup berundur,

tidak merupakan ciri-ciri yang membolehkan beliau dicalonkan.

Reformasi yang dibuat itu adalah janji beliau pada tahun 2004. Dia hanya dapat mengkotakan janji beliau setelah 4 tahun bermula dan itu pun hanya selepas BN hilang 2/3 di Parlimen dan telah diasak untuk berundur.

Saya percaya ramai pemimpin UMNO yang lain lebih layak dicalonkan untuk menjadi tokoh Pemimpin 2008! Sudah tentu ada pemimpin yang telah mengotakan janji-janji 2004 lebih awal lagi dari apa yang di lakukan oleh Pak Lah!

muda belia said...

sedih pilu pemerintahan PM5 ni bermula dr A smp K(mungkin J) xsmpt sampai Z. yg sebenarnya pak lah bole menghabiskan semua misi2 yg dijanjikan semasa mula2 jd PM dengan berundur dr presiden UMNO tp masih kekal sebagai PM Malaysia sehingga habis mandat beliau.

semua perlu sedar PM adalah jawatan amanah dr seluruh rakyat jelata dgn perkenan Yg Dipertuan Agong sedangkan Presiden UMNO cuma pemilihan dikalangan ahli UMNO seperti kita ini.

oleh itu dicadangkan supaya pak lah kekal kekal PM agar pak lah dapat melaksanakan semua misi yg beliau mahu.

kita dah terbiasa mencampur aduk urusan parti gan urusan negara, ini punca masalah pemerintahan Malaysia.

sedangkan PM4 (paling lama n power)selepas xPM xlaku cakapnya inikan pulak PM5 bagai beras ditanak xsmpt jadi nasi.

p/s harimau mati inggal belang
manusia mati tinggal nama
pak lah berenti tinggal KJ
(tersurat n tersirat lol)

bendera merah said...

...korang bodek memang kuat...man of the year..hihiii..get serius la wilayahkini

Anonymous said...

terima kasih tidak terhingga kepada PakLah atas segala jasa dalam tempoh beliau mentadbir negara...semoga apa yang telah Paklah lakukan selama ini akan membawakan kepada satu permulaan kearah Malaysia LEBIH keterbukaan & lebih maju...

Tahnniah juga kepada Pak Lah yang berjaya ukir nama sebagai seorang pemimpin negara yang berani kerana benar dan tak mabuk kuasa seperti pemimpin yang kalau boleh sampi nafas terakhir pun masih mahu berkuasa.. HIDUP PAK LAH!!!

Anonymous said...

Yeah.. man of the year.. orang yg memalukan negara malaysia.. dengan negara jiran yang kecik pun terkencing.. ni yg dikatakan man of the year?? pigggiii daaaaahhh.. bukak mata besar-besar ok?????

aku rasa layak digelar man of the sleeping year!