Thursday, January 1, 2009

SALAM TAHUN BARU 2009 DARI WILAYAHKINI !

Pasukan kerja Wilayahkini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2009 kepada semua pembaca setia kami. Malah sejak Wilayahkini mula dilancarkan pada bulan Februari, 2008 sehingga hari ini , kami telah mencecah dan mendapat hampir 800, 000 hits sehingga hari ini dalam tempoh masa 10 bulan ini. Kami juga telah menyiarkan banyak isu - isu mengenai politik UMNO dan sebagainya. Wilayahkini juga sedang memperkemaskan blog ini - untuk diubah suai dalam bentuk yang lebih menarik dari segi kanduganya termasuk reka bentuk.Kami juga bercadang untuk menerapkan lebih banyak berita - berita lain seperti hiburan, rencana, berita Wilayah disamping berita - berita berunsurkan politik. Kami mahu menjadikan Wilayahkini sebagai sebuah portal rasmi Wilayah Persekutuan yang lebih dinamik dan relevan - bagaikan Online Media. Kerja - kerja sedang dijalankan. Kami akan teruskan mengekalkan konsep NEUTRAL dan tidak akan menyebelahi mana - mana pihak. Jadikanlah Wilayahkini sebagai suara anda , TETAPI kami sekali lagi merayu jangan jadikanya sebagai tempat untuk bertelagah, memfitnah orang lain dan sebagainya.Rapatkalah hubungan dan kuatkan silaturahim. Sepertimana yang kita sedia maklum, tahun 2008 menyaksikan banyak isu - isu yang panas selepas negara dilanda TSUNAMI PRU ke 12. Kita berharap tahun 2009 akan menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua. Kami sekali ingin mengucapkan terimakasih kepada anda semua. Terimakasih juga kepada pihak - pihak ( DUA ORANG , rakan) yang menjadi suntikan semangat kepada kami untuk menjayakan blog ini. ANDA MEMPUNYAI SEBARANG CADANGAN bagi Wilayahkini ?

9 comments:

Pu3 Angels said...

Tahnniah Wilayahkini. Kami harap disediakan lebih banyak lagi ruangan baru selain berita - berita politik.

Anonymous said...

Saya harap Wilayahkini dapat pantau lebih kerap komen - komen yang dihantar dan haramkan sahaja komen - komen yang tak relevan. Mereka suka sangat nak jadikan Wilayahkini untuk syok sendiri.

Nora, KL said...

Kami nak tahu dan berkenalan dengan pengendali blog ini untuk lebih rapatkan lagi hubungan sesama kita.

anggun ayu said...

Saya setuju supaya ruangan hiburan disediakan di Wilayahkini untuk mempelbagaikan berita di WK selain berita politi jer. Sokong ?

Anonymous said...

Wilayahkini kena buat lebh banyak wawancara kot.

Anonymous said...

Siapa Editor WK ?

suara rakyat said...

Saya kena akui, selepas Wilayahkini muncul barulah blog - blog lain di Wilayah Persekutuan muncul mahupun di Pu3 , Pemuda dan juga bahagian.Dulu mana ada ? Semuanya kerana semangat yang ditunjukkan oleh Wilayahkini.Well Done WK. Anda memang hebat.

Anonymous said...

SETUJU.......

Nak lagi said...

Saya antara suka dan tak suka baca WK...tapi setiap hari bukak site ini menantikan berita politik WP!!
Mungkin WP perlu ada rangkaian 'journalist' yg lebih ramai yg terdiri dari 4 Peringkat supaya dapat lebih banyak berita dari seluruh Bhg.
Wawancara utk dapatkan berita terkini and terpanas juga dapat membantu.
Jadikan blog politik yg hebat2 sebagai contoh. Sentiasa up to date.