Sunday, January 18, 2009

HADI AWANG MAHU PAK LAH TERUS KEKAL SEBAGAI PM SELEPAS BULAN MAC !

KUALA LUMPUR 18 Jan 2009 -- Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas bulan Mac ini . Sila klik -mStar, untuk berita selanjutnya.

11 comments:

bungaraya said...

Baca baik-baik samada itu cadangan yang ikhlas atau satu sindiran tajam dari Pak Haji Hadi?
Tengok kepada Body khowledge, laykkah Haji Hadi itu sebagai pemimpin negara? Jawapannya TIDAK.

Anonymous said...

setuju! pak lah wajar teruskan khidmat. umno kian mantap di bawah pak lah...nak harapkan ganti pun, imej x berapa cun...

imej org yg bekeja dengan PM bakal pun x cantik....rasuah, ugut, penting diri...

pak lah idola...haji hadi sokong tu..payah nak dapat tu! ni baru kesatuan melayu!

Anonymous said...

Biasalah, dalam politik apa-apa pun boleh berlaku... Jangan hairan juga, jika Pak Lah meneruskan tuigas beliau sebagai PM, tidak mustahil PAS akan bergabung dengan UMNO... Siapa tahu?... Tak mungkin PAS nak bergabung dengan UMNO...

Anonymous said...

Baru betul cantik Haji Hadi terus sokong kepimpiman AAB. Tak kan orang UMNO tak faham, dengan AAB terus memimpin UMNO akan bertambah lah beban yang akan pikul olih Najib.

Akan bertambah cerah lah peluang Pakatan Raayat untuk melenyap kanUMNO.

Jangan pula AAB berasa syok sendiri dan menjadikan ini modal untuk terus menjadi PM selepas Mac ini.

Ingat lah wahai AAB engkau lah penyebab maka keadaan UMNO /BN jadi kacaubilau macam ni.

Janganlah terus merosakkan UMNO sahingga tidak dapat diubat lagi.Cukuplah setakat ini, ambil sebanyak mana harta yang engkau nak tapi UMNO hendak lah diselamtkan kerana umat melayu bergantung harap.Anak cucu kita nanti akan sumpah seranah kita kalau mereka menerima nasib seperti melayu Singapura.

Walau buruk mana pun UMNO ia tetap wadah perjuangan Melayu.Yang tak baik kita perbaiki, yang tak kuat kita kuatkan, yang terpesong kita luruskan dan yang terlena kita gerakan.Selagi kuasa ada di tangan kita dapat perbaiki semua kelemahan.

Tengok apa terjadi kepada negeri yang telah jatuh. Orang Melayu di perlekeh.Ketika UMNO kuat dulu dapat kan dibayangkan orang melayu di perlaku sebegini.

Anonymous said...

percayalah., semua ni hanya gimik politik PAS sahaja. selepas ini, apa saja yang berlaku, pak lah akan dipersalahakan kerana masih duduk di kerusi PM.

fikirlah sendiri, apa relevan dan niat disebalik kata2 orang kuat Pas tu.

Anonymous said...

Tengok apa terjadi kepada negeri yang telah jatuh. Orang Melayu di perlekeh.Ketika UMNO kuat dulu dapat kan dibayangkan orang melayu di perlaku sebegini.

Memang patut pun jatuh ke tangan pembangkang.....kalau tak orang melayu tak sedar diri.......waktu UMNO memerintah.......habis tanah, projek di telan oleh pemimpin2......sikit pun tak agih pada orang2 di bawah....atau pun tolong bagi pd kontraktor2 kecil melayu.....La ni bila dah hilang kuasa hangpa yg menyalak kuat.......ahli2 UMNO kena tolak kepimpinan mcm ini.

Anonymous said...

HIDUP PAK LAH... UMNO MASIH MEMERLUKAN KEPIMPINAN PAK LAH... DEMI MENYELAMATKAN UMNO DARIPADA KRONI-KRONI TMM....

Anonymous said...

Siapa yg bijak ??? Hj.Hadi atau Pak Lah...?? gimik Hj.Hadi lebih menyerlah dari sudut sindiran..kenapa UMNO masih riuh dengan kes Rasuah ???
PAS riuh dengan sindiran..PKR riuh dengan kuasa...lu fikirlah sendiri....???

Anonymous said...

Jangan lah angkuh sangat sahingga menidakkan jasa UMNO kepada umat yang bernama Melayu. Memamg ada kelemahan di sana sini tapi pada dasar nya ramai Melayu yang mendapat nikmat atas perjuangan UMNO. Jangan jadi umat yang lupa nikmat.Sekarang kita lihat sudah ada kepincangan pada perilaku pemimpin dari pembangkang.Itu baru memerintah tak sampai satu penggal.Lu pikir lah sendiri.

Anonymous said...

Itu suara org UMNO ke...siapa yang angkuh nie..cicak kobin dicelah dahan patah kaki terbang juga, tapi terbangnya tak tentu arah...

Anonymous said...

Pembangkang esp hadi awang & anwar ibrahim mmg sokong giler kalau AAB teruskan khidmat... semua pun tahu apa sebabnya....ada udang di sebalik mee...ada agenda tersendiri demi memastikan Pakatan Rakyat semakin kuat & sebaliknya UMNO semakin kacau bilau...