Saturday, April 5, 2008

WEE CHOO KEONG MENCABAR PERLANTIKAN DATUK BANDAR DI BUAT OLEH YANG DI- PERTUAN AGONG?

" WEE CHOO KEONG JUGA MEMBERITAHU AHLI - AHLI PARTI PEMBANGKANG TURUT MENCADANGKAN PEMILIHAN LANGSUNG DATUK BANDAR KUALA LUMPUR DAN BUKAN MELALUI PERLANTIKAN YANG DI- PERTUAN AGONG"--Kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju yang disiarkan oleh Malaysia Kini semalam- www.malaysiakini.com/news/80887. Komen tersebut merupakan diantara perkara yang telah dibangkitkan oleh Wee Choo Keong semasa majlis sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan semalam.

Sebelum ini, Wee juga ada pernah membuat kenyataan di akhbar Malay Mail bahawa beliau akan memulakan kempen tandatangan dengan warga kota supaya - jawatan Datuk Bandar dipilih melaui kaedah pemilihan dan bukanya perlantikan.

"Peranan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai ibu negara, Akta Ibukota Persekutuan 1960 ( AKTA 190 ), telah diadakan khusus untuk memastikan perjalanan pengurusan dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akta ini dengan jelas juga telah memperuntukan bahawa PERLANTIKAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR dan AHLI LEMBAGA PENASIHAT BANDARAYA KL DILANTIK OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG".-- Kenyataan tersebut jelas menunjukkan kuasa sepenuh perlantikan Datuk Bandar KL adalah dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong.

Persoalan yang ditimbulkan sekarang -- Seolah - olah Wee Choo Keong mencabar perlantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong.Ini merupakan satu tindakan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa kerana kita tidak boleh mencabar Yang Di Pertuan Agong secara terbuka di media massa.Kami juga difahamkan sidang media bersama parti pembangkang panas apabila seorang wartawan bertanya kepada Wee " Adakah anda mencabar Yang Di Pertuan Agong ?"

Kami juga menerima emel bahawa laporan polis akan dibuat terhadap Wee kerana membuat perbuatan menghasut, tetapi kami belum menerima sebarang kepastian. Kita tunggu dan lihat perkembangan tersebut.

Wee yang memenagi kerusi parlimen Wangsa Maju dengan hanya 150 majoriti , lantang menyuarakan tidak akan hadir akhirnya hadir juga ke pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan setelah diarahkan oleh Datin Seri Wan Azizah.

TERIMAKASIH -- Gambar Malaysiakini

5 comments:

Anonymous said...

Bro, betulkah Wee cabar Agong? Tolong minta kawan - kawan check dan kalau betul kenapa BN berdiam diri.Buat laporan polis.

Anonymous said...

Tolong siasat.DAULAT TUANKU.

Anonymous said...

UMNO Wangsa Maju perlu turun padang dan siasat perkara ini kerana amat bahaya.Kita perlu pertahankan hak kita.

Anonymous said...

Apa sudah jadi dengan Wee Choo Keong ini? Dia memang seorang pemimpin yang eregant.

Anonymous said...

Lets take action agianst Wee Choo Keong.He must realised the mistakes.