Tidak banyak berita kedengaran mengenai bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dan juga bekas Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz.Sejak digugurkan daripada menjadi calon, Datuk Astaman nampak tidak banyak berbeza malah beliau masih giat aktif di Titiwangsa meneruskan perjuanganya melalui Yayasan Pendidikan Titiwangsa yang diilhamkanya serta Persatuan Bola Sepak Titiwangsa yang juga di mulakanya.
Selepas PRU, Yayasan Pendidikan Titiwangsa dilihat telah menjalankan beberapa program yang melihatkan kekuatan Astaman di Titiwangsa walaupun digugurkan sebagai calon.Walaupun ramai berkata penguguran Astaman sebagai calon kerana politik wang yang menyebabkan dirinya kehilangan jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju namun ada yang melihat penguguran Astaman satu lagi konspirasi politik di bahagian Titiwangsa.
Namun Astaman dijangka kembali aktif dalam politik dengan menawarkan diri sebagai calon untuk jawatan lama - Ketua UMNO Bhgn Wangsa Maju.Astaman dikatakan mendapat backing yang kuat daripada rakan karibnya Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini sudah menjadi Setiausaha Agung UMNO.Astaman juga dikatakan mahu menghidupkan kembali karier politiknya di bahagian lamanya di Wangsa Maju.
Perkembangan terbaru ini telah menyebabkan ada beberapa pihak yang sebelum ini bermimpi untuk menjadi Ketua Bahagian di Wangsa Maju kurang senang dan tidak selesa.Datuk Zainal Nazeri yang juga Pemangku Ketua Bahagian yang sudah syok menjadi Pemangku Ketua Bahagian dikatakan sudah mencari team baru untuk berentap dengan Astaman.Ada pihak pula berkata, Zainal Nazeri akan beri laluan kepada Astaman dan beliau hanya akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
Perkembangan terkini menunjukkan ahli - ahli UMNO mahu Astaman kembali sekaligus memimpin bahagian tersebut kerana masalah dalaman UMNO Wangsa Maju semakin serius sehingga nampak sangat pada pilihanraya umum baru - baru ini.
Apakah nasib pemimpin yang suka bersuara seperti Datuk Shafie selaku Naib Ketua Bahagian? Siapakah regunya kali ini? Apakah Datuk Norza Zakaria akan bertanding jawatan Ketua Bahagian ataupun berentap dengan Datuk Shafie atau mengintai peluang Timbalan Ketua Bahagian? Inilah diantara persoalan yang bertiup kencang di Wangsa Maju ketika ini.
Datuk Norza pula yang sedang cuba menyelamatkan karier politiknya dikatakan akan berpakat dengan Datuk Astaman untuk melakukan sesuatu di Wangsa Maju kali ini.
-- gambar diambil ketika Datuk Astaman di majlis Jelajah Malaysia - sukan berbasikal dimana beliau menjadi tunggak utama disebalik penganjuranya--
6 comments:
Masanya sudah tiba untuk Datuk Astaman kembali memimpin UMNO Wangsa Maju yang sudah jadu teruk sekarang.Semua tak boleh pakai.Datuk Zainal Nazeri kena turun padang.
Datuk Astaman sudah hilang kuasa di Titiwangsa.Sekiranya mahu kembali ke Wangsa Maju mungkin ada peluang tapi bukan mudah caranya.Dia kena berpakat dengan Zainal Nazeri.Tetapi ahli - ahli Wangsa Maju mahukan satu proses yang efektif.
Datuk Astaman telah hilang kuasa.UMNO Wangsa Maju juga tidak lupa apa yang telah dilakukanya dari konsep baik dan buruk.Beliau kena berhati - hati kali ini kerana kita di Wangsa Maju tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali.Umno Wangsa Maju pun sudah hilang taringnya kerana masing - masing ingin jadi hero dan berkepntingan sendiri.Siapa nak jaga maruah bangsa kita di Wangsa Maju? Kita kehilangan kerusi di tanah bumi kita.Masa Datuk Zulhsanan Rafique jadi wakil rakyat kita senang sikit tapi sekarang nak jadi apa? Nasib baik di menang , kalau tidak apa nak jadi dengan nasib kita? Nak harapkan PKR? Mimpi di hari siang.
Kepada Datuk Astaman , jangan buang masa kerana Wangsa Maju tak perlukan anda lagi.Kuatkan semangat dan kekuatan di Titiwangsa bersama Datuk Jo Ghani.
Satu perkembangan dan berita menarik untuk direnung.Masanya untuk orang - orang melayu berfikir.UMNO tidak tewas di KL.Cuma kita kehilangan dua kerusi Parlimen di KL.Tetapi UMNO lah yang telah menyelamatkan maruah BN di WP melalui 3 kemenangan kerusi Parlimen di WP termasuk Putrajaya dan Labuan.Kini Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjadi wira tunggal kita di Parlimen dan juga Kerajaan.Kita kena bersatu.Pendek kata orang melayu kena bersatu di bawah UMNO untuk menentang pembangkang.
Datuk, i will support you in Wangsa Maju. Its about time to wake them up...
Post a Comment