Monday, April 21, 2008

ZULHASNAN- 3 PAKATAN RAKYAT- 0 !



Banyak diperkatakan dan dikupas mengenai senario politik WP khususnya di Kuala Lumpur selepas pada pilihanraya umum lepas yang baru - baru ini.Walaupun, Wilayah Persekutuan dibawah pemerintahan kerajaan persekutuan kemenangan 10 orang ahli parlimen pembangkang telah memberikan satu " turning point" dalam sejarah Kuala Lumpur. Menteri WP, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang seorang sahaja menang di KL iaitu di parlimen Setiawangsa menjadi tumpuan ramai termasuk daripada pakatan pembangkang.

Ada yang melihat peranan Zulhasnan Rafique di WP sebagai Menteri WP bertambah panas dengan kemenangan 10 orang ahli parlimen daripada pembangkang.Namun, Zulhasnan Rafique membuka gelanggang walaupun keseorangan dengan menjemput kesemua ahli parlimen untuk mengadakan 3 majlis perbincangan termasuk bersamanya , kedua bersama Datuk Bandar dan yang ketiga majlis perundingan meja bulat yang berlangsung minggu lepas.Salam dan gelanggang yang dibuka oleh Zulhasnan Rafique begitu menarik sekali walaupun beliau keseorangan tetapi ahli - ahli parlimen daripada pembangkang bertindak biadab dan kurang ajar dengan menonjolkan perwatakan sebenar mereka pada majlis perundingan meja bulat sehingga pelbagai pihak mengkritik pihak pembangkang kerana gagal mengunakan peluang yang diberikan oleh Zulhasnan dan Kementerian WP. Kini nasib sudah bertukar arah.Zulhasnan dilihat sebagai hero dengan kemenangan 3-0.Ahli Parlimen Segambut sendiri mengakui " Zulhasnan Rafique merupakan contoh yang terbaik dalam laporanya di akhbar Sinar Harian bertarikh 20hb April. Manakala Ahli Parlimen Wangsa Maju pula dalam blognya sebelum ini pernah berkata " Zulhasnan seorang yang mesra". Sepertimana Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR, penubuhan Kementerian WP adalah bidangkuasa kerajaan persekutuan dan yang penting ialah kerjasama untuk berkerja bersama.

15 comments:

Pu3, WP said...

Memang betul dan benar.Bukan 3 - 0.Lebih dari utu kerana pemimpin pembangkang memang kurang ajar dan tidak suka berkhidmat untuk masyarakat tapi suka main politik.

Anonymous said...

Inilah perwatakan sebenar parti pembangkang.Rakyat kena insaf dengan perbuatan mereka diatas undi mereka kpd pembangkang.Tapi Tian Chua 0K.

Kamal, jentik Pemuda said...

Di mana pemuda UMNO WP? Kenapa tak bersuara?

melayu ganas said...

Pemuda UMNO WP sibuk nak jaga ketuanan melayu.Ketuanan Wangsa Maju pun tak boleh jaga , nak jaga ketuanan melayu konon.

shazrin, Bangsar GAL said...

YB Menteri WP memang hebat dan beranai.Tahnniah Datuk Seri.Kami sentiasa akan berada di belakang Datuk Seri.

Anonymous said...

Berita Wilayakini mengambarkan perangai sebenar parti - parti pembangkang.UMNO dan juga BN perlu bertindak kerana WP dibawah control kita.Jangan Tidur.Bangkitlah UMNO.

Anonymous said...

Kita kena bersatu kembali untuk rentap dengan barisan - ahli - ahli parlimen parti pembangkang kerana mereka memang kurang ajar dan sincere untuk berkhidmat untuk rakyat.

Anonymous said...

DI MANA KEKUATAN UMNO WP UNTUK MENANGANI PAKATAN RAKYAT? JANGANLAH ASYIK RETORIK SAHAJA.JANGAN NAK ASYIK LEPAK DEKAT RESTORAN RASA SAYANG DAN ASYIK SEMBANG KOSONG SAHAJA LAH.

Mat Rempit, Titiwangsa said...

Tahnniah Datuk Seri sekali lagi.Berjuang tanpa ragu - ragu.Kami ada di belakang mu.

Anonymous said...

Siapa kata Zulhasnan tak kuat? Ini dah masuk tiga kosong dah.

Mohamad, Segambut said...

Hebat ...Hebat....liputan berita yang menarik...

Anonymous said...

Pemimpin - Pemimpin UMNO WP kena mencontohi Zulhasnan Rafique kerana perjuangan dia yang ikhklas demi agama bangsa dan negara.

milasha said...

YB Dato, kami sangat suka dengan cara anda.Teruskan perjuangan anda.

Anonymous said...

Beginilah caranya hendak berdepan dgn pembangkang.. bukan melalui kekerasan atau emosi..

Masa berpolitik sudah tamat.. sekarang masa untuk kerja...

milasha said...

Saya sokong saranan anda.Sekarang masa untuk berkerja.