BARU- baru ini banyak isu yang melibatkan DBKL menjadi perbincangan hangat dan panas dikalangan warga kota Kuala Lumpur sehingga mereka lantang menyuarakan DBKL punca utama BN kalah 10 kerusi parlimen di Kuala Lumpur pada pilihanraya umum baru - baru ini.Namun, disebalik itu, banyak juga jasa DBKL untuk warga kota Kuala Lumpur selama 50tahun Malaysia Merdeka. WILAYAHKINI ingin membuka FORUM PEMBACA dalam bentuk komen, cadangan, kritikan dan sebagainya SECARA TERBUKA.Luahkan perasaan anda secara terbuka.
APA YANG TAK SEDAP DI DENGAR PASAL DBKL ?APA YANG SEDAP DI DENGAR PASAL DBKL ?APA KOMEN ANDA? Hantarkan komen - komen anda dibawah atapun boleh emel kami.WILAYAHKINI akan cuba mendapatkan bantuan daripada DBKL untuk menjayakan misi ini - khususnya dalam bentuk "followup" mengenai komen - komen yang diterima !
7 comments:
Tahnniah kepada Wilayahkini.Satu tajuk perbincangan yang lama telah dinantikan oleh semua orang tapi isu ini hanya meletup apabila BN kalah teruk di KL sehingga hilang 10 kerusi parlimen dan hanya dapat mempertahankan kerusi parlimen Setiawangsa yang dimenangi oleh Datuk Zulhasnan Rafique.Memang tak dinafikan banyak juga jasa baik DBKL untuk warga kota KL dalam pelbagai bentuk serta khidmat.Tapi pada masa yang sama, banyak juga pegawai atasan DBKL ini bersikap angkug , ego dan bongkak macamlah mereka ini memerintah di KL pada hal pemimpin seperti kami inilah yang terpaksa menghadapi semua tempias akibat sikap buruk segelintir pegawai atasan DBKL.Masanya sudah tiba untuk Kementerian WP untuk bertindak dan merombak pegawai atasan kerana , merekalah yang menyebabkan BN kalah teruk di KL.Sekiranya Kementerian WP tidak mahu bertindak, tidak guna kita ada Kementerian WP.Salam
Saya sokong saranan yang diberikan oleh MILASHA kerana, ada pegawai - pegawai tertentu DBKL memang biadab dan kurang ajar sehingga rakyat yang jadi mangsa.Kementerian WP kena bertindak dgn cepat, IF NOT BN WILL SUFFER MORE IN COMEING GENERAL ELECTION.WE HOPE FT MINISTER ZULHASNAN RAFIQUE , CAN DO SOMETHING ON IT.
Cantek.Satu tajuk yang cukup menarik untuk dibahaskan dalam satu masa yang paling sesuai dan saya harap Kementerian WP dan DBKL akan baca - baca komen - komen yang diberikan.Terlebih dahulu TAHNNIAH kepada Wilayahkini yang banyak memberikan laporan - laporan yang menarik dari masa ke semasa dan banyak perubahan dari masa ke semasa.Mengenai DBKL ini, ianya banyak melibatkan operasi harian setiap hari.Mereka ini PBT yang paling besar di Malaysia.Bukan senanag nak jaga KL.Bermacam - macam masalah dan problem setiap hari.Tapi saya cadangkan kepada DBKL dan Datuk Bandar keraplah turun padang dan jumpa rakyat.Jangan tunggu sampai rakyat panggil.Pergilah jumpa mereka kerana mereka juga pembayar cukai macam - macam di KL.Janganlah tunggu sampai media nak bantai.
Kalau Datuk Bandar tak efesyen macam mana nak maju?
Tahnniah Wilayahkini.DBKL ini memang sudah melampui batas dan banyak susahkan kita sehingga BN kalah teruk di KL.Datuk Bandar perlu di tukar.
satu tajuk yg cukup menarik. Kenapa sebelum ini DBKL tak jadi sasaran? Kerana BN kalah teruk di KL, memang cukup malang dan kerana DBKL , BN memang kalah. Tak dapat dinafikan perkara tersebut.Itu adalah realiti. Bagi pegawai2 kanan DBKL mereka tidak peduli apa rakyat punya perasaan. Mereka ingat merekalah raja dan hero di KL. Inilah punca utk segala galanya. Cukuplah.Bukan kita kata DBKL ,tidak tlg kita tapi banyak lagi kelemahan yg perlu diperbaiki.
kita tidak boleh hanya salahkan DBKL sahaja kerana jasa mereka juga banyak tetapi oleh kerana kekerasan pegawai atasan nama baik DBKL tercalar. Kita kena perbetulkan imej ini supaya rakyat diyakini.Salam
Post a Comment