Monday, April 14, 2008

UMNO TITIWANGSA TERUS PANAS? JO GHANI JADI TUMPUAN ?


OLEH : WILYAH KINI
Apa sudah jadi di Titiwangsa? Wilayakini menerima banyak juga emel dan juga komen - komen, tetapi atas beberapa sebab , beberapa komen terpaksa di hold dulu kerana terlalu sensitif.Apapun, Wilayahkini tetap akan mempertahankan berita mengenai sabotaj di Parlimen Titiwangsa pada PRU baru - baru ini.
Kita tunggu sahajalah pengumuman Perdana Menteri mengenai 14 Kawasan Parlimen yang dikatakan Perdana Menteri dan juga tindakan Lembaga Disipilin UMNO selepas ini.Mungkin calonya, Datuk Aziz Jamaluddin boleh menceritakan segala - galanya , melalui Wilayahkini ataupun hantar emel kepada kami.
Bagi cerita UMNO pula, sekiranya ahli - ahli UMNO ingin menyalahkan kempimpinan Pak Lah dan juga mendesaknya supaya melepaskan jawatan, dimanakah pernanan bahagian UMNO? Kalau secara logiknya semua Ketua Bahagian dan juga Pengarah Jentera Pilihanraya juga perlu memikul tanggungjawab bersama untuk meletak jawatan.
Bagi Parlimen Titiwangsa pula, sudah tiba masanya bagi Drs.Suleiman Mohamad untuk memikirkan proses peralihan di bahagianya sendiri kerana ahli - ahli UMNO masih kecewa kerana kita tumpas dan tersungkur dikawasan kita sendiri - Kampung Baru.Inilah keperitan yang terpaksa ditelah oleh ahli - ahli UMNO di Titiwangsa.
Masanya sudah tiba bagi Bahagian Titiwangsa untuk memberi ruang dan peluang kepada Datuk Johari Ghani untuk meneruskan perjuangan parti dan bangsa di Titiwangsa-- inilah cakap- cakap yang kedengaran di Titiwangsa.
Tetapi ada pula pihak yang mahukan Drs.Suleiman bertindak segera untuk mengambil keputusan yang drastik untuk menyelamatkan bahagianya.
Beberapa pemimpin di UMNO Titiwangsa juga dikatakan sedang mengatur strategi menjelang pemilihan Bahagian pada bulan September nanti.Ada juga suara - suara mahu Datuk Aziz Jamaluddin bertanding salah satu jawatan tertinggi parti diperingkat bahagian.
Kenapa UMNO tewas di Titiwangsa? inilah persoalan yang perlu dijawab sekarang.Gempa bumi bagaikan sudah hampir pasti meletup.Kita tunggu perkembangan terkini dari masa ke semasa.

3 comments:

Rizal said...

Satu lagi kejutan di Titiwangsa? Selamat berjuang kepada semua.Moga- moga tuhan selamatkan Titiwangsa daripada malapetaka.

Anonymous said...

Titiwangsa lagi.Mintak Datuk Leman lepaskan jawatanya sahaja.Beri ruang kepada Dato KFC.

Anonymous said...

Wilayah kini telah memberikan satu laporan yang panas sehingga menyebabkan Titiwangsa menjadi begitu panas dan ada pemimpin yang kurang senang hati dengan laporan tersebut.Tahnniah kepada Wilayahkini.