Ekoran daripada pendedahan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO mengenai sabotaj dikalangan ahli - ahli UMNO di sesetengah bahagian menyebabkan UMNO kalah telah mengundang pelbagai persepsi dan juga persoalan.Tidak terkecuali di Wilayah Persekutuan dimana nama Parlimen Titiwangsa juga dikatakan berada dalam 14 senarai Bahagian yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru - baru ini.
Walaupun PM belum lagi mendedahkan senarai 14 kawasan parlimen tersebut, tetapi nama Parlimen Titiwangsa dikatakan hampir pasti berada dalam genggaman Perdana Menteri.Pada pilihanraya umum baru - baru UMNO gagal mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa yang menjadi kubu kuat yang melambangkan kekuatan kuasa melayu di Kuala Lumpur khususnya Titiwangsa melambangkan Kampung Baru.Calon UMMO, Datuk Aziz Jamaluddin yang juga merupakan AJK Bahagian Titiwangsa dan juga Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru tewas dengan calon PAS Dr.Lo Lo.Kekalahan di Titiwangsa dikatakan berpunca daripada tindakan sabotaj ahli - ahli UMNO sendiri.
Dimana kekuatan sebenar Datuk Seri Dr.Suleiman Mohamad yang dikatakan begitu berpengaruh di UMNO Titiwangsa dan kononya boleh menentukan kemenangan calon UMNO? Ada juga pelbagai pihak mula mempersoalkan komitmen yang telah ditunjukkan oleh DRS.Suleiman Mohamad ketika pihanraya umum baru - baru ini.Siapakah yang menjadi dalang atau pemimpin disebalik tabir yang menyuruh ahli - ahli untuk mengundi calon Pas? Betulkah ramai pemimpin UMNO di Titiwangsa kurang puas hati dengan tindakan pucuk pimpinan tertinggi di bahagian termasuk calonya sendiri? Inilah dinatara persoalan yang menjadi perbualan hangat ketika ini di kalangan ahli - ahli UMNO di WP dan juga Titiwangsa.
Disebalik kehangatan tersebut, ada pula yang mempertikaikan peranan yang telah dimainkan oleh Pengarah Jentera Pilihanraya BN Titiwangsa - Datuk Johari Ghani yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Titiwangsa.Johari Ghani yang lebih dikenali sebagai Jo KFC dikatakan tidak bersungguh - sungguh sehingga menyebabkan jentera UMNO dan BN lemah.Pengundi - pengundi melayu di Kampung Baru yang sebelum ini yang akur dengan UMNO akhirnya berpaling tadah dengan UMNO kerana politiking yang cukup tajam dikalangan pemimpin UMNO Titiwangsa.Akhirnya yang menjadi mangsa , Datuk Aziz Jamaludin dan juga UMNO.Kerusi parlimen Titiwangsa menjadi perhatian ramai apabila penyandangya Datuk Astaman digugurkan dan beberapa nama menjadi sebutan ramai termasuk nama Senator Datuk Kamarudin Ambok, Ketua Pemuda Titiwangsa Ahmad Zuhri Idris, Datuk Johari Ghani dan Datuk Seri Suleiman sendiri berminat untuk bertanding kembali. Drs.Suleiman sendiri dikatakan memang telah mengidamkan untuk bertanding kembali.
GEMPA BUMI DI UMNO TITIWANGSA BILA - BILA MASA?
Pemerhati politik berkata, kalau ungkapan tsunami dikaitkan dengan keputusan PRU baru - baru ini , di UMNO Bahagian Titiwangsa pula Gempa Bumi dijangka meletup pada bila - bila masa dan sudah ada suara - suara diperingkat akar umbi supaya Drs.Suleiman akan dicabar pada pemilihan bahagian tahun ini.Dan Datuk Johari Ghani yang dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dibahagian tersebut dijangka akan mencabar Drs.Suleiman kali ini.Johari Ghani dijangka akan berpakat dengan teman istimewanya Datuk Astaman Abdul Aziz untuk menumbagkan Drs.Suleiman Mohamad.- Inilah cakap - cakap yang kedengaran selain sabotaj pilihanraya umum baru - baru ini.
Selain itu, Astaman Abdul Aziz yang digantung daripada UMNO dijangka akan memulakan perjuangan politiknya di Bahagian Titiwangsa dengan gandingan mantap beberapa pemimpin tempatan di Titiwangsa.Astaman dikatakan tidak mahu ke Wanga Maju dan mahu meneruskan karier politiknya selepas pengantunganya tamat di Titiwangsa kerana beberapa sebab.Astaman juga dikatakan mendapat backing yang kuat daripada Tengku Adnan - Setiausaha Agung UMNO.
6 comments:
Baguslah.Biarkan gempa bumi meletup dan air lavanya kena kepada pemimpin UMNO Titiwangsa kerana perbuatan taksub mereka.
- ahli umno titiwangsa
Masanya sudah tiba untuk Suleiman berundur.Dia kena beri laluan kpd Datuk Johari Ghani ambil alih.Cukup permainan politik Suleiman.Orang sudah fed up lah.
Saya sokong saranan Jentik Pemuda.Hidup Astaman.
Disini segalanya bermula.... Tak de Titiwangsa takdelah UMNO.. Sebenarnya sentimen sebenar ialah Pak Lah Patut Letak Jawatan kerana meletakkan kriteria untuk jadi calon di tanah pusaka ini hanay perlu pandai buat bubur lambuk... Apa lah nasib, CEO, Lawyer, Cerdik Pandai Ekonomi.... Pak Lah yang mengegarkan Titiwangsa sampai daulat kena satu Malaysia.
Untuk si penulis kejahilan anda menulis ternyata anda juga tak cukup selidik... Jasa jentera-jentera yang berhempas pulas bekerja sampai hari ini masih belum terbalas... sampai calon pun tak ucap terima kasih...
Mereka semua pejuang-pejuang bangsa bukannya bangsat macam dirimu... tau cakap sahaja...
Cermin diri sendiri apa yang berlaku di UMNO Titiwangsa.Jangan asyik berpolitiking dan main tuduh Pak Lah sahaja.
ello brother, hangpa ingat astamam tu baguih sangat ka? dulu masa wakil rakyat, dia langsung tak bagi peruntukkan pada cawangan2 umno. Kalau bagi, atas nama NGO, Umno tak masuk book...tak masuk buku la ... Dia digantung kerana rasuah politik wang. orang kata terlibat dengan niaga arak di jalan P. Ramlee.
Kalau hangpa semua baru satu hari dua kenai pemimpin jangan banyak cakap nooohhhhh.
4 tahun jadi wakil rakyat,rakyat rasa macam tak ada wakil pun. Sebab tu dia orang undi PAS. Astamam tak servis, frust kena gantung...ha ha ha...dia faktor BN kalah.
sekurang-kurangnye leman ganti dia servis rakyat. apa la lu orang tak nampak ka?
budak kampung baru
Post a Comment