Lagi berita mengenai bekas menteri meraba , mencabul seorang pelayan di sebuah hotel yang terkemuka di KL di Cigar Room.Hari Ketua Polis KL Datuk Mohamad Sabtu Osman berkata pihak polis akan meneruskan siasatan terhadap laporan tersebut termasuk menyoalsiasat bekas menteri tersebut walaupun pelayan wanita tersebut telah menarik kes tersebut semalam.Sila baca laporan POLICE NOT DROPPING THE MOLEST CASE .Apa yang Wilayahkini ingin menarik perhatian disini laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24hb April 2008 memetik "menurut Datuk Datuk Muhammad Shafee, wanita itu juga mengaku mengenali bekas menteri itu sejak lima tahun lalu dan sepatutnya telah biasa dengan cara individu berkenaan" MANAKALA laporan The Star pada hari yang sama memetik "When he ( the Ex Minister) jokes, he sometimes likes to touch my sholder or arms ", she said ( The woman )
Sungguh melucukan dan memeranjatkan sama sekali kerana seorang yang bergelar menteri ( sekarang baru tak dilantik semula sebagai menteri ) boleh berkelakuan sedemikian di khalayak ramai. Di manakah moral seorang yang berjawatan tinggi dalam kabinet Malaysia sebelum ini kerana bekas menteri tersebut dikatakan memang merupakan "regular customer disana" sejak lima tahun yang lepas. Inikah cara pemimpin kita dalam kerajaan dan UMNO, tanya seorang pemimpin kanan UMNO dalam emelnya ke Wilayahkini. Beliau juga menyambut baik kenyataan pihak polis untuk meneruskan siasatan tersebut, kerana katanya " Kita tidak mahu aksi - aksi drama minggu ini dalam kes tersebut dengan aksi lapor kemudian tarik balik" !
No comments:
Post a Comment