Sunday, April 27, 2008

SATU LAGI SIKAP KEPONDANAN SYED ALI ! KALI INI HISHAMUDDIN, ZAID IBRAHIM JADI MANGSA!

OLEH : Wartawan Wilayahkini
Satu lagi sikap kepondanan Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Al Habshee yang lebih terkenal dengan jolokan " Pemimpin Syok Sendiri" dikalangan ahli - ahli UMNO dilihat hari ini apabila dia menjerit bagaikan dewan mesyuarat runtuh kononya ingin menjadi penyelamat UMNO ketika berucap di EGM UMNO Cheras hari ini.
Antara lain dalam ucapanya Syed Ali turut membidas tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein Onn yang meminta maaf mengenai berhubung " ISU KERIS".Syed Ali yang berkata HISHAM TELAH MENJATUHKAN MARUAH ORANG MELAYU. Dia juga yang sebelum ini dengan lantang menunjukkan sikap kepondananya sebelum ini dengan memberi wawancara kepada media asing Aljazeera , yang meminta Pak Lah letak jawatan turut mendesak Pak Lah segera melantik Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri- SEGERAKAN PROSES PERALIHAN KUASA.
Syed Ali turut meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique meletak jawatan ekoran kekalahan BN di KL pada PRU baru - baru ini dan mensyorkan pelakon watak utama klip rakaman video- V.K.LinganmTengku Adnan Tengku Mansor dilantik sebagai Pengerusi UMNO WP yang baru.
Beberapa pemimpin UMNO WP berkata, inilah sikap dan perwatakan sebenar Syed Ali.Suka mengkritik dan bermain politik untuk syok sendiri .Apa jasa dia kepada UMNO? Dia hanya suka mengkritik macamlah dia tu baik sangat? kata mereka.Dulu dia hentam, Lembaga Disipilin - dia di maafkan setelah meminta maaf, kemudian baru - baru ini dia hentam Pak Lah , bidas sistem kuoata dan macam - macam lagi tetapi apa peranan dan jasanya untuk BN bagi menawan semua Parlimen Cheras? , kata mereka.
UMNO tidak rugi apa - apa sekiranya pemimpin seperti ini letak jawatan ataupun dipecat kerana pemimpin seperti inilah yang boleh menjatuhkan UMNO dan bukanya boleh menaikkan undi UMNO." Dia memang tidak ikhlas .Hanya suka ambil kesempatan bila ada ruang.Inilah dikatakan sikap kepondanan", kata mereka lagi.
KENAPA KU NAN ? Semua orang tahu, isu Tengku Adnan yang memainkan watak utama dalam klip rakaman Video V.K.Lingam telah mencetuskan pelbagai konterversi daripada pelbagai pihak dan Syed Ali mahukan cadangan nama Ku Nan. " Adakah beliau mabuk akal", kata seorang pemimpin bahagian WP dalam emelnya ke Wilayahkini.

16 comments:

Anonymous said...

Inilah watak sebenar Syed Ali.Dia memang kurang ajar dan tidak bermoral.Dia hanya tahu melenting.Apa jasa dia kepada UMNO ?

Anonymous said...

Syed Ali tak insaf lagi? Memang tajuk kepondanan amat sesuai dengan perwatakanya.Kenapa UMNO tidak bertindak? Tunggu apa lagi? Memang dia suka ambil peluang bila UMNO lemah.Inilah dikatakan pondan.Bila UMNO kuat di ni suka ambil kesempatan rapat - rapat dengan pemimpin tertentu dan lepas tu gugurkan mereka.Kami pun sudah fed up dengan sikap egonya.

Anonymous said...

Saya sokong saranan Cheras Citizen.Kita tanya dengan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai mengenai Syed Ali ini.Dia pun ada banyak bukti.Dulu dia ada buat laporan polis.Apa sudah jadi dgn laporan polis yang dibuat oleh Tan Kok Wai terhadap Syed Ali?

Anonymous said...

Tajuk yang amat sesuai dengan perwatakan sebenarnya.Masa seperti inilah orang melayu kena bersatu dan jangan malukan bangsa kita sendiri.Pemimpin jenis apa Syed Ali ini? Kurang ajar dan biadab.

Anonymous said...

Saya tidak terkejut dgn kenyataan Dato Ali tu.Kerana dia memang suka cakap syok sendiri untuk dapatkan cheap publisity untuk diri dia sendiri dan bukanya untuk kebaikan UMNO.

Anonymous said...

Nak lantik Ku Nan? Alahai UMNO? Kamu tak ada calon lain? UMNO hanya kalah dua kerusi di WP dan UMNO menang 3 kerusi lain.Kenapa nak salahkan UMNO? Pemimpin BN parti komponen yang lain yang patut bertangungjawab.

Anonymous said...

Syed Ali kena berhati - hati apabila membuat komen kerana dia menjatuhkan maruah orang lain.Jangan jadi pondan.

Anonymous said...

Di mana perginya pemimpin UMNO WP yang lain? kenapa tidak besuara?

Anonymous said...

Kenapa Syed Ali sangat bodoh? Orang tengah sibuk bincangkan isu - isu yang lebih penting dia pulak asyik pandai minta orang letak jawatan.Sepatutnya dia yang KENA LETAK JAWATAN.Cukuplah , Cheras pun tidak mahu dibawah anda.Jangan asyik lantang tapi kalau nak lantang kenalan faham isunya dulu.

Anonymous said...

Syed Ali is really dump. He seems dont understand the real issue here.Lets throw him out of UMNO.

Anonymous said...

Kami wakil - wakil Puteri di Wilayah Persekutuan amat kecewa dengan sikap yang sentiasa yang ditunjukkan oleh Syed Ali.Ini kerana kenyataan seperti ini bukanya membawa apa- apa faedah hanya membawa kepada perpecahan dan keburukan.Syed Ali kena tengok dirinya sendri sebelum bercakap kerana UMNO kini dalam proses pemulihan semula.

milasha said...

Saya ada baca dan juga ada lihat di Berita TV 3 mengenai laporan tersebut.Saya hanya dapat ketawa apabila tengok berita tersebut dan membacanya kerana inikah standard UMNO? Amat memalukan.Bertelagah sesama sendiri.Cukup memalukan kerana kaum - kaum lain sedang memerhatikan bangsa kita sendiri minta kita letak jawatan untuk saru sebab yang tidak munasabah.

milasha said...

Munkin Wilayakini dapat turun padang dan dapatkan beberapa berita menarik mengenai Syed Ali ini kerana dia anggap dirinya sebagai pemimpin yang terbaik.

Anonymous said...

Isu perletakan jawatan dapat selesaikan masalah UMNO?

Razlan said...

Asalamualaikum,

Maaf laa kalau saya menegur.

Wilayah KINI sepatutnya dijadikan medan untuk UMNO wilayah memberi komen secara baik..

Tindakkan Syed Ali biarlah dikomen dengan lebih berhemah. Perkataan Bodoh dan sebagainya sepatutnya tidak dilemparkan kepada sesiapa sahaja Pemimpin UMNO secara terbuka.

Jika sayangkan UMNO, kenapa perlu kita memaki pemimpin kita secara Terbuka. Ini bukan budaya dalam UMNO!

sekian ...

Anonymous said...

dont worry DZ we r behind u, dont get distracted by that fella, hes a moron. anyway the waterloo of him is around the corner n lets not be bother listening to him thou.