Ekoran daripada berita Wilayahkini yang melaporkan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju yang Datuk Astaman Abdul Aziz yang juga merupakan bekas Ketua UMNO bhgn Wangsa Maju sebelum ini dan digantung keahlian kerana politik wang akan bertanding kembali sebagai Ketua Bahagian Wangsa Maju, pelbagai cerita - cerita baru telah keluar. Kononya Astaman belum dapat clearance daripada pengantungan , tidak sesuai lagi Wangsa Maju dan UMNO Wangsa Maju menolaknya.
Pada satu sudut lain pula , Ketua Pemuda Wangsa Maju Datuk Norza Zakaria dikatakan sedang melakukan usaha untuk membawa kembali Astaman untuk menumpaskan Datuk Zainal Nazeri yang kini menjadi Pemangku Ketua Bahagian.Norza yang dikatakan telah hilang peluang untuk dilantik semula sebagai Setiausaha Politik kpd Menteri Kewangan Ke 2, dikatakan sedang melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan riwayat politiknya di Wangsa Maju walaupun beliau tidak mendapat layanan yang mesra di bahagianya sendiri khususnya dikalangan pemudanya sendiri.Adakah MT telah melepaskan Astaman daripada pengantunganya? Mungkin Astaman atau kawan baiknya Tengku Adnan boleh menjawab persoalan ini.Selain Astaman, dua lagi ketua bahagian di WP yang mengalami nasib yang sama ialah, Ketua UMNO bhgn Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.
14 comments:
Norza Zakaria memang tak layak pimpin WP, Wangsa Maju mahupun MKT.Cukuplah.Dia tak ada harapan langsung.Kami sudah tolak dai dari dulu lagi.
Datuk Astaman nak berpakat dgn Norza.Memang sungguh pelik kerana kedua - dua mereka sudah jadi spesis yang hampir pupus.
Norza Zaakaria kena cerminkan diri dia dulu sebelum bertindak.Kami dengar dia disiasat oleh ACA ? Betulker? Wilayahkini tolong siasat.
Gerak Gempur Pemuda pun tak jalan semasa PRU.Ini nak jadi MKT dan juga nak bertanding jawatan - jawatan lain pulak.Norza ini memang tak ada peranan langsung di WP.
KITA PERLU PELUANG KEPADA PEMIMPIN MUDA SEPERTI NORZA INI.KERANA BELIAU JUGA MEMILIKI KELEBIHAN TERSENDIRI.APA SALAHNYA DIA NAK BERTANDING KETUA BAHAGIAN? DIA LEBIH LAYAK JIKA DI BANDINGKAN DGN ZAINAL NAZERI TU.
Datuk Norza telah gagal sebagai Ketua Pemuda Wangsa Maju kerana semua Ketua Pemuda Cawangan memang tolak dia.Masa PRU pun dia tak tunjuk muka.Lupakan Wangsa Maju.
Dia memang nak kena Kantoi.Norza in nothing.Leave him .
Wangsa Maju ini macam dah kena sumpah.Tak habis lagi politikingnya.Mungkin Datuk Zulhasnan kena cari formula untuk selesaikan masalah Wangsa Maju.Dahlah BN kalah disana.UMNO pula banyak masalah disana.Diharap, kita lupakan Norza.Mungkin Astaman dapat mengembalikan zaman keagungan Wangsa Maju.
Saya tidak setuju cadangan Rizal kerana, Astaman tak layak lagi bertanding disini kerana kita perlu ruang kepada orang yang jaga Wangsa Maju semasa zaman dia kena gantung.Orang - orang Wangsa Maju .Insaflah.
Apa sudah jadi dgn Datuk Shafie? Dia tu pandai main gertak sahaja.
Wangsa Maju tak akan maju selagi Zainal Nazeri, Astaman dan Norza ada disana.
Apa salah Astaman diberikan peluang sekali lagi.Saya mahu Astaman dan Zulhasnan bergerak sebagai satu pasukan seperti dulu.
Norza lagi? Si Norza ini kenalah berkerja keras untuk parti adan agama.Dahlah buat banyak duit tapi banyak sangat nak anggan - anggan nak jadi macam - macam.Cukup Insaflah kamu.
aku heran betul yg ada org lagi nak sokong norzakar ni. sudah2lah tu. suruh dia jaga reta benda dia ajer...itu ajer yg dia pandai...
nak cerita psl perpaduan melayu...dan dia nak gerakkan. tanya diri sendiri la norzakar oooiiiii...layak ke nak lead pertemuan tu..
desperate sungguh nak tempatkan diri....zaman org sajak2 ni dah lepas dah....skrg ni...straight forward ajer...
aku dgr dia tengah 'sasau' skrg ni...x psl2 nyanyi kuat2 dalam keter...bekas driver cakap la....
sian dia....
Post a Comment