Sunday, April 20, 2008

PUTERI WILAYAH -- SIAPA LAYAK ? SEMAKIN PANAS DI WP !


Ketika cakap - cakap mengenai pemilihan UMNO masih panas walaupun pemilihan hanya akan diadakan pada penghujung tahun perkembangan semasa politik Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan juga dijangka akan menarik perhatian.Sudah ada cakap - cakap di akar umbi mengatakan peranan yang dimainkan oleh Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju Datin Ismalina Ismail , yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO WP telah menghidupkan riwayat dan masa depan Puteri UMNO di WP. Apakah pula percaturan Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Haslinda Rashad menjelang pemilihan parti nanti ? Apakah pula gerak - gerak yang akan dilakukan oleh Ismalina Ismail yang sentiasa kelihatan ceria di mana - mana majlis? Adakah lebih ramai Puteri dari WP akan menawarkan diri bertanding ke peringkat Nasional? Dengar - dengar cerita beberapa Puteri dari bahagian Segambut, Kepong, Cheras , Batu dan Setiawangsa sedang teropong peluang mereka untuk bertanding Exco Puteri Malaysia.

UPDATE TERKINI

Wilayahkini menerima satu lagi emel berkata Ismalina dijangka akan bertanding untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.Dia juga dikatakan akan memilih beberapa Pu3 WP untuk bergandingan denganya untuk jawatan exco.Siapa yang berada di senarai beliau? Sementara itu, beberapa Pu3 WP juga dikatakan tengah mencari restu dgn pemimpin bahagian masing - masing untuk bertanding jawatan exo.TETAPI ada juga yang menyebut Pu3 perlu lebih menarik , cantik dan elegant." Tak payah pakai beg LV, Coach atau Prada tapi cantik , menarik dan elegant dari segi penampilan dan kerja", kata seorang Ketua Pu3 yang kami kenali.

33 comments:

Anonymous said...

Saya sokong Ismalina ke jawatan Ketua Pu3 Nasional mengantikan Datuk Noraini.Dia memang layak.WP pun ceria kerana dia jugak.

Anonymous said...

Mestilah kena cantik dan elegant.Janganlah jadi macam tomboy sudah.

Anonymous said...

Puteri WP perlu perubahan yang mendadak kerana tidak banyak program di peringkat negeri.Ketua Pu3 WP sibuk dengan kerja lain.Ismalina oklah.Diharap akan ada pembaharuan di peringkat bahagian kali ini.Kami harap Ketua - Ketua bahgaian akan memilih pasukan pu3 yang terbaik.

Anonymous said...

Puteri Segambut dan Puteri Putrjaya mengancam.Mereka perlu diberi ruang.

Anonymous said...

Bagaimana pula di Lembah Pantai ? Dengar cerita anak Kak Ijat akan bertanding sebagai Ketua Puteri Lembah Pantai? Kami harap dia diberi peluang untuk bertanding.Mungkin satu hari nanti dia boleh jadi macam Nurul Izah.

Anonymous said...

Haslinda dan Ismalina pun cantik.Harap pengganti mereka pun cantik jugak.

Anonymous said...

Siapa pulak yang bertanding di Setiawangsa ? Kawasan Menteri WP tu , kenalah orang - orang yang bagus dan menarik.YB Menteri tolong pantau.

Anonymous said...

Hidup Wilayah Kini .Satu lagi laporan menarik.

Anonymous said...

ah, Puter- puteri wp kenalah kuat berkerja tapi jangan lupa nak jaga kawan - kawan yang bantu anda selama ini.

Anonymous said...

Saya sokong Ismalina.Bukan sahaja orangnya cantik tapi dia memang kuat berkerja sepertimana yang di lapor oleh Wilayahkini.Pada masa yang sama berilah sikit muka - muka baru yang elegant.

Tun Teja said...

Dear Anonymous
saya rasa mereka tidak lah mengancam mana pun... tengok dari mata sy lah kan, 80% Ketua2 Pu3 Bhg dlm WP ni semua nya perasan bagus. Mereka ni suka 'mingle' among them aja. So, yg kita2 ni bukan vote depa untuk jadi Ketua Pu3 ka? ingat2 lah sikit, jgn jadi Melayu Mudah Lupa, sat lagi orang dah fed-up kat hang, tersungkuq jugak hang...

Tun Teja said...

I dont have any problem with Kak Ina nak bertanding becoz she deserve it. Dia byk turun padang. Errrmm dapat jadi Pegawai Khas pun takpa lah noh Kak Ina

Tun Teja said...

Tuan Anonymous,
Nak kata sy rapat dgn Setiawangsa tu tidaklah jugak, tapi dengar nya Ketua skrg dah cecah usia 35thn dan akan beranjak ke Wanita. Jadi yg tinggal ialah Naib & S/U yg dikatakan akan naik. Part ada ka tidak yg nak bertanding post no. 1&2 tu sy tidak dengaq lagi.. kita tunggu....

Tun Teja said...

oklah, utk tidak mengundang umpatan dan sebagainya, kita seru semua pu3 utk tidak melaram dgn handbag yg branded, cukuplah sekadar Vincci ka, Bonia ka (pun mahai jugak tu), Asadi ka (ada juai handbag ka>) atau paper bag ka...
Tapi kalau pakai LV, Prada, Coach, PS Butik boleh ka? kira ok lah kan tu... Cuma jauhari yg mengenal manikam..

milasha said...

Tapi kena ada personaliti.

Tun Teja said...

yes, u r right... agree w u...

Anonymous said...

Apa pulak komen - komen dari Puteri lain? Nanpak gaya Pu3 WP akan ada perubahan yang menadadak dan sudah tiba masanya kita ketengahkan pemimipin yang betul - betul efesyen di WP.

Anonymous said...

Puteri WP lemah sangat.

Anonymous said...

Setiawangsa jadi ker Wani bertanding? Wani memang ada gaya dan style.Kita kena sokong dia.

Anonymous said...

Sesiapa yang nak jadi exco tu kenalah kerja kuat sikit.Takkan nak tunjuk muka aja nak jadi glamour?

Tun Teja said...

Pu3 Setiawangsa,
i guess since you're from Setiawangsa, maybe best that you're ask your Naib Ketua whether she's going for Exco or not, or perhaps get her to reply us here... go call her.. u go girl.. we r waitinggg

Anonymous said...

Pu3 Setiwangsa yang dengar Wani akan bertanding tapi bagi jawatan Naib dikatakan belum confirm lagi.Dengar-dengar Siti yang serkarang SU akan tanding Naib? Boleh menang? Kenapa Wilayakini tidak membuat satu selidikan?

Anonymous said...

Pu3 sekarang kena banyak berubah.Apa yang berlaku dalam UMNO perlu dijadikan teladan.Pu3 WP kena bangkit dari tidur kerana saya nampak banyak Pu3 WP tak aktif.Mereka cuma mahu bergaya dan clubing sahaja.Turunlah padang.

Anonymous said...

Kenapa pulak Pu3 Setiawangsa yang jadi tumpuan? Pu3 Wangsa Maju dan Segambut lagi hebat.Tapi dengar khabar Pu3 Lembah Pantai akan ada calon - calon yang baru.

Anonymous said...

Saya sokong.Berilah peluang kpd anak Shahrizat bertanding.Dia memang berkaliber dan ada harapan untuk mengantikan Kak Ijat.Bukan sekadar cantik tetapi dia memang boleh buat kerja.Saya nampak semasa PRU baru - baru ini.

Anonymous said...

Tak salah anak Kak Ijat bertanding.She is nice person.

Anonymous said...

Semua bhgn di WP perlu menampilkan satu pasukan yang mantap untuk bawa cabaran Puteri WP.

Anonymous said...

Tahnniah kepada Wilayakini.Kita nak tanya siapa yang jadi Pengarang di Wilayahkini? boleh kita berkenalan untuk mantapkan lagi Pu3 WP.Kami dah hantar emel dan hp dalam emel pun tak dijawab lagi.SMS lah kalaupun.Apapun Wilayakini memang best..best..best..love u....

Anonymous said...

TAHNNIH KEPADA WILAYAHKINI.TOLONG BANTU UNTUK MENINGKAT IMEJ KAMI LAGI.

WILAYAH KINI said...

Megenai saranan Pu3 angels tersebut kami akan jawab emel dan Wilayahkini dan juga akan sms kpd anda bila ada masa nanti.

Anonymous said...

Dgr cerita di Setiawangsa anak dato zulhasnan tengah intai juga. harap wilayahkini boleh komen

Tun Teja said...

aiyoo anonymous, she's still studying lah, next term maybe.. patut bagi jalan to her

WILAYAH KINI said...

Terimakasih kepada semua, kerana WILAYAHKINI mendapat sambutan yang baik untuk story Pu3 WP.Nampak gaya semua Pu3 tengah hebat mengikuti perkembangan terkini dalam blog ini.Apapun mengenai beberapa pertanyaan yang dilontarkan , WILAYAHKINI hanya dapat menyatakan , ini proses demokrasi dan sesiapa pun layak bertanding.Difahamkan anak Datuk Zuhasnan Rafique masih tengah meneruskan pengajian diluar negara dan mungkin satu hari nanti beliau dapat membawa cabaran Pu3.Nantikan satu lagi berita menarik mengenai Pu3 minggu ini. Mengenai beberapa pertanyaan yang ingin berkenalan tu, tunggulah dengan WILAYAHKINI, tunggulah dulu.Salam.