Friday, April 11, 2008

KAMARUDIN AMBOK MENCARI KEPASTIAN HIDUP ?


Gambar menunjukkan betapa gemuruh dan lantangnya pemimpin No 2 UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok ketika merasmikan kononya Gerak Gempur Pemuda BNWP dibawah pimpinan Datuk Norza Zakaria semasa pilahanraya umum baru - baru ini.
Datuk Kamarudin Ambok selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, Ketua UMNO Bahagian Segambut, Pengerusi Gapem WP dan juga mempunyai beberapa jawatan yang lain. Karier politik Kamarudin Ambok mula bersinar apabila Datuk Seri Zulhasnan Rafique dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP pada tahun 2006 dan beliau turut dilantik oleh Pak Lah sebagai orang no 2 di WP.Zulhasnan juga dikatakan telah banyak memberikan peranan yang penting kepada Kamaruddin sehingga melantiknya sebagai Pengerusi Gapem, Pengerusi Konvensyen Islam Hadhari Peringkat WP, Pengerusi Majlis Sambutan Nur Ramadhan, Pengerusi Penganjur Konvensyen UMNO - memperkasa melayu bandar dan juga banyak tugasan utama yang lain.Ketika Kamarudin menjadi Ketua Penerangan UMNO sebelum ini dibawah kepimpinan Tengku Adnan , ketokohan dan ketrampilan Kamarudin Ambok tidak nampak sama sekali.Namun dibawah gandingan Zulhasnan Rafique, beliau dilihat begitu terserlah dengan tugas dan tanggugjawabnya.Namun sejak kebelakangan ini Kamaruddin nampak begitu menyepi bagaikan mencari kepastian hidup? Malah Wilayahkini juga ada menerima sms bahawa beliau juga mempunyai blog tersendiri yang dimulakan pada tahun 2005 atas nama www.kamarudinambok.blogspot.com tetapi tidak diupdate langsung.
Kamaruddin juga menjadi penerima sulung gelaran Datuk dikalangan orang UMNO pada majlis anugerah pengurnian pingat sempena hari WP yang julung kali diadakan pada bulan Fenruari yang lepas.Ramai melihat gelaran tersebut satu penghormatan tertinggi kepadanya.
Wilayahkini akan cuba mendapatkan beberapa perkembangan menarik mengenai Datuk Kamarudin Ambok dalam masa terdekat ini bagi menjawab segala spekulasi dan emel yang diterima mengenainya.

13 comments:

Anonymous said...

Datuk Kamaruddin , kenapa menyepi diri?

Anonymous said...

Datuk Kamaruddin Ambok memang seorang pemimpin yang cemerlang apabila digandingkan dgn Datuk Seri Zulhasnan Rafique.Zulhasnan Rafique memang tak nafikan telah banyak memberikan muka kdp Kamarudin Ambok.Mungkin mereka rumah sebelah ada banyak kelebihan.Tetapi nama Kamarudin tercemar apabila media massa main story dia muka depan dia ceraikan isterinya melalui sms.Jatuhkan maruahnya sahaja.Tetapi perlantikan sbg Timbalan Pengerusi UMNO WP berlaku selepas insiden sms cerai.Tetapi selepas jadi orang No 2 di WP , nampak gaya Kamaruddin macam dapat liputan yang luas di media massa macam Ahli Parlimen.Dia kenalah jadi orang kuat di WP bantu Pak Lah.Takkan tak kenang jasa PM? Janganlah jadi pemimpin macam Syed Ali kurang ajar.

Anonymous said...

Datuk Kamaruddin , memang terkenal dgn SMS cerai tapi tak kurang hebat jugak di WP kerana ada gaya tapi kurang menyengat.

Anonymous said...

Ahli - Ahli UMNO Segambut ingin beri amaran ada orang nak lawan Datuk Kamaruddin.Semoga berhati - hati.

Anonymous said...

Banyak info yang diberikan oleh Wilayah Kini mengenai Kamaruddin Ambok.Ada juga blog tapi tak update.Datuk Ka, tolong updatelah.

Anonymous said...

Kamaruddin Ambok kena bersyukur dengan tugas dan tanggungjawab yantg telah diamanahkan kepada beliau oleh Zulhasnan Rafique dan juga Pak Lah.

Anonymous said...

Kamaruddin Ambok , masanya sudah tiba untuk berundur.

Anonymous said...

Kenapa? Apa isu yang sebenarnya? Kamaruddin kenalah bertindak dan belasah pemimpin - pemimpin Syed Ali.Jangan aja berani cakap di coffee Hse.Buktikan kemampuan anda atau berundur sahajalah.Kami puna dah penat dengan karenah anda.

Anonymous said...

UMNO WP kena berani sikit.
Saya Cadangkan seperti berikut :
Pengerusi : Datuk Azim
Timbalan : Datuk Ridhuan
Setiausha : Datuk Suhaili
Bendahari : Datuk Yusuf Hamid
Ketua Penerangan : Datuk Hisham

Anonymous said...

saya setuju cadangan Azman dari UMNO WP, tetapi saya harap Datuk Seri Zulhasnan Rafique dikekalkan sehingga pemilihan parti tahun ini.

Anonymous said...

Buang masa sahaja. Kekalkan Kamaruddin atau lantik Kamaruddin Sebagai Pengerusi UMNO WP dan minta Datuk Seri Zulhasnan diberi peluang yang lebih tinggi di MKT.Tapi Kamaruddin kena hati - hati lah dulu kerana kalau di bahagian tak lepas macam mana?

Anonymous said...

Sokong Zulhasnan Rafique dikekalkan.

Anonymous said...

Senator Kamarudin Ambok ini lebih pandai hantar sms cerai sahaja.Kalau nak jadi pemimpin beliau kenalah lantang bersuara.Kenapa diam aja dan tak melawan Syed Ali?