Friday, June 13, 2008

SHAHRIZAT TANDING KETUA WANITA ? AZALINA NAIB ?

WILAYAHKINI difahamkan kesemua bahagian Wanita di Wilayah Persekutuan akan mencalonkan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia bagi menyelamatkan karier politiknya? Shahrizat yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia yang sebelum ini telah menyatakan tidak akan melawan bosnya Tan Sri Rafidah Aziz ( yang baru mendapat gelaran Tan Sri ) dijangka akan membuat kejutan melalui suntikan semangat daripada Wanita UMNO WP yang diterajuninya.Selepas tewas di Lembah Pantai, walaupun Shahrizat dilantik sebagai Penasihat Khas PM ( Wanita ) namun penampilan Shahrizat banyak terbantut dan beliau perlu mencari jalan untuk menyelamatkan karier politiknya dengan hanya satu cara - bertanding jawatan Ketua Wanita.Sumber juga memberitahu bahawa pasangan Shahrizat untuk jawatan Naib Ketua Wanita ialah - Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Osman? LAGI BERITA AKAN MENYUSUL !

9 comments:

Anonymous said...

Kami sokong kerana sudah tiba masanya untuk Rafidah undur.Cukuplah.

Anonymous said...

Kak Ijat janganlah nak berlagak sangat.Cukuplah dah kalah tu.Jadilah suri rumahtangga yang baik.

Anonymous said...

Alahai.Beliau layak jadi Ketua Bollywod Wanita Malaysia bolehlah..

Anonymous said...

Bila pulak Kak Ijat kita jadi kumpulan.......Nak jadi partner ngan Azalina pulak.Semoga tuhan mentyelamatkanya.Kami tak kuasa lagi dah.

Anonymous said...

Dimanakah realiti sebenar? Mungkin Datuk Shahrizat perlu diberi peluang untuk bertanding Ketua Wanita kali ini kerana Rafidah dah boleh retire dah.Apa lagi yag Rafidah mahu.Dah dapat Tan Sri lagi.Cuma bezanya Rafidah menang PRU tapi Shahrizat kalah tapi dapat jawatan besar sampai jadi Penasihat PM kau..atau Pensaihat untuk Datin Seri..faham - fahamlah.

Anonymous said...

Kami sokong Datuk Seri Sahrizat bertanding Ketua Wanita.Apa salahnya?Dia memang layak dari semua segi jika dibandingkan dgn orang lain.

Anonymous said...

Kami harap Kak Ijat kita dapat umumkan sekiranya dia nak po jawatan no 1 kerana kami tak mahu merana lagi.

Anonymous said...

Apa hal pulak dengan Kak Ijat kita ni.Betulker laporan Wilayahkini? atau hanya spekulasi sahaja?

Anonymous said...

mamak perasan bollywood ini nak bertanding? tak payah lah. duduk nombor 2 je. tak payah nak perasan. kalau nak dibandingkan dgn tan sri rafidah, dia ni tak ada jasa bagi wanita melayu umno.