Thursday, June 26, 2008

PERJUANGAN POLITIK NAJIB YANG BEGITU BERAT SEKALI .....

TERKINI DARI DEWAN RAKYAT : 30/6/2008-- Semua Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat meninggalkan dewan ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberikan ucapan penjelasan - tambahan mengenai pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 9.Semua anggota pembangkang keluar dari dewan membantah tindakan Speaker membenarkan Timbalan Perdana Menteri berucap.Ini merupakan kejadian pertama dalam dewan melibatkan semua ahli parlimen pembangkang keluar dewan -- Laporan Wilayahkini

TERKINI 29/6/2008-- Kenyataan Najib undang teka - teki politik - tulisan Datuk Hishamuddin Aun( Ketua Pengarang NSTP ) - SILA KLIK DISINI
Laporan -Terdahulu --
Hampir kesemua akhbar tempatan nasional hari ini memaparkan berita utama mengenai kenyataan tegas dan lantang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tudahan akuan bersumpah penulis blog Malaysia Today - Raja Petra ( RPK ). Memang minggu ini merupakan satu minggu yang paling berat kepada Datuk Seri Najib apabila setiap kali menghadapi pihak media massa.Semalam Datuk Seri Najib lantang menyuarakan tuduhan RPK adalah " SAMPAH & PEMBOHONGAN BAGI MENJATUHKAN IMEJNYA".Beliau juga menyifatkan tuduhan RPK terhadap isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai satu pembohongan bagi memburukkan imej politiknya.Najib juga tidak menafikan bermotif politik dengan menjawab" Saya tidak nampak alasan lain kenapa dakwaan tersebut ditimbulkan". Selang dua hari berita mengenai tuduhan tersebut mendapat liputan utama dada akhbar tempatan yang turut mempaparkan gambar Najib dalam keadaan yang kurang ceria. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tuduhan RPK memang meragukan pelbagai berat kerana satu tuduhan yang paling berat.Kita nantikan siasatan pihak polis.




6 comments:

Anonymous said...

Kami harap Datuk Seri Najib dapat memperjuangkan visinya.

umno wangsa maju said...

Ini merupakan cabaran yang hebat kepada Najib dan kita harap beliau dapat menghadapinya dengan tenang.

Ahli UMNO Cheras said...

RPK memang kurang siuman kenapa media nak bersarkan isu bodoh?

UMNO Segambut said...

TPM perlu nyatakan pendirianya supaya bagi mengelak sebarang spekulasi dan andaian yang negatif dikalangan ahli parti.Sekiranya ingin bertanding jawatan Presiden parti pun tak salah tapi nyatakan dengan terus - terang.

Azman , UMNO WP said...

Rencana Datuk Hishamuddin memang sesuatu yang betul.Ini kerana beliau telah menyatakan secara terperinci mengenai Pak Lah dan Najib.

atilia, hartamas said...

Bravo Datuk Hishamuddin.U got the rite facts.