Saturday, June 7, 2008

KONVENSYEN MIC WP ESOK - MIC WP LEBIH LANTANG DAN EFESYEN DI BAWAH SARAVANAN? ADA RESOLUSI DAN UCAPAN PANAS ESOK?

Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan akan mengadakan konvensyenya di Kuala Lumpur dalam satu suasana yang paling berbeza kali ini dimana walaupun tuntutan MIC WP selama ini untuk mendapatkan satu kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan tidak berhasil tetapi perlantikan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan telah memberi satu lembaran sejarah baru kepada MIC WP dan juga kepada ahli - ahlinya.MIC WP juga kini di lihat lebih bersemangat setelah mendapat suntikan semangat yang di luar jangkaan tersebut.Kini semua tumpuan tertumpu ke arah M.Saravanan yang juga merupakan Ketua Penerangan MIC Pusat setelah kesemua pemimpin utama MIC tumbang pada tsunami PRU baru - baru ini.MIC Wilayah Persekutuan juga dijangka akan meluluskan resolusi menyokong kepimpinan Pengerusi BN WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan juga akan memberi amaran keras kepada beberapa ahli parlimen pembangkang di KL yang cuba memainkan sentimen perkauman dan juga sentimen politiking yang kuat.Saravanan yang kini dilihat sebagai salah seorang pemimpin lantang dalam MIC juga difahamkan akan memberikan satu ucapan yang pedas dan lantang kali ini.Baru - baru ini ada juga ura- ura mengatakan Saravanan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden ? Pada sudut yang lain pemerhati politik juga menantikan pengumuman dari Saravanan siapakah tiga kambing hitam yang berada dalam MIC? Konvensyen kali ini juga akan menjadi satu "turning point" bagi karier politik Saravanan, kerana beliau akan pertama kali berucap sebagai Ahli Parlimen dan juga Timbalan Menteri. Pada masa yang sama, M.Saravanan juga telah menjadi pemimpin pertama dari MIC membuka laman blognya dalam alam media siber untuk mengemukakan pandangan dan juga mendengar masalah rakyat dan juga ahli - ahli MIC. Layari laman blognya di http://www.msaravanan68.blogspot.com/ dan http://www.msaravanan.com/



12 comments:

UMNO BERSATU said...

Kami harap Datuk Saravanan akan teruskan perjuangan menentang kejahatan yang dibuat oleh segelintir ahli parlimen pembangkang dan juga menegakkan keadilan.

jentik pemuda said...

Datuk Saravanan memang lantang dan berani orangnya dan kami harap beliau akan teruskan suara- suara lantang demi perpaduan kaum.

Penjaja KL said...

MIC WP perlu luluskan resolusi menentang Wee Choo Keong yang banyak kurang ajar terhadap penjaja.

UMNO WANGSA MAJU said...

Kepada Datuk Saravanan, tahnniah kerana telah berjaya menjadi seorang pemimpin untuk semua kaum.Kini MIC WP nampak lebih gah.Kita perlu berjuang bersama.Kita perlu kuat di WP.Kita perlu turun padang secara bersama.Mari kita laksanakan kempen menentang pembangkang di KL.MIC WP perlu lebih agresif.

Atilia said...

Well done.We hope under Dato Saravanan leadership MIC WP will be playing important role and part in FT as a team.And also notice Saravanan have been doing good job and his image has been change drasticly .All the best.

Anonymous said...

Tahnniah kepada Wilayahkini yang membuka ruang kepada berita parti - parti lain selain UMNO.

Anonymous said...

kami mahu MIC WP luluskan resolusi menentang sebarang usaha yang boleh mencetuskan perpaduan kaum di KL.

PU3 Pantai said...

Saya tidak mengenali Datuk M.Saravanan tetapi saya nampak beliau memang sangat lantang dan kami harap beliau akan teruskan kerja - kerja yang baik tetapi kena juga jaga semua kaum.

Anonymous said...

MIC WP perlu berani bersuara.

ali maju said...

mic wp kena pentingkan semangat perpaduan kaum serta kuatkan iltizam supaya kita menjadi parti yg gah dan kuat.

hartamas gals said...

yb saravanan, we saw yr blog. But pls be fair 2 every race instead one race.

Anonymous said...

umno dan mic kena kerja kuat sbg satu pasukan.