Monday, June 30, 2008

SATU LAGI TSUNAMI POLITIK DI MALAYSIA ?

Isu melibatkan tuduhan meliwat-- Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menjadi satu lagi kejutan politik negara malah menjadi kejutan politik dunia kerana ianya berlaku secara tiba - tiba.Sepertimana yang dikomen oleh beberapa pihak- kita perlu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat intipati laporan tersebut sama ada benar ataupun tidak.Memang kita tidak dapat menafikan , insiden tersebut telah merancakkan lagi suasana politik negara ketika dan disaat Anwar melaungkan dengan lantang diseluruh negara malahan seluruh dunia bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada bulan September nanti.Sebelum dan selepas PRU begitu hebat, Anwar Ibrahim berkempen diseluruh pelusuk negara tanpa sebarang sekatan dan masalah.Apabila berita mengenai laporan Polis ( tuduhan meliwat) tersebar mengenainya- tiba2 beliau berkata nyawanya terancam dan meminta bantuan perlindungan kedutaan Turki. Apakah Malaysia ini sebuah negara pengganas sampai nywanya terancam dan meminta bantuan kedutaan asing? Memang satu alasan yang tidak munasabah dan tidak logik dan sukar diterima.Satu lagi perkara yang menyebabkan rakan - rakan media dan teman -teman blogger kurang puas hati ialah " Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu berdepan dengan pihak media dalam kesemua sidang akhbar sehingga hari ini ? Kenapa perlu menghantar wakil dan isterinya? Sekiranya sehingga minggu lepas beliau kerap berjumpa dengan media untuk memberikan komen - komen politik negara dari masa ke semasa, tetapi kenapa kali ini beliau lari dari pandangan media ? Kenapa beliau begitu gentar sekali berdepan dengan media ?Kita tidak boleh menutup mulut orang bercakap, meghentikan penyebaran sms mahupun menidakkan spekulasi di media dan juga blog.Pihak polis perlu menyegerakan siasatan dan mengumumkanya dengan segera sebelum satu lagi tsunami politik meletup di Malaysia !
SILA BACA http://www.rockybru.blogspot.com/ dan http://www.chunwai08.blogspot.com/ - Untuk loporan yang menarik dan gambar- gambar terkini !
Terimkasaih: Gambar dari Rocky Bru

4 comments:

Kamal, jentik Pemuda said...

Kita harap pihak polis dapat segerakan siasatan dan cepat selesaikan kes ini kerana banyak implikasinya kepada negara dan politik.

adu domba said...

Betoi.SMS, blog dan media sukar dikawal.Semakin lama , semakin banyak spekulasi.Rakyat pula terkeliru nanti.

Anonymous said...

Dah timbul nama TPM dikaitkan tapi TPM dan nafikan.Ini semua gara - gara gambar.

MoLot Bau Petai said...

Harapan Agar Pihak siasatan Hospital bagi Liwat ini dibuat secara terbuka dengan media!!! Live Telecast