Monday, June 23, 2008

BEKAS MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN , TAN SRI ISA BEBAS DARI POLITIK WANG SELEPAS 3 TAHUN !

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Naib Presiden UMNO Tan Sri Isa Samad hari ini bebas sepenuhnya daripada kes penggantungan keahlianya daripada UMNO ekoran daripada kes politik wang pemilihan UMNO pada tahun 2004 dimana beliau meraih tempat pertama iatu mendapat 1507 undi bagi jawatan Naib Presiden UMNO.Keahlian UMNOnya digantung pada tahun 2005 dimana beliau terpaksa kehilangan jawatan Naib Presiden dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Kini Tan Sri Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dipetik berkata sedang memikirkan langkah seterusnya selepas ini.Apakah Tan Sri Isa, 58 tahun akan kembali aktif dalam politik UMNO? Adakah beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden kali ini ?

2 comments:

Razlan said...

Ucapan tahniah kepada Tan Sri Isa, ianya kerana :-

1. Tidak melatah apabila dikenekan tindakan.

2. Tidak menjadi calon MP Bebas.

3. Tidak menjadi musuh kepada UMNO.

4. Tidak hilang keyakinan kepada UMNO

dan yang terakhir ... Tahniah kerana tetap setia seperti cogan kata "Bersatu Bersetia Berkhidmat"

Hanya Tan Sri seorang yang tahu pahit getirnya apabila digantung dan terpaksa melepaskan jawatan menteri ...

Lepas ni Orang akan tetap kenang ketabahan dan kesabaran Tan Sri..

SELAMAT KEMBALI TAN SRI ..

MENYOKONG TAN SRI ISA said...

SALUTE DENGAN TAN SRI , WALAU PUN TERPAKSA MELEPASKAN SEGALA-GALANYA BELIAU TETAP BERSAMA UMNO , HIDUP TAN SRI ISA............PROUD OF YOU