Friday, June 20, 2008

JAWATAN KETUA WANITA : HANYA BANDAR TUN RAZAK SOKONG SHAHRIZAT? BAGAIMANA YANG LAIN ?

Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Salmah Pin dengan lantang menyuarakan Tan Sri Rafidah Aziz perlu memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO WP untuk memimpin Wanita UMNO Malaysia sekaligus membolehkan proses peralihan kuasa berjalan dengan sistematik tanpa sebarang pertandingan.Salmah yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bandar Tun Razak berkata , tsunami politik baru - baru ini telah memberikan mesej bahawa Wanita UMNO Malaysia juga mahukan perubahan.Ramai berpendapat sudah tiba masanya bagi Shahrizat memimpin Wanita UMNO Malaysia tetapi pada masa yang sama Rafidah juga dikatakan lebih sesuai memimpin Wanita UMNO untuk sepenggal lagi kerana beliau menang pada PRU baru - baru ini.Di manakah suara Ketua - Ketua Wanita lain di WP kepada Shahrizat ? Adakah hanya Bandar Tun Razak berdiri teguh dibelakang Shahrizat?

6 comments:

wanita segambut said...

Kak Ijat kena tunggu dulu.Dia baru kalah PRU.Nanti kalah pulak Ketua Wanita.Sabarlah.

Anonymous said...

Jangan kita nak tamak kuasa pulak dah.

Anonymous said...

Kami harap Shahrizat diberikan peluang untk bertanding dan kami wanita WP akan sokong beliau.

Setiawangsa women said...

Inilah peluang terbaik kepada Kak Ijat kita.

Anonymous said...

Dimana justifikasinya?

Anonymous said...

memang sepatutnya TS Rafidah lepaskan jawatan kapada Dtk Ijat. Sampai bila TSR nak pegang jawatan ketua. Beliau telah lama memegang jawatan tersebut. Apa bantuan yang telah TSR berikan kapada wanita UMNO? Masih di takuk lama. Nasib wanita masih seperti dulu juga. patut2 lah TSR. cukuplah tu. berilah peluang pada dtk ijat pula.