Wednesday, June 18, 2008

NASIB PM DAN BN DI TENTUKAN PADA 23 JUN ?

UPDATE TERKINI- BN MEMBUAT KEPUTUSAN , TIADA TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP SAPP BUAT KETIKA INI DAN IANYA TERTAKLUK KEPADA KEADAAN SEMASA SELEPAS MINGGU DEPAN !
Nasib Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan ditentukan pada 23hb Jun ini ? Dimana parti SAPP iaitu salah sebuah parti komponen BN dari Sabah yang mempunyai 2 Ahli Parlimen akan membawa usul tidak percaya keatas Perdana Menteri di Parlimen pada hari pertama Dewan Rakyat di mulakan Isnin depan. Timbul pelbagai persoalan dan andaian termasuk , apakah usul tersebut akan dibenarkan ? sekiranya dibenarkan siapa - siapa yang akan berpaling tadah kepada BN dan PM dan siapa pula akan terus berdiri teguh dibelakang PM dan BN? Baca juga kupasan dari Datuk Wong Chun Wai - Ketua Pengarang Star dilaman blognya.KLIK DISINI .Kini semua tumpuan ditumpukan kepada semua ahli - ahli parlimen dari UMNO di Sabah mengenai reaksi mereka terhadap senario terbaru politik di Sabah bagaikan satu kejutan besar politik di Sabah. Kita tunggu dan lihat !

4 comments:

UIA, gals said...

Sungguh mwngecewakan kerana tiada tindakan dari BN.Kenapa BN main safe lagi ?

umno Bersatu said...

Tindakan SAPP begitu memalukan kepada BN , macam main belakang .Kita semua dah tahu perangai si Yong Teck Lee tu tapi kenapa kita tak nak bertindak?

adu domba said...

Sayang seribu sayang.Pak Lah kena berani untuk bertindak.Masanya sudah tiba untuk kita bertempur.

Levantine said...

Kenapa Pak lah begitu cool sahaja!
Buatlah satu tindakan yang berani kerana benar.
Sekarang bukan masanya untuk berfikir dan mengambil tindakan kemudian.Ambil satu tindakan tegas dan lantang.Cepat Pak lah!