Friday, June 13, 2008

APABILA TUN MAHATHIR BERCAKAP MENGENAI MASA DEPAN UMNO........

Memang pelik tetapi benar.Begitulah dapat disimpulkan apabila bekas Perdana Menteri Malaysia dan bekas Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir Mohamad bercakap mengenai MASA DEPAN UMNO-SILA KLIK DISINI. Segala hujah - hujah yang diketegahkan bukan sesuatu yang baru dan beliau juga telah mengulanginya beberapa kali sebelum ini.Tun yang baru - baru ini membuat kejutan dengan memecat dirinya sendirinya sebagai ahli UMNO sudah mula bercakap mengenai masa depan UMNO.Marilah kita sama- sama renungkan masa depan UMNO menjelang pemilihan parti tahun ini.Apa yang yang telah diutarakan oleh boleh dijadikan bahan rujukan ? ataupun kritikan ? Tepuk dada tanya selera !

4 comments:

Razlan said...

Apa yang ditulis oleh Tun ada kebenaranya.

Banyak sangat masalah dan persepsi yang telah ada di kepala otak masyarakat kita.

Bak Melayu, Cina, India dan lain-lain, semua ada idea dan pandangan.

Pengaruh siapa yang paling baik, mereka lah yang akan menikmati kekuasaan akibat dari ketidak pekaan kita.

Hari ini orang Melayu memerintah, dan kita lihat orang melayu yang membangkang, bangsa lain relax dan tidak berkata apa-apa.

Apabila kita tidak kuat, kita akan nego dengan mereka, tergadai lagi hak dan keistimewaan TUAN TANAH.

Apakah kita harus lakukan sekarang? Adakah orang melayu sedar, ataupun mereka langsung tidak merasa kehilangan apabila dimasa agama lain mendapat Gereja sebesar Masjid Shah Alam.

Apakah mereka tidak terasa apabila Biasiswa telah dibahagikan samarata dengan bangsa lain.

Adakah Orang melayu sedar dan masih tidak sedar apabila kita memberikan kebenaran perkataan ALLAH didalam risalah dan kitab Injil?

Semuanya kerana kita TOLARANCE. Bangsa kita sudah kearah lebih terbuka, terbuka yang tidak sepatutnya. Negara kita sudah kearah negara samarata. Perjuangan yang dibawa oleh DAP.

Adakah orang Melayu faham dan Sedar?

Ini semua tugasan Pemuda dan Puteri untuk memberikan mereka faham dan sedar.

Sekiranya kita masih memilih dengan hanya melihat wang ringgit, kita masih melihat Kepimpinan itu adalah sama?

sama-sama lah kita sedar ......

Anonymous said...

Tun Mahathir dan mula mengigau.Beliau kena terima realiti yang sebenar.Jangan nak salahkan orang lain.Beliau kena salahkan diri beliau sendiri.

Anonymous said...

Inilah sikap sebenar pemimpin yang sebenar selepas bersara.

seroja said...

salam..
apa2 pun kita semua kenalah bersatu... " bersatu teguh, bercerai roboh".. bukala minda kita semua...
plg penting.. berjuangla demi agama..
lillahi ta'ala...