Tuesday, June 10, 2008
ASTAMAN : PANTANG DICABAR DI WANGSA MAJU ?
Wilayahkini menerima satu kepastian yang boleh dipercayai yang mengatakan bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz dikatakan tidak sama sekali akan berundur dari rancanganya untuk menawan semula jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju walaupun menerima beberapa tentangan.Difahamkan Astaman mendapat backing yang kuat daripada Pergerakan Puteri, Pemuda , Wanita dan juga dari beberapa pemimpin tertinggi di peringkat bahagian termasuk dari Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wngsa Maju Datuk Zainal Nazeri dan Astaman juga yakin akan mendapat pencalonan yang lebih tinggi dari cawangan - cawangan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Bravo Datuk Astaman.Teruskan Perjuangan anda dengan kental.
Saya berpandangan, sekiranya kita mendapat komen dari mereka yang kita namakan dilaman ini adalah lebih baik.
Setidak-tidaknya memberikan ucapan terima kasih dan sekiranya ada kelapangan.. mereka boleh memberikan pendapat mereka ..
Betul, kita perli beri peluang kepada Datuk Astaman kerana beliau kena politik wang tu bukan di peringkat bahagian tetapi di MKT.Kita perlu ada sikap maaf.
Mungkin ada hikamah disebalik kedatangan semula Datuk Astaman ke Wangsa Maju semula.Kita perlu lihat satu lagi usaha untuk memperkukuhkan UMNO WANGSA MAJU.
Kenapa Astaman lagi ? Apa sudah jadi dengan Datuk Shafie kita ? Dia lebih layak untuk jawatan Ketua Bahagian.Astaman tu poralah.
Saya harapkan semua pemimpin tertinggi UMNO Wangsa Maju dapat berjumpa dan berbincang masalah semasa dan pucuk pinmpinan di peringikat bahagian.Tidak ada salah kalau Astaman nak bertanding tapi beliau kena betul insaf .
Kami mahukan kepimpinan bukan yang pantang dicabar tetapi kepimpinan yang bersih dari semua aspek.
Kita harap Datuk Zainal Nazeri dan Datuk Shafie dapat duduk berbincang kerana kami tidak mahu lagi jadi anak tiri lagi di Wangsa Maju.
setuju tak nak jadi anak tiri lagi. semua dato'/datuk kena duduk berbincang baik-baik. sebagai Muslim kita percaya qadha' dan qadar maka ada hikmah la semua ni terjadi. datuk shafei, takkan la nak mencipta sejarah, set.pol menjadi ketua bahagian??? larat ke nak jaga politik Menteri Pertahanan, nak buat program di bahagian lagi, nak layan kerenah penduduk bahagian, cukup dana ke? kalau cukup sekali pun, pasti kroni je la yang merasa. apa kata kita buang yang keruh ambil yang jernih...lebih afdal.
Post a Comment