Friday, June 20, 2008

APABILA KU LI DAN MUKHRIZ BERKEMPEN DI KL....

Keadaan politik Wilayah Persekutuan menjadi perhatian apabila, calon Presiden UMNO sepanjang masa Tengku Razali Hamzah dan calon Ketua Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir berkempen di Wilayah Persekutuan selang dua hari yang lepas.Yang peliknya ialah kedua majlis perjumpaan tersebut berhubung kait rapat dengan UMNO Bahagian Titiwangsa. Majlis perjumpaan Ku Li diatur oleh sebuah cawangan di bahagian Titiwangsa manakala majlis perjumpaan Mukhriz pula dirancang oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa ( anak kepada Datuk Seri Suleiman Mohamad -Ketua Bahagian Titiwangsa ) UPADATE TERKINI : Sumber juga mengesahkan, jemputan untuk majlis bersama Ku Li dikeluarkan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa.Memang pelik tetapi itulah benar.Rata - rata beberapa ahli UMNO Titiwangsa juga mempersoalkan tindakan pucuk pimpinan tertinggi bahagian yang cuba bermain politiking disebalik tabir.Adakah Datuk Seri Suleiman menyokong Ku Li bertanding jawatan Presiden disebalik tabir? Ketika inilah, sudah ada suara - suara dibahagian mahukan perubahan diperingkat pucuk pimpinan tertinggi bahagian Titiwangsa.

22 comments:

Anonymous said...

Siarkan segera berita penuh.

Anonymous said...

Wilayahkini perlu siapa disebaliknya kerana jangan jadi ahli UMNO WP jangan jadi pembelot bangsa .

Anonymous said...

Kami agak terkejut dengan berita dan pendedahan tersebut.Apakah UMNO Titiwangsa main kayu tiga? Kepimpinan tertinggi bahagian kena jawab dengan segera .Janganlah jadikan ahli UMNO disini senagai tongkat sahaja.Kami dah penat dengan celoteh anda.

Anonymous said...

Hentikan segera perbuatan bapa pakat dengan anak. Kenapa pula Pemuda Bhgn berdiam diri?

Anonymous said...

Kami harap WILAYAHKINI segera dapat siarkan berita tersebut..

Anonymous said...

asyik cerita bahagian yang sama jee ...

tak kan tak ada cerita dari bahagian lain ... asyik2 titiwangsa .... wangsamaju ..

banyak lagi ... bahagian lain didalam wilayah ni !!

Anonymous said...

Ketua Bahagian Titiwangsa, sila beri komen anda.

Razlan said...

Salam Semua,

Maaf sekiranya terasa...

Sekiranya pemimpin-pemimpin yang kita boleh bawa ke Cawangan atau Bahagian, perkara seperti ini sepatutnya tidak ada timbul rasa menyokong atau tidak.

Memanggil Pemimpin Ke Tempat kita sebenarnya memberikan suntikan semangat dan ianya secara langsung menghidupkan kembali nyawa UMNO di akar UMBI !...

Sekiranya UMNO mengekalkan perangai apabila memanggil merupakan menyokong .. Tidak Panggil kerana tidak menyokong .. susah la ..

DI BTR.. Rizalman memanggil Khir Toyo dan juga mukhriz.. beliau memberikan pilihan kepada akar umbi untuk mendengar dan menilai bakal-bakal pemimpin mereka, dan akan datang mungkin KJ..

UMNO sudah dibenci orang kerana kita berkumpulan-kumpulan ... UMNO sudah dibenci kerana ikut boss ...

jadi perkara menyokong atau tidak .. jangan sekali kita timbulkan .. syak wasangka jangan sekali kita sematkan ..

biarlah kita memberi akar umbi pilihan .. bukan masanya untuk kita mengawal lagi ..

Cawangan ada pilihan .. Bahagian ada Pilihan .. biar akar umbi mendengar dan berdebat secara terbuka dengan pemimpin ...

Jangan lagi Orang UMNO di Sekat daripada berjumpa dengan SEMUA PEMIMPIN .. atau pun Bekas Pemimpin ...

Mereka semua sudah lama berkhidmat dan menabur jasa kepada Masyarakat dan Orang Melayu..

Maaf Sekali lagi .. Orang Melayu sudah masanya terbuka untuk menerima sebarang maklumat dari semua pihak.. Orang Melayu sudah Bijak .. biarkan mereka semua membuat keputusan ..

nota: Kalau Anjuran Cawangan atau Pemuda Cawangan buat untuk cawangan ... Bahagian .. atau Pemuda Bahagian .. buat untuk bahagian ....

** BUKAN KE SEKARANG TIDAK BOLEH KEMPEN KE? ***

Anonymous said...

Apa lagi mainan Ketua UMNO Bhg Titiwangsa. Ilmu lama dah tak boleh pakai lagi. Tak kan baling batu sorok tangan lagi? Di tempat sendiri nak atur kepimpinan UMNO Bhg KHUSUS untuk jawatan Ketua, Timbalan dan Naib 1..2..3 tiada pertandingan.

Anonymous said...

Pelik tetapi Benar. TIDAK ADA pertandingan untuk jawatan 1, 2, 3 UMNO Titiwangsa ! Kroni kroni Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa sibuk berjalan bawa petisyen paksa ketua ketua cawangan tanda tangan atas alasan perpaduan. Dah tak ada keyakinan diri ke ? Apa muslihat Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa ? Suara akar umbi ??? Buka pintu untuk Ku Li dan Mukhriz boleh pulak...

Anonymous said...

Ini macam nak sabotaj suara akar umbi ahli ahli UMNO cawangan aje! Cukuplah dengan SABOTAJ calon BN pada PRU yang lalu. Berilah peluang untuk mesyuarat perwakilan UMNO cawangan bersidang. Biarlah ahli UMNO Titiwangsa mencadangkan siapa yang layak duduk kerusi 1,2,3 dan seterusnya...

Anonymous said...

Ha... itulah jadi nya bila dah jterlalu bodoh cam penulis nie... ha.. ha....

Politik tidak wujud sekadar dengan artikel tetapi politik ni permainan orang pandai-pandai, lebih pandai dari orang meniaga...

Kalau ada usaha untuk menukarkan kepimpinan Pak Lah... itu dah cukup baik... Dan kalau ada usaha nak togelkan budah Hitam KJ lagi baik...

Sebab mereka ni perosak bangsa dan negara... suka tak sukaa... itulah kata rakyat...

Bak kata Hussin Lempoyang Saudagar Unta Dari Cairo .JUAL ORANG LAGI BAIK JADI JUAL UNTA.... HA.... HAAA... WOW!!!

Anonymous said...

Ini semua muslihat Ketua Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman.

Anonymous said...

Datuk Leman kena berundur kali ini.

Anonymous said...

Datuk leman memang patut bersara. Berilah kepercayaan kepada pemimpin yang ada sekarang ini memimpin umno bahagian titiwangsa. Cukuplah kekayaan yang telah dikumpul. Ramai lagi ahli umno di titiwangsa yang berkelibar. Naik kan datuk jo, fendi dan ahmad zuhri. Datuk leman juga patut buat peralihan kuasa dengan baik, agar menjadi contoh kepada sayap-sayap yang ada.

Anonymous said...

Kelab veteran UMNO Titiwangsa telah menganjurkan majlis taklimat pada 2.30 petang tadi di Hotel Corus Ampang?

Anonymous said...

Kelab veteran UMNO Titiwangsa telah menganjurkan majlis taklimat pada 2.30 petang tadi di Hotel Corus Ampang?

Anonymous said...

Memang betul. Taklimat pada ketua cawangan yang telah, belum dan enggan tandatangani deklarasi sayangi umno titiwangsa agar ketua, timbalan dan naib tidak ditandingi.

Anonymous said...

Hmm... Usaha yang tidak sihat dan tak beretika. Untuk kepentingan peribadi sanggup gadai titiwangsa konon demi perpaduan. Selagi tak ubah kita akan terus gigit jari di bumi sendiri! Sedih sekali semua berlakon nak kan kuasa.

Anonymous said...

Baling batu sembunyi tangan!! Majlis di Corus Hotel dipanggil oleh kelab veteran atau Tok Leman bagi mengekalkan jawatan 1,2,3 sampai hujung nyawa yang ditaja oleh Dato Jo Ghani. Jangan sampai orang UMNO benci UMNO kerana perbuatan terkutuk ni...

bujalzz said...

Mengapa mesti ada prasangka dikalangan ahli UMNO? Demokrasi bukan utk sebelah pihak..kalau ada yang mencadangkan tiada pertandingan di Titiwangsa tapi dalam masa yang sama ada yang ingin bertanding teruskanlah. Demokrasi tetap terbela..

bujalzz said...

Kenapa pula mempersoal kehadiran KuLi & Dtk Mukriz diTitiwangsa? Elok la tu kurang2 bleh dgr apa dia orang nak cakap..klu ada yang rasa nak bawak KJ
ke atau sapa2 silakan Titiwangsa menunggu..ADA BRANI?