Saturday, February 21, 2009

SUDAH CONFIRM ; DUA CALON DARI WP REBUT JAWATAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA ; KURANG MOLEK ?

KUALA LUMPUR 21 Feb 2009 -- SUDAH SAH, dua calon dari Wilayah Persekutuan akan bertembung bersama empat calon yang lain bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan parti bulan depan. Sepertimana yang kita ketahui Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail akan bertanding jawatan Ketua Puteri . Seorang lagi calon yang turut mencuba nasib ialah Saarah Ali Bashah dari Bahagian Seputeh.
Calon - calon yang lain yang turut menawarkan diri bagi jawatan Ketua Puteri ialah Shahaniza Shamsuddin, Rosnah Abdul Rashid, Bibi Sharliza dan Azalina Mehtab.Perwakilan Puteri pula berpendapat penampilan Saarah hanya sekadar untuk bertanding sahaja tetapi nampak " kurang molek " apabila dua calon dari negeri yang sama bertanding bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Apakah cabaran yang dilalui oleh Puteri UMNO selepas PRU yang ke 12 ? - Ikuti wawancara khas Wilayahkini bersama Ketua Puteri Labuan - esok.

13 comments:

mySacRedHeaRt said...

rasanya tak salah utk bertanding wlaupun dr negeri yg sama..masing2 punya hak untuk melakukannya..sebagai perwakilan merekalah yang harus menentukan siapa yang lebih layak menerajui pu3 kini..lebih ramai bertanding lebih meriah dan perwakilan pu3 mempunyai pilihan utk memilih yang terbaik....undilah dengan bijak dan jgn biarkan emosi mengawal tindakan anda...

Anonymous said...

salam..

hebat macam maner pon.., akhirnya terpulang kepada perwakilan untuk menentukan bakal ketua pu3 kita.. tapi biarlah.., amanah yang diberi oleh ahli kepada perwakilan nanti kita bakal mendapat ketua yang bagus dan dedikasi..

secara jujur.., saya rasa kak ina layak memegang tampuk ketua pu3., berdasarkan pengalaman bekerja bersama beliau., memang bagus.., sangat sabar, fokus dan bertanggungjawab serta prihatin.. w'b'pun ianya hanya pendapat saya.. undi terletak di tangan pengudi..

saarah hj. ali bashah said...

Salam,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih diatas komen komen yang diberi.

Sebagai calon, saya amat mengharap pertandingan secara sihat dan saya dapati puteri juga lebih matang dan komited, oleh yang demikian isu samada dua calon bertanding mewakili dari negeri sama, diharap tidak dibangkitkan sebagai satu isu, oleh kerana kita semua bertanding secara sihat , bertanding mengikut kredibiliti dan bukan persepsi itulah harapan saya.

saarah hj ali bashah

Anonymous said...

No.calon Ketua Puteri UMNO Msia.

01 - Ismalina Ismail
02 - YB Shahaniza Samsuddin
03 - Ida Rahayu
04 - YB Rosnah
05 - Saarah Ali Bashah
06 - Bibi Sharliza

Good Luck to all!!!

Calon Naib KPUM

01 - YB Nolee
02 - YB Dr.Wan Norashikin
03 - Nordiana
04 - Haslinda Zerain
05 - Shahanim Mohd Yusoff

piut panglima kasim said...

sbg org yg mengenali dan mengetahui kredibiliti kedua2 calon. Kak ina lebih layak . kak sarah belum lagi dikenali melalui kepimpinan & hasil kerjanya. saya amat berharap agar perwakilan yg bakal mengundi bijak memilih kerana kita perlu kpd kepimpinan yg berwibawa utk mengukuhkan UMNO dan seterusnya kestabilan politik.

kami sayang calon kami said...

saarah pu3 yg tembam,

nak bartanding tu.....buat cara nak bertanding lah,bawa diri elok-elok,tak payah nak bantai org tu, org ni ,kalau tak suka calon tu tak payah dtg bila di panggil, tak payah ambil bila di beri, tak payah minta bila tak dapat.

kami ni lihat dan tengok ajer dulu....

saarah hj. ali bashah said...

Salam, terutama kepada kami sayang calon kami, insyallah belum lagi saya ni nak bantai org, kerana tindakan demikian kurang sihat dlm pertandingan.

Perbetulkan jika saya salah, saya hanya temui perwakilan yg sudi jumpa saya, saya tak temu calon, walaubagaimanapun, komen yg diberikan saya terima.

Jgn risau, sekiranya calon yg anda suka menang juga saya akan sokong kerana hidup kita masih jauh lagi perjalanan, tidak berakhir dengan pertandingan ini sahaja.

Untuk makluman, bagi perwakilan diwilayah saya hanya berjumpa tidak lebih dari enam orang, kerana saya tahu wilayah bukan tempat saya, saya yakin calon anda mendapat sokongan dan mandat yang penuh dari wilayah.

Saya tidak memberi tentangan hebat pada calon anda kerana saya sedar, saya kurang pencalonan dan kurang popular dan tidak glamour seperti calon lain dan saya akui, saya ni saya lebih suka bersikap sederhana dari segi penampilan dan masalah tembam kurang pasti nak jawab soalan ini.Saya ni hanya calon yg layak turun kampung, saya tidak adakan seminar utk berjumpa dengan perwakilan adakalanya saya musafir dimasjid sebab tak cukup masa.

Walaubagaimanapun, apa sekali pun saya terima dengan terbuka komen anda, dan saya selalu pesan pada diri saya, MANUSIA SUKA BERANGAN ANGAN UTK MENGUBAH DUNIA, TAPI MEREKA LUPA UTK BERANGAN ANGAN UTK MENGUBAH DIRINYA, saya juga tidak lari dari kelemahan, begitu juga anda, calon anda dan yang lain lain buat yg terbaik dan atas niat kita.

ada masa lapang sila ke blog saya www.saarahali.blogspot.com

ikhlas, saarah hj ali bashah

puteri_juga said...

MANUSIA SUKA BERANGAN ANGAN UTK MENGUBAH DUNIA, TAPI MEREKA LUPA UTK BERANGAN ANGAN UTK MENGUBAH DIRINYA..

Salam Kak Sarah...saya setuju dgn ungkapan yg akak berikan di atas..semoga akak sudi menjawab pertanyaan yg saya pasti bermain disetiap diri perwakilan.

1) kenapa akak masih menawar diri utk bertanding sedangkan akak tahu yg akak bukanlah seorang yg dikenali org puteri seluruh msia?

2)saya rasa akak tidak mengharapkan kemenangan seperti calon2 lain berdasarkan beberapa faktor yg akak sendiri ketahui. apa sebenarnya yg akak inginkan? publisiti? nama? atau nama yg dicatat dlm sejarah sbg pernah menjadi calon kpum?

Tkasih jika sudi menjawab.

Anonymous said...

mana lagi no calon untuk exco???
kasi la

saarah hj. ali bashah said...

Salam,

kepada puteri, soalan yg sgt baik.

Akak akan jawab dengan jawaban yang pendek.

Bertanding kerana menghormati pencalonan yang telah diberi walaupun dua, kerana bukan perkara yang mudah utk layak bertanding dan bukan mudah utk diberi pencalonan, maka akak terima seadanya dan bertanding secara sihat.

Dan ada masa lapang sila ke blog akak, www.saarahali.blogspot.com
Ada dijelaskan sekali penglibatan akak dlm politik dari awal dengan puteri, yg mana akak telah menolak jawatan tertinggi mula puteri ditubuhkan maka isu glamour tidak timbul mahupun publisiti, jauh sekali.

Dan akhir sekali, telah tertulis dengan keizinan tuhan akak layak bertanding.

Maka perlu akak jelaskan juga, utk wilayah kini kerana kebanyakan isu puteri wilayah dibangkitkan, undi di wilayah akak dimaklumkan pecah kepada tiga calon, akak bukan salah satu daripadanya, tetapi tidak bermakna akak tidak mampu menawan negeri lain.

Oleh yang demikian,tidak perlu risau undi di wilayah bagi calon yang diminati.

Sekian.

Ikhlas, saarah hj ali bashah

gurl.. said...

salam..

saya tak rasa saarah mampu jadi ketua pu3 malaysia., cara anda menjawab pun rasanya tidak berapa memuaskan hati. dan saya rasa anda tidak patut layan semua benda2 sebegini, kerna semakin anda berbicara semakin byk benda yang tak patut kami tau akan kami ketahui.

ur blog should be update sis..!!

cctv said...

Salam...
akak dah jawab oklah tuuu. bila tak jawab tanya, bila jawab banyaklah komen. Lepas bersidang dah dapat keputusan bersatu semula. yang tewas dudukkan jua dalam AJK biar bersatu semua pengikut dan penyokong anda..

salam.. Byee dr pemuda prihatinnn

puteri wp said...

masih menunggu wawancara khas dgn puteri labuan