Thursday, February 26, 2009

ISU PPSMI - SAMAD SAID TEKAD PERJUANG BAHASA MELAYU !

KUALA LUMPUR 26 Feb 2009 --Begitulah luahan perasaan Tokoh Sasterawan Negara yang tersohor Datuk A.Samad Said dalam isu berhubung pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ). Beliau juga menafikan dirinya diperalatkan oleh pihak pembangkang dalam usahanya untuk memperjuangkan Bahasa Melayu. Sila klik - Berita Harian Online , untuk berita penuh mengenai komen Samad Said berhubung isu tersebut.
TERKINI : PIBG Seluruh Negara Bantah PPSMI , sila klik DISINI
PPSMI -Nak Debat apa lagi tanya Hisham , sila klik DISINI
Laporan polis Gapena terhadap Kementerian Pelajaran bermotif politik , sila klik DISINI

7 comments:

Anonymous said...

Umur saya sudah 76 tahun, dan sudah sampai masa saya pejuangkan bahasa ibunda saya" samad said, sasterawan negara.

sebelum 76 tahun ni, bahasa ibunda mana yang dia perjuangkan?

Baru sekarang sedar ataupun tak pandai nak berbahasa.

ini menunjukkan tahap pemikiran seorang sasterawan negara yang memperjuangkan bahasa melayu/malaysia. dan sekarang dia nak mempersoalkan kedudukan bahasa melayu/malaysia dalam konteks pengembangan minda?

Porrrahhh!

add said...

Kalau dah rasa tua, buat-buat la dicukur janggut dan jambang tu, nanti nak mandikan mayat nanti senang sikit air lalu mengalir... Kalau dah tekad nak perjuangkan bahasa melayu,,, perjuangkan bahasa sms sekarang ni yang berleluasa oleh masyarakat melayu... kalau berjaya memurnikan bahasa sms ni,,, ha barulah boleh bercakap pasal ppsmi ni,, banyak subjek lain menggunakan bahasa melayu.....Harakah pun ada sisipan bahasa inggeris??????

Anonymous said...

Lah Syed Ali ni. Isu ini pun nak komen ka ? Cerminkan diri sendiralh dulu. Lu tak layak cakap pasal isu ini.

Anonymous said...

Hidup Melayu.Allluaakbar....

Anonymous said...

Kita mesti pertahankan hak kita.Jangan nak main politik.

cctv said...

Salam...
Kenapa tak guna dwi bahasa BM dan BIU kan senang nak faham. Msa saya sekolah rendah dulu awal 80an pun Subjek sains ada guna dwi bahasa senangkita faham (MAUN = invertabrata) kalau tak silap. Rasanya bukan masaalah untuk belajar PPSSMI cuma pendekatan Dwi bahasa perlu. Di kawasan Kampung mak bapak mana guna BI Boleh guna dwi bahasa. yang penting KEFAHAMAN bukan keputusan peperiksaan. kalau keputusan bagus tapi tak faham apa yang dibaca sama cam menghafal. Saya ulang sekali lagi pelajar mesti faham apa yang dipelajari. KEFAHAMAN. itu sahaja initipatinya usah pergi jauh politiklah, perjuangan bangsalah, demi kemajuanlah. tak usah dipanjangkan lagi tanya pelajar meraka faham tak apa yang diajar. BI pun ramai yang tak faham ini kan pula subjek Sains dan Matematik.
Guru-guru pun dah ramai ada Ijazah mereka ini bekerja untuk anak bangsa faham apa yang diajar atau sekadar ikut jadual pengajaran (selibus)cukup bulan amik gaji. Nawaitu mesti betul.
Ramaigak Oreang-Oreang melayu yang cakap BI bila kuar TV taklah pulak editor nak potong cakapnyerr(slang BI)Pengacara melayu Cakap BI kat TV... over pun ada gak. Kalau amik order kat Restoran makanan ringan pun cakap BI... dah banyak dah contoh tapi kita buat pejam mata aje. Komputer pun banyak guna BI.
Pokoknya kita FAHAM bahasa itu untuk berkomunikasi. DWI bahasa lebih baik untuk PPSMI atau tukar pada PPSMBM&BI. Bik tak cadangan ini...
Salam...

Anonymous said...

Sian ngan pendidik dan pelajar zaman skang. Kalo suma orag nak tahu kat KL nie pencapaian matematik n sains amat teruk skali. jgn amik kira keputusan UPSR, PMR,SPM @ STPM shj. Cuba lihat pada keputusan bulanan. Ramai yg teruk daripada bagus.

Nak salahkan guru2 Matematik n Sains, pun x leh gak sbb saya lihat mereka mengajar bersungguh2 bg melihat murid2 faham. Tp dah mmg pelajar kita susah nak faham. kita bukan guru matematik @ sains jadi kita faham nasib mereka. Mengapa x disalahkan guru Bahasa Inggeris?

Sepatutnya kerajaan harus memantapkan dahulu subjek Bahasa Inggeris, kemudian barulah diterapkan kedalam subjek yg lain pula.

Inilah isu nasional yg harus kita tanggani segera.

Bak kata P.Ramlee dlm Seniman Bujang Lapuk (Bahasa Melambangkan Bangsa).

CINTAILAH BAHASA KITA. Kalau Jepun Boleh, Korea Boleh, Indonesia Boleh, Thai Boleh MENGAPA MALAYSIA X BOLE????

Renung2kanlah.
(Hanya luahan rasa Rakyat Biasa)

Anak Jati Wangsa Maju