Tuesday, February 24, 2009

NORZA ZAKARIA " BREAK THE SILENCE " ; NORZA NAFI BERI RASUAH ; " SAYA HANYA BANTU SIASATAN SPRM ", KATA NORZA ; APA KATA SPRM ?

KUALA LUMPUR -- "Selain profil politik, saya adalah penyandang kerusi ahli MT.Jasa saya begitu banyak kepada parti dengan pelbagi cara selain daripada kedudukan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan", begitulah kata - kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria kepada pihak media yang dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini setelah sebulan membisu berhubung isu siasatan SPRM .
Norza yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO secara perlantikan menafikan beliau terlibat dalam rasuah politik, sebaliknya mendakwa hanya membantu siasatan SPRM.
Disebalik kenyataan Norza itu, sumber SPRM pula dipetik berkata, SPRM mempunyai "kes kuat" dan boleh mendakwa Norza, kata sumber tersebut yang dipetik dari akhbar NST siaran hari ini. Untuk berita selanjutnya, sila klik- The New Straits Times Online........ .
Malah Norza berkata, dakwaan terbabit dalam rasuah sehingga beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya itu bertujuan menjatuhkan maruah dan menjejaskan peluangnya pada pemilihan parti pada bulan depan.
Dalam komenya di Berita Harian , Norza juga dipetik berkata beliau bukan ahli politik yang kurang berpengalaman dan tidak pernah berjasa sehingga terpaksa mengunakkan taktik kotor untuk mencapai kemenangan.

5 comments:

Anonymous said...

Siasat juga Setiausaha Pemuda Wilayah!

Anonymous said...

aku dah lama tau pasal sitoyol buncit

Anonymous said...

Saya sokong saranan Abdillah Bin Suji. Siasat cepat

Anonymous said...

Harap Norza Zakaria janganlah bertanding demi menjaga nama baik UMNO secara umum kerana masih dalam siasatan.

Anonymous said...

Datuk Norza kena hormat siasatan. Tak kisahlah belum di dakwa ataupun belum .Itu bukan isunya. Buat faham - fahamlah.