Wednesday, February 18, 2009

PAK LAH JADI RESIGN KER ?

Kuala Lumpur 18 Feb 2009 -- "Pak Lah jadi resign ker ? " begitulah bunyi sms yang diterima oleh salah seorang penulis di Wilayahkini hari ini. Ketika menjelang bulan Mac ini sudah ada macam - macam cerita mengenai "Peralihan Kuasa". Ada yang masih tidak percaya Pak Lah akan melepaskan jawatanya sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini. Malah semasa majlis pembukaan rasmi sessi Parlimen 2009, Yang Di Pertuan Agong juga telah merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Pak Lah dan baginda berharap proses Peralihan Kuasa antara Pak Lah dan Naijb akan berjalan dengan lancar. Kini , dalam suasana politik negara yang begitu panas , macam - macam cerita yang diungkitkan mengenai isu Peralihan Kuasa. Apakah yang akan berlaku pada bulan Mac , tetap akan berlaku , kata seorang penganalisis politik kepada Wilayahkini. Kini tumpuan negara tertumpu kearah pemilihan UMNO. Yang pasti, Datuk Seri Najib sudahpun menjadi Presiden UMNO secara tidak rasmi dan akan dinobatkan secara rasmi pada bulan Mac nanti. Sangsi Pak Lah tidak akan lepaskan jawatan PM ? Sila klik - mStar , untuk berita selanjutnya. Pakatan Rakyat pula dikatakan akan membawa usul menyokong Pak Lah meneruskan tanggungjawabnya sebagai PM di parlimen.

2 comments:

MAHA KAYA said...

Minggu lepas misalnya, Mukhriz member RM15 ribu kepada 5 orang anggota jenteranya di Johor diketuai oleh KP Simpang Renggam Oya. Perwakilan Melaka pula ditampar RM200 seorang. Di Kelantan, pemberian wang dikendalikan oleh bekas NKP Kuala Pilah Nafiz yang tinggal di Kota Bharu untuk tempoh berkempen ini, dan orang luar ini dibantu perwakilan Rantau Panjang Wan Nasir dan Sazmi Miah KP Machang yang tidak diterima di Bahagiannya sendiri.

Anonymous said...

Wilayah Kini, harap lebih beretika didalam menulis sebarang artikel.

Duli Yang Teramat Mulia Agong Sulatan Mizan telahpun bertitah. Seharusnya sudah tidak ada lagi keraguan mengenai perkara ini apatahlagi ulasan " Pak Lah Jadi resign?" sudah tidak perlu lagi dibahaskan.

Jgnlah kita rakyat jelata terus membangkitkan isu yg boleh menimbulkan keadaan tidak menentu. Mohon lebih berhemah didalam penulisan blog. Sekadar renungan...