Thursday, February 5, 2009

PERMAINAN TAMAT ; SULTAN TIDAK BERKENAN BUBAR DUN PERAK ; SELAMAT JALAN BUAT NIZAR ; BN KEMBALI MASUK GELANGGANG DI PERAK !

KUALA LUMPUR , 5 Feb 2009 -- Segala teka teki dan permainan politik tarik tali diantara BN dan Pakatan Rakyat tamat juga akhirnya apabila SULTAN PERAK TIDAK BERKENAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DIBUBARKAN DAN MENITAHKAN MB DAN ECXO LETAK JAWATAN SERTA MERTA. Dengan ini, disahkan BN akan ambil alih kerajaan negeri Perak yang hanya mampu berahan selama 11 bulan selepas PRU yang ke 12 Mac lepas. Dengan keputusan tersebut, permainan politik Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tamat juga akhirnya selepas , pelbagai episod panas di Perak sejak dua hari yang lepas . Kini gelanggang politik Perak kembali ke tangan BN. Persoalanya siapa Menteri Besar Perak yang baru ? Tapi senario politik di Perak masih lagi tegang , dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan menghadiri satu majlis perhimpunan besar bersama para penyokongnya di Perak malam ini.

9 comments:

razali hakim said...

kerajaan PR di Perak dah berkubur.BN telah dapat semula Perak.dalam hal ini PR kena redha jelah.Nizar sendiri kata dia akan terima apa juga keputusan dari Sultan.

Anwar pun sama.dia kena terima kenyataan yang BN telah outwit dia.Anwar telah kalah dalam permainan dia sendiri.dia yang memulakan semua ini jadi dia kena terima semua ini "in-your-face".

azlan said...

PR now is history in Perak.

Nizar kena letak jawatan dan kalau dia tak letak jawatan maka dianggap yang jawatan MB dan exco-exco Perak sudah kosong.

belum cukup setahun PR memerintah Perak sudah bungkus.sebenarnya elok juga BN ambil alih sebabnya kalau dipecahkah semua parti politik yang bertanding pada pru lepas UMNO yang sebenarnya menang paling banyak kerusi berbanding MCA,DAP,PAS dan PKR.jadi kira takdelah percanggahan dimana MB datang dari parti yang bukan majoriti.

Sungai Dali said...

Salam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada UMNO dan seluruh komponen BN diatas penawanan balik Negeri Perak ke tangan Barisan Nasional. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Pak Lah dan Dato' Sei Najib juga seluruh jentera terlibat di atas kecemerlangan ini. Syukur alhamdulillah, kami di WP. Labuan selaku kubu kuat Barisan Nasional turut merasakan kebangkitan apa yang dikatakan gelombang baru UMNO dan BN. Apa yg perlu sekarang ialah keikhlasan didalam membawa pembaharuan pada Kerajaan BN baru Perak didalam menerajui negeri Perak. Ternyata kini De Fecto Leader PKR dan Ketua Pembangkang akan terus tenggelam bersama angan-angan 16 September yang lalu. Wassalam.

Samad said...

Walaupun keputusan Sultan Perak adalah muktamad dan sah serta adil namun percayalah, PR dan penyokongnya yang taksub pasti tidak akan pernah berpuas hati dengan keputusan ini walaupun mereka sendiri tahu Sultan Perak mempunyai background yang boleh dikatakan dahsyat yang mana mustahil keputusan baginda tidak adil dan tidak berdasarkan perundangan...

Ada juga penyokong PR yang sanggup boikot Sultan Perak dengan tidak meng'amin'kan doa pada hari Jumaat. Lantak dioranglah. Sultan Perak masih ada mempunyai rakyat yang setia pada baginda dan akan mendoakan baginda... Lagipun doa penyokong PR tu pun belum tahu dimakbulkan atau tidak. Hanya Allah SWT yang akan menilaikannya...

Anonymous said...

Negeri Perak telah balik kepangkuan UMNO dan BN. Wilayah Persekutuan bila lagi? Pada PRU-12daripada 13 kawasan Parlimen, HANYA tinggal 3 kawasan BN sahaja iaitu Setiawangsa - Dato' Seri Zul, Putrajaya- Dato' Tengku Adnan Mansor dan Labuan- Datuk Hj Yussof Mahal. 10 kawasan lagi dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan BN pada PRU-12 di Wilayah Persekutuan sepertinya tiada siapa yang peduli. Malahan UMNO dan BN masih berpijak di landasan yg rapuh dan berada di takuk lama dengan mengetepikan arus pembaharuan pada UMNO itu sendiri. Mohon Dato' Seri Zul beri penjelasan. Harap2 BN tidak kehilangan seluruh 13 kawasan pada PRU-13 yang akan datang.

pemuda jalanan said...

Yang pasti, MB baru kena ubah cara BN lama, ke arah yang sesuai dengan keperluan negeri Perak. Jadikan Perak negeri pentadbiran BN yang bercorak baru dan kreatif dalam meningkatkan kembali imej BN di mata rakyat. Biar negeri lain buka mata!! Kepada MB carilah pemangkin baru itu untuk Negeri Perak.

Berdasarkan prinsip tak semestinya berjawatan tidak boleh menyumbang, MB perlu menjadi wakil MCA dan MIC untuk Perak. Pemimpin MCA dan MIC negeri perlu membantu menaikkan imej BN. Lupakan masa untuk membuat duit!!!!!Dengan ilmi politiknya yang mencapai tahap kedoktoran, beliau dipercayai dapat mencari formula yang baik untuk Perak nanti.

Jadikan Perak contoh negeri bertoleransi dan berperpaduan. Good Luck!!!!!

Anonymous said...

Dato' Seri Zul perlu menyerahkan kepada orang lain tanggungjawab itu lepas bulan 3 ni.Pasal no action taken!!! Members pun terkapai-kapai tak de haluan dari pimpinan Bahagian!

Anonymous said...

SYABAS Barisan Nasional kerana berjaya menawan balik Perak. MB Baru pula harus bijak merencanakan pemerintahannya di Perak agar rakyat dapat menilai kelebihan yang ada dalam Barisan Nasional..

Anonymous said...

SYABAS Barisan Nasional kerana berjaya menawan balik Perak. MB Baru pula harus bijak merencanakan pemerintahannya di Perak agar rakyat dapat menilai kelebihan yang ada dalam Barisan Nasional..