KUALA LUMPUR 23 Feb 2009 -- Setelah dikecewakan di UMNO Wangsa Maju , bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dan Mantan Ketua Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Abdul Aziz kini pula mengharapkan " kejutan politik " apabila menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Astaman merupakan antara 4 calon dari Wilayah Persekutuan yang layak bertanding untuk jawatan MT pada bulan depan - sepertimana yang telah diumumkan oleh Ibupejabat UMNO minggu lepas.
Selain Astaman , calon - calon lain yang layak untuk bertanding bagi jawatan MT dari Wilayah Persekutuan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Ketua Pemuda UMNO WP Datuk Norza Zakaria dan Ketua Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee.
Astaman yang dibebaskan semula dari penggantungan kes politik wang selepas tiga tahun baru - baru ini, merancang kembali untuk kembali aktif dalam arena politik melalui usahanya merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Beliau dikatakan begitu yakin untuk menang tapi harapanya dikatakan berkecai apabila Datuk Zainal Nazeri membuat keputusan dramatik dalam tempoh masa 24 jam apabila menarik diri dari bertanding jawatan Ketua Bahagian.Usahanya untuk menjadi Timbalan Ketua Bahagian Wangsa Maju juga berkecai. Ramai juga binggung kenapa Astaman bertanding jawatan Timbalan dan bukanya Ketua Bahagian?
Kini Astaman yang dilihat masih aktif dengan Yayasan Pendidikan Titiwangsa dan juga program - program lain , sekali lagi mempertaruhkan nasibnya dalam UMNO. Apakah nasib Astaman selepas ini ?
Wilayahkini akan mengupas calon - calon dari WP yang bertanding MT dari masa ke semasa. Apa kata Orang lain ?Perwakilan Awasi Calon Ini. SIAPA ??? sila klik DISINI ; Seorang Sahaja Terselamat di WP . SIAPA ??? sila klik DISINI ( Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel dan juga pandangan ( ramai yang menyokong) dari beberapa pihak apabila kami membuat link kepada dua blog lain dalam perenggan Apa Kata Orang Lain. Walaupun ianya merupakan satu pendekatan "link" yang biasa dilakukan oleh ramai pengendali blogger tapi dalam hal ini Wilayahkini diserang oleh beberapa pihak kerana membuat link tersebut walaupun ianya bukanya merupakan pandangan Wilayahkini.Bagi kami, sebagai sebuah saluran media alternatif, secara kebetulan hari ini genap SETAHUN blog Wilayahkini dilancarkan.Kami telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan sehingga menjadikan Wilayahkini sebagai sebuah blog yang dikenali ramai.Alhamdulilah, Wilayahkini , kini sudah hampir mencecah 1million hits dalam tempoh setahun ini. Berbalik kepada perkara diatas, biarlah para pembaca setia kami yang menilainya. Walaupun ianya bukan pandangan Wilayahkini tetapi ada segelintir pihak mengkritik Wilayahkini dalam ruangan komen blog link tersebut.Kami tahu apa yang kami buat.Apabila dipuji mereka senyap. Tetapi ini belum ada pandangan dari Wilayahkini lagi. Kerana orang lain kritik kami pula dijadikan sasaran.Kenapa ? Tunggulah.Kami akan jawab. Wilayahkini tidak gentar.Kami akan jawab dalam bentuk yang lebih mencabar lagi sekiranya pendekatan "link" juga dijadikan bahan politik. Jangan ingat Wilayahkini boleh dijadikan "bahan usikan" dengan sengaja.Kami pun tahu, apa yang berlaku dan apa kebenaranya.Salam Perjuangan kepada semua pembaca yang telah menyokong Wilayahkini sepanjang setahun yang lepas dan juga yang menyokong Wilayahkini dalam isu ini. Salam - DARI WILAYAHKINI )