KUALA LUMPUR ,22 Dis 2008 -- Akhirnya Barisan Nasional memilih Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional bagi menghadapi piliharanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Walaupun sebelum ini ada bermacam - macam desas desus mengenai pemilihan calon sehingga ada berkata nama Muhamad Zuber Embong ( Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Terengganu ) bakal diumumkan sebagai calon , namun penampilan nama Wan Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah mengundang pelbagai reaksi termasuk cakap - cakap politik. Ada pihak pula menyifatkan pemilihan Wan Farid sebagai - kuasa politik Pak Lah, Sila baca - Wan Farid: Terbukti Abdullah masih berpengaruh.
Ada pihak pula berpendapat , pemilihan Wan Farid bagi mengelakkan insiden Permatang Pauh berulang kembali di Kuala Terengganu. Ada pula yang berkata, UMNO mungkin mahu " menjaga hati " UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan macam - macam lagi.
Sementara itu, Wan Farid hari ini dengan lantang bersuara , " Tidak Adil Kata Saya Tak Layak ; Kenali Saya Dulu Sebelum Hukum Saya", katanya. Sila klik DISINI , untuk berita selanjutnya. Pemerhati politik pula berkata, politik dalaman UMNO sudahpun bermula.Ini belum lagi kempen pilihanraya kecil.Pas juga belum lagi umumkan calon mereka. Sekali lagi kepanasan politik UMNO sudah mula bermula.
7 comments:
Siapa yang kata tak adil? Orang PAS bermuka dua lah tu. Orang UMNO jangan sekali menyatakan perkataan sedemikian. Kenapa? Tak kan jika anda terpilih baru adil. Bukankah Wan Farid merupakan Ketua UMNO Bahagian KT? Adillah tu. Yang tidak adil jika orang luar KT menjadi calun. Dimana tandas di Masjid putih pun dia tak tahu, tiba-tiba nak jadi calun dan mengata pemilihan Wan Farid tidak adil. Berpolitik baik-baik.
Saya sokong saranan Bungaraya.Ini semua permainan politik orang dalaman dan pihak pembangkang. Mari kita pastikan kemenangan UMNO.
Inilah masalah UMNO.Soal calon sentiasa jadi isu.Kenapa ?
Encik hassan, zaman "letak tongkoipun orang pangkah UMNO" dah berlalu. Ia berlalu bersama perubahan perangai calon yang terpilih dan menang...
Dulu mereka menjadi penghubung seluruh rakyat dengan kerajaan. Tetapi sekarang mereka menjadi penghubung diri mereka sahaja dengan kerajaan.
Dan jika slogan UMNO lebih penting dari individu diperjuangkan dengan lurus, maka cantik lah ia. tetapi hancur jika slogan itu dimanipulasi oleh pemimpin atasan.
Berlaku dengan amat kerap sejak kebelakangan ini, calon yang direkomen oleh mereka yang diarahkan , seperti SB, ATM, Kemas dll pihak yang selalu berhubung rapat dengan rakyat setemapt telah dibakul sampahkan dan denga nsewenang-wenangnya calon pilihan hati mereka, dan bukan pilihan hati rakyat teramai yang menjadi pilihan sehingga rakyaty serba salah dan akhirnya makna hati berulam jantung...dan akhirnya menjadilah apa yang di sebut sebagai izin dalam paksa...
betul la kata bunga raya tu...pemilihan Datuk Wan Farid sangat bersesuaian dalam menghadapi pilihan raya kecil 17 Januari di Kuala Terengganu nanti..jangan la nak dijadikan isu lagi...bekerja la untuk BN...Selamat berjuang
Iya, pasti akan ada perubahan nanti terutama menyelesaikan isu rakyat, isu BANJIR! Tahun depan musim tengkujuh akan menjadi lebih selamat, insyallah. Buatlah terbaik Datuk!!!!
Salam kepada semua...
Rumah siap, pahat berbunyi...
Ini lah masalah yang sering berlaku dalam UMNO.. Masa PRK pematang pauh juga ada terjadi perkara semua ini...
sebenarnya ini bukan lah satu masalah kerana sudah menjadi fitrah dalam dunia..
Kita tidak boleh ambil hati semua orang..
Mungkin betul ini salah satu strategi pembangkang dalam cubaan untuk menjatuhkan kerajaan tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa ada juga orang UMNO yang bersikaap begini...
Jangan lah kita fikirkan tentang perkara ini kerana calon telah ditentukan. Buat apa nak kecoh2 lagi.
Tentang adil dan tak adil ini,
Saya rasa sudah cukup adil Wan Farid bertanding kerana ia orang Terengganu. Beliau juga ketua bahagian KT.
Selagi seseorang itu memperjuangkan agamanya, bangsanya dan negaranya, beliau adil dan layak untuk menjadi calon yang wakil kepada parti yang memperjuangkan dan membela agama, bangsa dan negara iaitu UMNO
Kalau anda ada masa dan sudi silakanlah kunjung blog saya http://merevolusikandiri.blogspot.com
Terima kasih... Salam...
Post a Comment