Monday, December 15, 2008

WAJAH - WAJAH CALON EXCO PEMUDA DARI WILAYAH PERSEKUTUAN ; HARAPAN & CABARAN ; DULU DAN KINI........!

KUALA LUMPUR , 15 Dis 2008 -- Seramai enam Ketua Pemuda dari Wilayah Persekutuan akan mencuba nasib masing - masing bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan parti bulan Mac tahun depan.
Mereka ialah :
Rizalman Dato Mokhtar Samad ( Ketua Pemuda Bandar Tun Razak ), Datuk Ahmad Zaki(Ketua Pemuda Putrajaya), Tengku Azman (Ketua Pemuda Bukit Bintang) ,Norizan (Ketua Pemuda Kepong) , Sazali Kamilan (Ketua Pemuda Lembah Pantai) dan Mohd Razlan (Ketua Pemuda Seputeh).
Manakala Haji Kamaruddin (Dino) , yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda Segambut akan bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia.
Dikalangan pemimpin Pemuda yang menawarkan diri bertanding Exco dari Wilayah kali ini.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria pula akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO kali ini.
UPDATE TERKINI.......
Wilayahkini melihat dari sudut yang lebih positif dalam isu ini. Yang penting , kita mahu melihat " Kebangkitan Semula Pemuda UMNO di WP" kali ini, dan kita tidak mahu , Pemuda WP menjadi lesu dan hanya menjadi panas untuk " seketika " dan Syok Sendiri. Pemuda WP sepatutnya merasa bertuah kerana , Ketuanya Datuk Norza Zakaria bukan sahaja dipilih dan dilantik untuk menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO mewakili kuota Pemuda UMNO Malaysia. Malah Norza juga menjadi Setiausaha Politik di satu Kementerian yang paling berpengaruh di Malaysia. Kita memiliki segala kekuatan, TETAPI akhirnya apa yang terjadi ? Pemuda WP dipinggirkan begitu sahaja. Ramai yang kecewa dan marah. Namun, kini selepas pemilihan Pemuda baru - baru ini, kita nampak ramai pemimpin Pemuda di Wilayah sudah mula menunjukkan kekuatan masing - masing di kesemua bahagian. Malah mereka sudah lantang bersuara dan bergerak. Kita berharap , WP akan mempunyai ramai wakil Exco diperingkat nasional nanti. Kita mahu mahu Pemuda Wilayah diperkasakan semula kerana suara Pemuda Wilayah sudah lama tidak kedengaran di peringkat nasional !
Pemimpin seperti , Zaki dan Rizalman cukup bepengalaman di pentas pemuda nasional. Kita perlu melahirkan lebih ramai pemuda pelapis di WP selepas ini !

22 comments:

Anonymous said...

Dato Norza nak jadi MKT lagi ??? Layak ker?? Masa tengah naik. menyombong.

Anonymous said...

DAH nampak pertarungan kuasa dan pengaruh dikalangan kepimpinan KPWP...

hebat2 belaka hingga hampir2 terpadam aura KP2 negeri lain dalam membicarakan ttg setting utk pemilihan kali ini...HANGAT semua KP diWP...

KP selain WP kehilangan taring dan nafsu?...HAHAHA dimana2 bicara kepimpinan peringkat tertinggi dan akar umbi UMNO misti ada sangkut nama2 kalangan KP2diWP...

hatta dr perlis smp ke sbh KP2WP misti ada dimajlis2...komitmen n kerajinan hebat...terus terusan usaha (KERAS)smp ke PRK KT harapnya...

lobi dan kempen biar sama gan usaha untuk PRK KT yang bakal berlangsung...meh tgk siapa yang perkasa dlm membantu diKT atau sekadar hebat berlipur lara di ibukota...

buat semua calon ke EXCO Pemuda anak melayu wajib berani membela ???????(stail Nabil)... amanah akar umbi jgn dikhianati...

kembangkan budaya MEMBACA, pemikiran kritis, amanah, berdebat, sessi QA, muhasabah diri dan jgn lupa SOLAT...

buat aktiviti mmmg ramai pemuda tapi bila smp waktu solat berapa kerat yg mengadap ALLAH...buat semua KP pertanggujawaban keatas ank2buah sgt berat...

masalahnya KP sendiri x SOLAT...lu pikir la sendiriiiiiii...

Anonymous said...

Bilangan K.Pemuda nak btanding Exco sama dgn bilangan K.Puteri btanding Exco - ada apa2 ker?

Anonymous said...

Laa.. tajuk kata "WAJAH-WAJAH CALON EXCO PEMUDA DARI WILAYAH PERSEKUTUAN"..

Mana WAJAH-WAJAHnya??

Kalau tak de pic .. baik tulis tajuk.. "CALON-CALON EXCO PEMUDA DARI WILAYAH PERSEKUTUAN" je..

Sama banyak je..calon Exco Pemuda dengan Calon Exco Puteri dari WP ni..Pemuda 6..Puteri pun 6..
Kenapa Wilayahkini tak bagi TAJUK yg dasat gak kat PEMUDA??

Kalau baca topik untuk PUTERI saya tengok...mcm2 tulisan kata PUTERI tak bersatu la..haper laa...mcm mmg suka Provoke budak2 tu supaya memeriahkan sesi kutuk-mengutuk.. sesama mereka..

Kat Topik PEMUDA nie..tulisan Wilayahkini takat memperkenalkan calon je..

Jangan la macam tu..
kalau kita ada peluang membendung.. berleluasanya aktiviti memburuk2kan antara 1 sama lain..dari mana-mana pihak dalam parti ni bendung la..

Jangan la pulak kita yang menyediakan platform untuk org hentam-menghentam sesama agama dan sesama bangsa..atau sesama parti nie

Kasi Pikiaq sikit nooo....

Anonymous said...

ada la kawan aku dr kedah...tanya, Norza ni Ketua Bahagian mana? W Maju ker? Aku kata tak. Timb Ketua? Tak juga. Naib? Tak juga. Pegawai bahagian? Tak bro. Hmmm...AJK Bahagian la kot. X juga.

Ketua Cawangan wajib la kan? X bro.

Habis tu apa kejadahnya dia bertanding MKT ni? Aku jawab: '...lu pikirla sendiri...'.

Anonymous said...

ada la kawan aku dr kedah...tanya, Norza ni Ketua Bahagian mana? W Maju ker? Aku kata tak. Timb Ketua? Tak juga. Naib? Tak juga. Pegawai bahagian? Tak bro. Hmmm...AJK Bahagian la kot. X juga.

Ketua Cawangan wajib la kan? X bro.

Habis tu apa kejadahnya dia bertanding MKT ni? Aku jawab: '...lu pikirla sendiri...'.

Anonymous said...

Salam bersua kembali,

1.Dah lama tak dapat mengikuti perkembangan tentang pemuda UMNO WP kerna sibuk tugasan diluar dan dalam.

2. Pertama ingin diucapkan tahniah & selamat maju jaya kepada 6 hulubalang KP UMNO WP yang layak bertanding bagi jawatan exco pergerakan pemuda UMNO m'sia disamping mantan Ketua Pemuda Segambut yang akan bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia. saya doakan agar kesemua calon dari WP peroleh kejayaaan & kemenangan yg diharapkan insyaallah.


3.Pagi tadi saya berkesempatan menonton MHI di TV3,PROFESOR Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid telah dijemput utk membincangkan sekali lagi artikel mengenai"Melayu masih dihimpit kemiskinan"(telah keluar diakhbar pada 10/12/08).

4. Sekadar mengambil beberapa petikan daripada artikel tersebut, sewaktu di UM, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian di London School of Economic (LSE) tetapi menolaknya kerana lebih berminat memikirkan masalah kemiskinan orang Melayu."Saya kata tak payahlah, sebabnya, apa yang orang LSE boleh ajar, saya boleh dapatkannya di sini. Maksud saya, kalau saya pilih London, saya tidak akan tahu tentang kemiskinan orang Melayu."Kemiskinan orang Melayu hanya boleh dipelajari melalui penyelidikan di sini. Sampai sekarang, saya masih menulis dan memikirkan kenapa orang Melayu tinggal dalam kemiskinan," jelas Pak Ungku. Selain kajian tersebut, Pak Ungku turut menulis rencana-rencana berkaitan sebab-sebab orang Melayu terjerumus dalam kemiskinan.Antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir. Menurut beliau hingga ke hari ini, mangsa banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang Melayu."Masalah ini berterusan sejak 30 tahun dulu lagi. Kenapa Melayu yang kena pindah? Sebabnya, bangsa lain duduk di tempat yang lebih baik dan tinggi. Berbalik semula kepada masalah kemiskinan," ulasnya.

5. Memetik dari kata-kata Pak Ungku diatas, Sekadar ingin bertanya kpd 6 hulubalang KP UMNO WP apakah tujuan sebenar untuk bertanding untuk merebut segala jawatan yang ada ?apakah sekadar mengeluarkan segala janji yg manis2 atau hanya yg baik2 kepada semua perwakilan pemuda UMNO seluruh Malaysia untuk disampaikan pesanan itu sehingga ke peringkat akar umbi jika terpilih/menang(sampai ke pesanan tu). Pada saaat ini juga semua perwakilan pemuda UMNO dipanggil “Tuan” atau akan jadi “Sahabat” yg terbaik buat semua calon sehinggalah hari pembuangan undi dan selepas itu skrip cerita akan bertukar kepada “tengah sibuk mesyuarat” jadi tak dapat jawab panggilan/sms apatah lagi berjumpa selepas menang dalam merebut jawatan tersebut,saya akui bukan semua calon bersikap demikian.(tapi siapa yg mengajar perwakilan jadi begitu?)

6. oleh kerana dgn pelbagai permasalahan yang makin menghambat dimanakah bangsa Melayu akan berada dalam masa 30 tahun dari sekarang? Apakah kita sanggup melihat orang melayu hidup melarat, Dengan orang melayu sendiri mengkhianati bangsa sendiri, orang melayu juga cuba jadi superhero seperti “sivaji the boss” dan “wong fei Hung” kepada bangsa2 tersebut (harap faham siapa yang dimaksudkan, orang ini layak ke dipanggil Datuk Seri). Dengan ekonomi dunia sekali lagi menyerang kita apakah orang melayu akan dapat mengharunginya ? Apakah kita semua sanggup melihat UMNO akan hanya tinggal nama suatu hari nanti atau akan menjadi mata pelajaran sejarah kepada anak cucu-cicit kita ?

7. Jadi sehubungan dgn itu diharap
kesemua 6 calon dari WP yang nak bertanding tu biarlah datang dgn nawaitu yg ikhlas dan jujur jgn pandai berjanji itu dan ini je, jgn sibuk nak libur di pusat2 hiburan dan makan besar di hotel2 besar dgn perwakilan je dan yang paling penting jgn lupa solat. Nak jadi ketua ni bukan nya senang tak kira la ketua apa pun ketua darjah ke, ketua kampong ke, ketua pengawas ke, ketua keluarga ke dan juga ketua pemuda(tergolong dlm ketua jugak kan) tanggungjawab kita ni berat sebabnya kita ni esok akan jadi orang yang pertama akan disoal “diakhirat” kelak apabila kita gagal menjalankan segala tanggungjawab yg diamanahkan jadi pikir-pikirkan la.

P/s 73 pintu 73 jalan
yang sampai hanya 1 jalan

Anonymous said...

Statement yang berbeza within 1 month!

Wilayahkini bagi remark berat sebelah nie..

15 Dis 2008 - Kat Pemuda, Wilayahkini kata "Kita berharap , WP akan mempunyai ramai wakil Exco diperingkat nasional nanti. Kita mahu mahu Pemuda Wilayah diperkasakan semula kerana suara Pemuda Wilayah sudah lama tidak kedengaran di peringkat nasional!

16 Nov 2008 ..sebulan yang lalu..
Kat Puteri, Wilayahkini kata "Nasib puteri - puteri di Wilayah Persekutuan macam mana ? Kenapa ahli - ahli puteri di Wilayah Persekutuan tidak bersatu dibawah satu payung untuk menunjukkan kekuatan kita ? Kenapa ramai sangat wakil Wilayah nak tanding jawatan tertinggi parti ?"

Jangan la memperlekeh-lekeh calon2 waima Pemuda mahupun Puteri.. Mereka ini telah dipilih oleh perwakilan utk menerajui bahagian masing2..mereka layak menawarkan diri.. usaha mereka yang akan menentukan kedudukan mereka di peringkat Nasional..

Statement2 macam nie la..yg memundurkan MELAYU.. kalau Orang lain semuanya BOLEH... kalau orang kita..adaaa sajaaa yang tak KENE..

Kasi pikiaq lagi sekali nooo...

Anonymous said...

Norza ???? Kat Bahagian pun tak boleh jaga, nak bertanding MKT lak. Masajadi KP Bahagian Wangsa Maju, pernah hampir2 kena undi tak percaya oleh Pemuda Bahagian sendiri. Nasib baik kawan2 dia kat Exco Pusat campor tangan. Klu kita kata pemimpin kena dengar peringkat akar umbi, maka akar umbi kenalah pilih pemimpin yg akar umbi terima. Norza ? Akar umbi di Wangsa Maju tak terima. Sendiri mau ingat.

sahabat gunung said...

Aku sokong agar WilayahKini jadi tempat kita bersatu... bukannya tempat untuk kita hentam sesama sendiri.

Anonymous said...

Mana ada berat sebelah ? Wilayahkini hanya sampaikan perkembangan politik di Pemuda dan Puteri. Di Puteri ramai sangat yang nak bertanding , mula dari jawatan Ketua Puteri , Naib dan Exco. Di mana rasionalnya?
Padahal Pemuda WP lain pula perjalannan politiknya.Kita hangan campur aduk yea. Saya sokong saranan Wilayahkini. Pemuda perlu tampil. Masanya sudah tiba untuk kebangkitan Pemuda WP.
Puteri pula tumpulah untuk memenangkan Datin Ismalina.Kalau Ketua Puteri Nasional dari WP , siapa yang untung ? Puteri2 dari WP yang akan untung kelak. Kurangkankan politiking. Yang muka baru tu, semua , berjuanglah dulu.

Anonymous said...

SOKONG saranan Puteri Bangsar. Inilah masanya untuk kita berfikir secara realistik. Marilah kita bersatu dan bersama. Ayuh.

Anonymous said...

Apa yang dikata dan diulas oleh Wilayahkini perlu dilihat secara teliti. Ada rasional.Malah Wilayahkini yang telah membuka gelanngang untuk kita semua berbicara melalui alam siber. Melalui langkah Wilayahkini lah , kini sudah ada banyak laman blog di seluruh Wilayah Persekutuan. Tahnniah kepada Wilayahkini yang telah memberikan satu harapan dan suntikan semangat politik baru di Wilayah Persekutuan. Banyak sangat blog di WP sekarang. kerana siapa ? Semuanya kerana langkah Wilayahkini. Tapi kita hanya nak bertengkar aja. Marilah kita berubah.

Anonymous said...

Pemuda dan Puteri kena bersatu.

Anonymous said...

Salam...
Pemuda dan puteri kenalah berganding bahu dalam banyak hal berhubung ngan politik di wilayah jangan hanya menunggu pihak atasan bersuara yang akar umbi terpingga-pingga. Dalam lagu Belia Negara pun ada pepatah 'Pemuda harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara'. Gunakan cogankata ini untuk kerjasama kedua-dua sayap Umno diwilayah. Lupakanlah yang dah lepas jadikan sejarah yang tak perlu diulang, jangan asyik cakap Bersatu tapi tiada penghujungnya.
Pemuda perlu diperkasa bukan kereta yang besar perkasa. Puteri perlu Tegak berdiri bukan asyik tergedik-gedik. Cabaran perlu disahut bukan dilaungkan. Ahli perlu ditambah dan berkualiti, bukan menambah kuantiti tapi tiada kualiti. Jesteru itu susunlah program yang lebih berilmu dari jadi bola di sepak dan di baling ketengah ketepi. Bukan tak boleh tapi biarlah yang ber visi.
Sekian Ingatan untuk semua...

Anonymous said...

Bagi Razlan je lah, tau apa dia nak buat nanti..................

Anonymous said...

episod kelesuan PW membuktikan 'jawatan, status, RM, ucapan berapi' tidak membawa kemana-mana. setakat halau nyamuk sahaja.

pemuda baru kena buktikan...tanpa kedudukan di MT pun, korang leh buat kerja...bg malu sikit pada mereka yang lalai dan ampeh...

Anonymous said...

Kaya mana sekalipun tak kemana, keikhlasan jiwa pemuda itu yang menjadi ukuran rakyat dan tuhan. Ayuh ubahlah minda dari pemuda yang mengharap RM kepada yang mengharap keredhaan Allah. Besar pahala anda nanti yang mana kami tidak berpeluang bagi kami untuk memikulnya.

Anonymous said...

Bagi jer laa razlan tu exco. Dia memang banyak idea yang nak dilaksanakan. Jawatan Ketua Pemuda Bahagian tidak membolehkan beliau melaksanakan misi yang dirancangkan. Kalu jadi exco baru lebar skit sayap. Tapi apasal si razlan tu tak pegi jer lawan ketua pemuda malaysia. confirm lagi lanyak misi yang boleh dilaksanakan. wakakaka. Lu pikir laa sendiri

Anonymous said...

mcm mana wilayahkini dan pemuda wilayah kata zaki layak jadi pemimpin di peringkat nasional? marilah datang ke putrajaya, kalau cawangan sendiri tak terjaga, alamat jahanam la umno di masa depan. kita harap calon2 exco glamer je la, yg meninggalkan grassroots demi nak mengangkat diri sendiri. zaki pula adalah ketua unit polisi tingkat empat yang dari unit ini lah keluarnya polisi-polisi yang menjahanamkan umno dan orng melayu dan juga ekonomi malaysia. sokong zaki dan kj? kita dah bagi mereka 4 tahun dan nak bagi bagi lagi? jahanam lah UMNO dan Melayu di Malaysia. Takkan tak sedar2 lagi

Anonymous said...

semoga saudara Ketua Pemuda Seputeh "sdr Razlan Rafi"menjadi exco pemuda"membibing golongan pelapis manjadi kan UMNO sebagai tiang kekuatan untuk bersatu.bersama idea dan perkembangan technology yang boleh mengembangkan minda bangsa melayu kini yang makin termakan oleh ke-duniaan.
walaupun saudara Razlan sentiasa merendah diri.tapi saya percaya ..org yang bijak dia tak akan berkata kosong.Dan pemimpin Umno itu mesti lah mempunyai sifat menjadi kan seluruh org melayu itu sebagai keluarga.baru lah ia menjadi ketua yang di hormati. saya berharap semoga saudara razlan berjaya.
kami ..semua mendoakan yang terbaik..
tak akan ada generasi baru kalau tak dibimbing oleh org yang terdahulu..ajar lah kami"didik lah kami.moga melayu tak akan hilang adat"tak akan hilang melayu.."
assalamualaikum"

Anonymous said...

semoga saudara Razlan - berjaya'kami akan sentiasa dibelakang awak"