Monday, December 8, 2008

PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI MAHU RAMPAS SEMULA KERUSI LEMBAH PANTAI DARI PKR !

LEMBAH PANTAI -- Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai mahu merampas semula kerusi Lembah Pantai dari PKR. Kepimpinan baru Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai mahu memperkasakan semula Pemuda Bahagian agar lebih disegani oleh kawan dan lawan bagi memenangi semula hati rakyat dan ahli - ahli UMNO di Lembah Pantai , kata Ketua Pemudanya Sazali Kamilan. Sila klik DISINI , untuk baca kenyataan penuhnya.
UMNO Bahagian Lembah Pantai menerima perubuhan drastik di kepimpinanPemuda, Puteri dan Bahagian dengan pemilihan kepimpinan baru pada pemilihan yang diadakan baru - baru ini. Kemenangan semula Datuk Raja Nong Chik sebagai Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai diumpamakan " sirih pulang ke gagang" oleh pemerhati politik. Kemenangan Norasyikin sebagai Ketua Puteri yang baru menewaskan Nolee Ashilin yang juga merupakan seorang ADUN dan orang kuat Puteri UMNO Malaysia menjadikan nama Puteri UMNO Lembah Pantai begitu "popular".

7 comments:

Anonymous said...

tak payah cerita dan bising ... buat saja kerjalah!!!!

Nasirudin Anjud said...

Mamat ni macam muka Abdul Rahman Dahlan sikit. Ni mesti confuse Azlina Awang HAd ni tengok muka hubby dia pelanduk dua serupa. hehe... sorry tiada kaitan dengan posting ni....

Anonymous said...

Saya menantikan YBNoli jadi Wakil Rakyat dan Datuk Sazali (insyallah) jadi Ketua Bhg.Pasti ada kesinambungan.

Unknown said...

Yang lu plak bising-bising apa pasal. Lu siapa?

Biarlah dia nak cakap apa, lagipun yang terpapar kat sini, bukan dia pun yang hantar artikel nie.

Blog nie yang ambil kat blog Pemuda Lembah Pantai. Suka hati dialah nak cakap apa.

Bagilah dia peluang buat kerja dia, lu janganlah nak menyibok plak.

sahabat gunung said...

hahaha. Muka Zali macam muka Rahman Dahlan... biar betul.

SayangLP : Tak perlu kita menantikan sesuatu yang tak pasti, tak payah kita nak susun siapa jadi wakil rakyat LP, tak perlu kita perkatakan minta Sazali jadi Ketua Bahagian... tapi yang penting sekarang ialah inilah masanya untuk kita mencari jalan, mencari alternatif untuk mengabungkan semua tenaga kita di Lembah Pantai untuk jadi kuat. Sekadar cadangan, jalan kita masih panjang lagi.

Betullah Pejuang Berjurus- Bagilah dulu Zali buat kerja. Yang artikel keluar dari blog Pemuda Lembah Pantai pun Zali ajak Pemuda kembali bersatu, ajak Pemuda berkhidmat, berkorban masa dana tenaga, jiwa dan raga kerana mahu AJK Pemudanya buktikan bahawa mereka boleh pikul amanah besar yang diberikan. Artikel dalam blog tu pun bukannya Fokus sangat pasal RAMPAS Parlimen Lembah Pantai....

Apapun, bagilah dulu Zali dan kepimpinannya buktikan kebolehan dan kewibawaan mereka. Insya-Allah, kalau peluang dan ruang diberikan sepenuhnya kepada mereka, Pemuda Lembah Pantai akan kuat dan mampu menjahanamkan perjuangan PKR dan DAP bukan sahaja di Lembah Pantai... malah di Wilayah khususnya.

Ini bukan mustahil, sekiranya Pemuda Lembah Pantai bekerjasama dan bersatu dengan semua Pemuda di Peringkat WP... kita adalah satu....satu perjuangan satu matlamat.... Maruah anak bangsa harus dipertahankan. Insya-Allah

Anonymous said...

Terimakasih kepada Wilayahkini yang memaparkan berita mengenai Pemuda Lembah Pantai kerana kami dapat tahu info sedikit mengenai Pemuda Lembah Pantai.Jangan kita nak sibuk main tuduh.Biarkan , kepimpinan Lembah Pantai buat kerja dulu. Mungkin Wilayahkini dapat interview Ketua Pemuda Lembah Pantai ?

Anonymous said...

Hidup Pemuda Lembah Pantai. Kami sokong Penuh.