Sunday, December 14, 2008

PEMILIHAN KETUA PEMUDA : PERWAKILAN WILAYAH SOKONG SIAPA ? ; MUKHRIZ JADI PILIHAN DI WP ? KJ BANGKIT SEMULA ? KHIR TOYO MACAM MANA ?

UPDATE TERKINI : Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dikatakan telah menemui hampir semua perwakilan pemuda UMNO dari seluruh Malaysia dan dikatakan boleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sila klik DISINI
BERITA SEBELUM INI...........
KUALA LUMPUR -- Bahang pemilihan pucuk pimpinan tertinggi di UMNO khususnya di peringkat Pemuda UMNO Malaysia dikatakan sudah sampai ke tahap yang sungguh mencemaskan walaupun ada tiga bulan lagi untuk tempoh mengundi.
Sekiranya dulu nama Datuk Mukhriz Mahathir dijulang sebagai pilihani no 1 , tetapi kini cakap -cakap politik sudah mula dilihat memihak kepada Datuk Seri Khir Toyo manakala nasib Khairy Jamaluddin dikatakan masih samar - samar lagi. Namun dikatakan , Khairy akan bangkit semula dalam saat -saat terakhir sebelum pemilihan parti.
Yang paling menarik sekali ialah , siapakah yang menjadi pilihan perwakilan dari Wilayah Persekutuan kali ini ? KJ ? Mukhriz atapun Khir Toyo ?
Beberapa pemimpin Pemuda yang ditemui oleh Wilayahkini berpendapat " memang terlalu awal untuk diramalkan peluang ketiga - tiga mereka.Kerana ini baru masuk pusingan awal. Kita perlu tunggu sanpai beberapa pusingan lagi".
Ada pula yang berpendapat , aliran tunai semakin tinggi dan ianya bergantung kepada cara dan strategi yang digunakan.
" Jangan kira mengenai pencalonan.Sekiranya Pemuda Titiwangsa dan Pemuda Putrajaya mencalonkan Muhkhriz , tidak semestinya mereka akan mendapat undi. Sama juga bahagian - bahagian lain di Wilayah Persekutuan " , kata seorang bekas Ketua Pemuda Bahagian kepada Wilayahkini.
Namun, difahamkan diatas kertas menyaksikan peluang Mukhriz Mahathir dikatakan amat cerah mendominasi undi - undi dari perwakilan Wilayah Persekutuan . Kali ini Wilayah Persekutuan menyaksikan 10 bahagian telah menerima kepimpinan bari diperingkat Pemuda. Apakah pandangan dan citarasa mereka ?

13 comments:

sahabat gunung said...

Alhamdulillah, setelah sekian lama, Mac nie kita akan menyaksikan satu episod dan satu sejarah baru dalam pertandingan Ketua Pemuda.

Lama dah kita tak bertanding sejak DS Hisham ambil alih kepimpinan Pemuda dari Datuk Zahid, 10 tahun yang lalu.

Oleh yang demikian, inilah masanya untuk kita gunakan peluang yang sebaik-baiknya memilih Ketua Pemuda yang baru, Ketua Pemuda yang dapat memimpin kita menuju semula mercu kejayaan dan kecermerlangan.

Benar kata Khir Toyo, Pemuda kena Berani. Tak silap kata Mukhriz, Pemuda hari ini kena Berani Berubah. Mustahil Pemuda hari ini jadi berani dan berubah kalau tidak mempunyai semangat setiakawan.

Tetapi pemimpin mcm mana yang nak kita pilih Mac nie. Ianya terletak kepada Perwakilan Pemuda pada perhimpunan Mac nie.

Tapi tolonglah buat pilihan yang tepat bagi menjamin kesinambungan perjuangan Pemuda, bukannya kesinambungan POKET2 para perwakilan.

Sedarlah... anda semua memikul amanah besar Mac nie, gunakanlah sebaik-baiknya.

Insya-Allah dengan pilihan yang tepat dan ikhlas, kita akan dapat menyatukan semula pemuda dan orang Melayu seterusnya mengembalikan semula kecermelangan BN dalam PRU yang akan datang, Insya-Allah.

Anonymous said...

Kalau FAM pun KJ tak dapat nak pulihkan martabat bolasepak negara, satu badan yang kecil kiranya, inikan pula UMNO. Tak nampak direction perjuangannya yang materialised. He failed in FAM by holding core post. Terpulang perwakilan nak intan ke, kristal ke atau kaca.
KToyo perjuangan di Selangor belum selesai. Fokus lah satu-satu.
Mukhriz berpegang kepada prinsip motonya. Banyak isu penting telah dibangkitkan. Tak kisahlah itu suara dia ke, suara bapak dia ke, yang penting dia berguru dengan guru yang paling hebat dalam negara ini. Itu kita kena faham kalau kita orang yang sayangkan Melayu.

Anonymous said...

MM,KJ,KT dr segi pengalaman pentadbiran KT lebih bnyk tricknya...namun sial penyapu jua penewasnya...

KJ agresif, lantang tapi cuma bila ada publisiti baru menyentuh topik2yg mengegar dada pemuda...

MM terlalu soft spoken nampak slow motion masih terikat dengan bayang2DrM...

semua KPWP jadi pujaan calon2 KPM utk dijadikan agen2(double agent)...namun undi WP bkn penentu segalanya...

Anonymous said...

Suara Pemuda sebenarnya ada lah saudara KJ.

Walaupun pelbagai tohmahan telah diberikan kpd beliau tetapi tiada bukti yg nyata.

sahabat gunung said...

Saudara Pemuda Jalanan- Aku bukanlah penyokong Khir Toyo sebenarnya, tapi sebagai penduduk (mak bapak aku duk sana) di kawasan Bukit Beruntung yang berada dalam Daerah Hulu Selangor yang mana YDPnya menerima penyapu oleh KT nie, aku sokong KT dalam pemberian hadiah penyapu tu.

Malah sekarang, MDHS selepas menerima hadiah penyapu tu kini dah jadi lebih baik dari sebelum ini.

Malah hadiah penyapu tu pun dah dipersetujui dan keputusan bersama oleh semua YDP dalam mesyuarat mereka. Oleh itu, bukanlah satu isu besar KT jika isu penyapu ini menjadi pertaruhannya.

D Mukhriz memang seorang yang berwibawa, berfikiran matang dan mampu menjadi KP yang baik.

KJ- No komen.

Anonymous said...

Saranan KJ untuk memecat Sathia sekiranya gagal piala Suzuki ditolak mesyuarat semalam dengan melanjutkan selama setahun lagi dengan bersyarat. Itulah mulutnya cepat dari keputusan kosensus. Sentiasa melangkaui protokol tanpa menghormati Presiden Sultan. Macam dia menonjol dari DS Hishamudin dalam Pemuda. Itu suara tak bertempat!
Bukan suara Pemuda.
Kini Pemuda Johor dan rakyat jelata Johor inginkan jambatan tambak diganti segera.
Semoga Selat Tebrau kembali 'bernyawa' dengan aliran air yang berterusan. Jangan kita ingat hanya kita yang ingin hidup di atas dunia. Unsur alam lain turut ingin menikmatinya.

Anonymous said...

Terima kasih Sahabat Gunung atas memaklumkan perkembangan sihat di MDHS.Itulah kadangkala mata memerhati apa yang kita lakukan. Menjatuhkan maruah di khalayak ramai tidak bertepatan dengan hasrat dan tujuan. Cuma mungkin ada cara yang lebih baik ketika itu untuk menyampaikan maksud, lebih halus, lebih-lebih prihatin sebagai pemimpin negeri. Kalau guru besar sekolah bagi anugerah kelas kotor dalam kempen kebersihan mingguan sekolah mungkin sesuai. Kerana ketegasan guru itu amat penting.

Sekarang siapakah pemimpin pemuda yang akan menyahut dan membela kehendak rakyat Johor yang sebenar-benarnya?

Anonymous said...

Kalo pilihin mukriz bermakna pemuda kembali ke era mahathir mohamed!!! Hidup KJ

Anonymous said...

saya risau kalau ramai pemuda menjauhkan diri atau resign lepas bulan 3 dari UMNO kalo KJ menang.

Anonymous said...

Teruskan bagi statement KJ, lagi banyak statement lagi banyak silap. Mula-mula tuduh blog banyak fitnah dia, selang dua minggu berkempen dalam blog menjadi kesalahan pulak menjelang pemilihan ini. Apalah UMNO ni, ikut cakap budak ni. Bagi dia selesaikan FAM dan naik kan martabat bolasepak negara baru kita boleh tabik!!!! GAPENA pun sebut nama dia sebagai pembela bahasa melayu? GAPENA patut diam je, pasal Bahasa Inggeris untuk Sains dan Metamatik baru nak bising. Sebelum ni senyap je.

Tak nampaklah apa benda dia nak bawak!

Adakah blog sama dengan website, facebook, wordpress dan lain-lain.

Anonymous said...

Salam perpaduan.. kepada para perwakilan di harap dapat memilih pemimpin yang berpotensi dan mempunyai idea-idea yang baru & yang tersendiri tidak mengharapkan idea daripada orang yang sudah di katagorikan golongan rumah kata pergi kubur kata mari. Semoga Umno mempunyai pemimpin pelapis daripada golongan orang biasa..bukan yer anak-anak bekas perdana menteri.

Anonymous said...

hidop mukris...kembalikan era tun yg ade perjuang mmelayu n tanah air..klo kj tergadai mase depan pemuda umno..teros kan mukris

Anonymous said...

assalamualaikum warga wilayah...

pada pemilihan PPUM nampaknyer kali nih.. memang hebat... kerana saya terlibat secara lansung dalam pemilihan PPUM.Bermacam orang yang berjumpa dgn saya.. bermacam janji dan kata manis di ungkapkan...dan ramai yang calon yang hebat...

Dalam pemilihan ini saya amat peka dan wajib menjalan kan.. tanggungjawap yang ikhlas dalam perjuangan...

pemilihan bagi ketua amat laaahh mudah... saya pikirkan

Bila anda berjalan kemana pon.. cuba anda tanya pada rakyat...baik cina india nak melayu...siapakah mereka mahu...

Paling saya takut.. sekali... walau
siapapon yang Menang perwakilan akan bertepuk tangan dan berebut cium tangan...

Yang penting sekarang adalah adakah pemimpin itu boleh diterima oleh rakyat... baik melayu cina india dll... kerana kiter akan menghadapi pilihanraya umum 13 yang hebat dalam sejarah negara kiter...

bagi saya... sebagai perwakilan memerlukan pemimpin yang bersih... tiada tiada skandal dalam pentadbiran negara....