Friday, December 5, 2008

ahhhhh.......DUA LAGI CALON DARI SEGAMBUT PULA TAWAR DIRI UNTUK EXCO PUTERI ; FIONA ATAU NASHUA ?

SEGAMBUT -- Sepertimana di Setiawangsa, di Segambut juga dua wakil dari bahagain yang sama bakal menawarkan diri bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia. Ketua Puteri Segambut Huzry Fionawathy dan AJK Puteri UMNO Segambut Nashua Fauzun bakal mencuba nasib masing - masing di arena Puteri Nasional kali ini.
Fiona dikatakan salah seorang pemimpin Puteri yang "popular" di Wilayah Persekutuan mahupun ahli - ahli Puteri di peringkat Nasional. Pada pemilihan, Ketua Puteri Segambut baru - baru ini, Fiona menang tanpa bertanding.
Manakala Nashua Fauzun pula, dikatakan salah seorang yang " dikenali " ramai dipentas Puteri UMNO Malaysia. Beliau juga dikatakan mempunyai skil "PR"( perhubungan awam ) yang cukup baik dikalangan pemimpin - pemimpin Puteri UMNO diseluruh negara.
Penampilan dua cali calon dari bahagian yang sama bagi jawatan ecxo bukan merancakkan suasana kempen malah menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai negeri yang menjadi tumpuan kita ini kerana ramai calon yang nak bertanding.

17 comments:

Anonymous said...

ramai sangat wilayah nak bertanding exco pu3, takut satu pun tak lekat nanti.. haru

RANGKAIAN PEMUDA BERANI said...

Pada 17 Januari 2009, pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi dalam pilihanraya kecil.

Isu 1: BN menang dalam pilihanraya 8 Mac lalu dengan 628 undi. Itu pun disebabkan oleh ketokohan calon, Dato' Razali Ismail.

Isu2: Daripada 4 DUN di parlimen Kuala Terengganu, BN tewas di tiga DUN & menang 1 saja di DUN Bandar (pengundi Cina ramai di DUN Bandar).

Isu 3: Pembangkang (DAP khususnya) dan parti komponen Cina dari BN (MCA dan Gerakan) tentu akan menggunakan isu kenyataan Mukhriz untuk "mengajar" pemimpin UMNO. Kita dapat melihat tren ini dalam PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru2 ini.

Isu 4: Kalau BN kalah di Kuala Terengganu atau menang terlalu kecil di sana, ini menunjukkan pengundi Cina terus menjauhkan diri dari UMNO. Dalam PRU13 nanti, apa yang akan berlaku ialah pertandingan antara UMNO and the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival.

Isu 5: Apakah manfaat kenyataan Mukriz selain mempopularkan dirinya tetapi pada masa yang sama merugikan BN / UMNO; sekaligus menjadikan UMNO "parti pariah" yang disisihkan oleh semua orang? His statement won't change anything! It does more harm than good.

Isu 6: Adakah pemimpin UMNO merasakan mereka terlalu cerdik sehingga hilang segala kebijaksanaan dalam bercakap dan bertindak?

Marilah kita sama2 berfikir.

Anonymous said...

Go! Fion Go! Menang atau Kalah is the name of the game! Apa nak takut.

-Mask Rider-

Anonymous said...

antara F dah N, saya sudah pasti akan kasi undi pada N... ada ciri ciri pegawai berbanding dengan F tu

tahniah N

Anonymous said...

Sudahlah 'datuk' jgn jadi pengecut, takut ini, takut itulah, yg Cina ckp pasal kita melayu, kita nak diam...betul apa yg Mukhriz cakap, kalau betul diorang ni semua nakkan kesaaman, cuba dulu dgn satu system pendidikan, apasal diorang tak nak? 'datuk' mesti bijak, pikirlah sendiri.

Kita melayu mesti ada telor! Nama calon belum ada, dah pikir pasal nak kalah...Datuk jgn sangat takut dgn kekalahan dan kalau UMNO kalah jgn salahkan keadaan, salahkan diri kita org melayu UMNO yg dah hilang semangat.

-Mask Rider-

tuliphitam said...

Sikap orang Umno sendiri yang merugikan parti asyik sibuk nak berkelahi sesama sendiri kononnya proses demokrasi. jika kita lihat orang Umno sahaja yang suka cari publisiti.
Mereka terlupa nak ukur baju dibadan sendiri hingga perasan dialah sahaja yang berkualiti.

Kita tak perlu pergi jauh ceritakan kemenangan atau kekalahan pilihanraya lepas. Di Wilayah ini cuma 3 kerusi sahaja yang dimenangi itu pun masih masing-masing tak sedar diri mengangkat diri sendiri untuk memegang jawatan yang lebih tinggi..

Berbuih dah pendapat penganalisis politik menasihati kerana jangan harap pengundi akan beri undi kerana mereka rela hidup dibawah pakatan rakyat daripada melihat sandiwara pemimpin yang hari-hari bertikam sesama sendiri. Sudahnya rakyat pun naik menyampah muka-muka mereka hanya layak dok dalam tong sampah.

Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar kerana pengundi kini tidak peduli dan mereka sendiri akan terus membakar bukan sahaja setakat kelambu tetapi segalanya milik pemimpin2 Umno yang perasan masih ada kuasa..

Tulus Ikhlas Pejuang Bangsa

tuliphitam said...

Sikap orang Umno sendiri yang merugikan parti asyik sibuk nak berkelahi sesama sendiri kononnya proses demokrasi. jika kita lihat orang Umno sahaja yang suka cari publisiti.
Mereka terlupa nak ukur baju dibadan sendiri hingga perasan dialah sahaja yang berkualiti.

Kita tak perlu pergi jauh ceritakan kemenangan atau kekalahan pilihanraya lepas. Di Wilayah ini cuma 3 kerusi sahaja yang dimenangi itu pun masih masing-masing tak sedar diri mengangkat diri sendiri untuk memegang jawatan yang lebih tinggi..

Berbuih dah pendapat penganalisis politik menasihati kerana jangan harap pengundi akan beri undi kerana mereka rela hidup dibawah pakatan rakyat daripada melihat sandiwara pemimpin yang hari-hari bertikam sesama sendiri. Sudahnya rakyat pun naik menyampah muka-muka mereka hanya layak dok dalam tong sampah.

Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar kerana pengundi kini tidak peduli dan mereka sendiri akan terus membakar bukan sahaja setakat kelambu tetapi segalanya milik pemimpin2 Umno yang perasan masih ada kuasa..

Tulus Ikhlas Pejuang Bangsa

Anonymous said...

Datukshaiful

apa mukhriz cakap tu betul lah ...

org lain dan rakan2 komponen BN sendiri tibai umno atas isu ketuanan melayu, khairy dan khir toyo diam saja.

UMNO diam saja ...
hingga imej, persepsi dan sentimen menjadi bertambah buruk.

mukhriz sebut satu yg terus meletakkan mereka terdiam. mana tak ia mendedahkan hopokrit bangsa pendatang.

sepatut kita semua menyambung apa yg dikatakan mukhriz. kuala tganu itu sesuatu yg tak dijangka. yg nyata kit adiserang dan kita tak defensif pun, jauh sekali attack.

blog2 pro khairy pula tidak berjuang bersama menentang serang kaum pendatang, tapi mencemuh dan mengejek2 mukhriz.

mereka mengambil peluang untuk mengkritik mukhriz. kelihatan blog pro-khairy ini melibatkan SUKJ yang pro-anwar ibrahim tapi kini berpura2 menyokong khiary dan pemimpin tertentu umno.

dato pula (hai muda2 dapat dato. apa jasonyo?) yg mungkin dan kelihataan pro khairy berusaha spam sana sini komentar sama merata2 hanya untuk memburukkan mukhriz.

lihat politik dan bukan isu. apa produk dan perjuangan umno nak di ragakan kepada pengundi. membela melayu pun dah dikatakan demikian rupa oleh dato'!!!!

dgn berdiam seolah2 kita mcm bersalah, faham!?

tahu tak dato', khairy jelas kata dia pro-multiracialism dan multiculturalism. paham kah dia apa maksud ini? pahamkah dia ia bercanggah dengan integrasi yg dijuangkan tun razak dan barnes??????

kena faham integrasi bukan assimilasi. berbilang kaum dan budaya kita bermaksud integrasi dgn melayu menjadi teras.

Tapi peliknya khairy sokong BM balik ke dalam bahasa melayu. Tapi dia sekolah omputih dan banggsa dgn latarbelakang sekolah antarabangsa.

Anonymous said...

datuk besar maknanya gelaran tu...zaman dulu kala waktu tanah melayu yang pegang title datuk ni jenis2 hulubalang n pang5 yg gagah berani...

malang gelaran ni diberi pada anak cucu cicit malaysia yang takut, pengecut juga beku fikiran!

mana suara suara datuk2 yg bole backing kenyataan2 pemimpin melayu, ckp skit pasal india cina kena minta maaf, mohon ampun...

apa yang datuk2 ni buat semua bacul2 belaka...bila komponen BN sound ja kecut senyap sayup...

melayu masih tampuk kerajaan jadi ngapa kita xleh sound pulak...depa dah terlalu byk kenyataan yg menguris hati kami rakyat biasa yg xda datuk2 pada pangkal nama...

la ni tak kira dah datuk2 ka apa... pasal datuk2 ni pun dah belambak2 india cina x mcm dulu kala...yang pelakon dr india pun datuk gak...

jadi kami ni rakyat biasa sebnrnya dah tak heran pun datuk2 yang x reti erti perjuangan datuk nenek moyang kami...

ni semua datuk2 x bertokoh...berani sound org sendiri ...berani kuarkan kenyataan akhbar sound balik komponen BN yg lain... MUDA BELIA cabar siapa datuk tu...oh ya shaifulkamal kuar kenyataan akhbar dalam tempoh 48jam...

jgn pakai datuk kalau xda kenyataan akhbar...layak panggil epul ja... sila sila bantah kenyataan2 komponen BN jika rasa gagah berani mcm datuk hulubalang juga pang5 dulu dulu...

p/s kalau 'nujum pak blalang' ramai musim2 ujan ni

Anonymous said...

bersependapat dengan yang lain..
sepatutnya kita menyokong apa yang di katakan oleh datuk Mukhriz.dalam ketika kita ditekan oleh bangsa lain, tiada pun pemimpin yang berani menyuarakan pendapat dan komen bagi membidas semula apa yang diperkatakan.maklumlah semua nak jaga punggung masing2.'pengecut'.
bangsa melayu kini harus sedar bahawa bangsa lain kini tidak lagi memberikan sokongan kepada parti yang di kuasai oleh bangsa melayu iaitu Barisan Nasional.jadi pada siapa lagi harus kita mengharap kalau bukan pada bangsa sendiri.jadi saya menyeru kepada bangsa saya 'bangsa melayu' , marilah kita bersatu hati dalam PRU13 nanti.

Anonymous said...

Salam...
Salah masuk arena ker ingat nak cita pasal Fiona & nashua tapi dah terjebak kat komen datuk.. tu. Tapi tak mengapa saya sokong kawan2 lain yang sentiasa menyokong penyatuan melayu bukan melemahkan semangat melayu. Rasanya jarum2 yang disuntik oleh DSAI dah mula nak pecah belahkan orang BN sendiri. Kita perlu sedar segera jangan leka lagi dalam perebutan jawatan ape guna bertelagah kalau KT terlepas ke pembangkang dengan beza undi yang sedikit, tak mustahil kita tewas, tapi pantang undur anak melayu sebelum melawan, bukan berlindung d balik kain.....
Cita Fiona n Nashua saya cadangkanlah sebagai Ketua Pu3 Bhg Fiona usahlah pegi EXCO cukuplah anda gerakkan Pu3 tambahkan ramai lagi adik2 di caw, satukan caw yg jauh kukuhkan barisan beri sokongn pada Nashua. Pada pandangan cctv Ketua Pu3 perlu perkasakan pu3 menjadi tiang Bhg. Kalau F tak pegang EXCO pun dlm wilayah dia duduk AJK Pu3 Betul tak Rangking Tinggi. Nashua boleh bantu F dari segi hubungan dengan peringkat nasional betul tak.walaupun kita tau fiona ni dah lama. maka itu F & N perlu saling bantu-membantu dalam usaha mengukuhkan pu3.
Ini saranan sahaja moga boleh diguna pakai oleh kedua2nya.
Bersama-sama kita menyusun barisan yang kukuh dan utuh dalam memertabatkan Ugama, Bangsa dan negara.. Malaysia yang kita cintai

Anonymous said...

saya sokong 100% dengan apa yang disuarakan oleh CCTV diatas. Ketua ketua puteri bahagian haruslah menumpukan sepenuh masa untuk Bahagian. Nanti tak adalah muka2 yang sama aje di peringkat Bahagian, Negeri dan Nasional. Orang pun bosan dengan orang gila kuasa ni.

Anonymous said...

Saya sokong....
sekarang ni pun... Fiona bukannya nampak kat Segambut..
Pandangan peribadi saya... Fiona :
1. Tiada ciri-ciri kepimpinan
2. Tiada ciri2 kemasyarakatan (agak sombong)
3. Tidak berpengetahuan luas.
4. Tidak panadai berhujah / bercakap...kalau ckp, KOSONG...
5. Byk WAYANG ler minah ni...
6. Tak pro-aktif
7. Dah dpt jawatan.... tak tahu nk buat apa
8. Tidak berpengaruh
9. Kalau dlm industri hiburan.... org akan kata 'NO COMMERCIAL LOOK'

So.... duduk diam2..... jgn nak menyibuk di peringkat Nasional

Thank you
-Teropong Segambut-

Anonymous said...

wow teropong... you have said it ALL.... setuju dgn awak...

Anonymous said...

dulu 3 orang macam Charlie's Angel, sekarang dah 4 orang macam apa ye? Apa apa pun, selamat bertanding kepada semua calon2 satu malaya ni

Anonymous said...

masa jadi pemerhati sidang bhg segambut...dok perati ja perangai sorang2 PU3 (g10) termasuk fiona...rumusannya ketua gan g10 yg ada langsung x da apa pendapat pun yang ada gelak ketawa mcm baru dapat laki....

jenis semua make up 8 inci satu usul pun x ulas...sah2 x solat seharian...ni bkn pelapis ni semua penempek masa persidangan buat habuan...

Anonymous said...

Fiona.... tercipta la irama cinta ini hanya la untuk mu....
fiona...fiona..fiona...
hahahahah

"No commercial look", tapi ada gak lagu untuk ko kan fiona...

tapi kan beb.. ciri2 yd tertulis diatas aku rasa byk kebenarannya.. ahaks ahaks.. jgn marah yea...