Monday, December 29, 2008

DRAMA UMNO BATU ; MEMANG PELIK TAPI BENAR ; YUSUF HAMID TAK MUNCUL ; PEMILIHAN DITERUSKAN ; ABAS MENANG TANPA DICABAR ; APA DAH JADI ?

( KES 1 ) KUALA LUMPUR ,29 Dis 2008 -- Sepertimana berita sebelum ini ,apa yang berlaku di UMNO Batu memang PELIK TAPI BENAR. Akhirnya mesyuarat semula UMNO Batu yang bersidang semula semalam - HANYA untuk memilih KETUA BAHAGIAN menyaksikan satu lagi drama politik apabila penyandang Ketua Bahagian Batu Datuk Yusuff Hamid tidak hadir.Tetapi mesyuarat dan pemilihan diteruskan tanpa kehadiran Yusuff Hamid. Berikut adalah intipati drama tersebut :
1. Yahya Mat Ghani ( Abas ) - 136 undi ; Yusuff Hamid - 2 undi ; 1 undi rosak
2.Hanya 139 perwakilan yang hadir untuk mengundi daripada 245 perwakilan. Seramai 106 perwakilan tidak hadir.
3. Kenapa penyandang Ketua Bahagian Yusuff Hamid tidak hadir ?
4. Pemilihan semula dikendalikan oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat Jen ( B ) Datuk Khusainy.
5. Apakah Yusuff Hamid akan membuat sesuatu selepas ini ?
Untuk rekod, pada pemilihan UMNO Batu yang diadakan pada 2hb November lepas, Yusuff selaku Penyandang Ketua UMNO Batu berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagianya dengan kelebihan 5 undi sahaja - menewaskan Yahya Mat Ghani.
Jawatankuasa Pengurusan UMNO sebelum ini telah membuat keputusan supaya UMNO Batu tidak perlu mengadakan mesyuarat semula , TETAPI dalam tempoh masa sebulan , timbul pula satu arahan baru iaitu - pemilihan semula perlu diadakan untuk jawatan Ketua Bahagian sahaja. MEMANG PELIK TAPI BENAR.
Wilayahkini difahamkan , sebelum ini Majlis Tertinggi telah memberi kebenaran kepada semua Badan Perhubungan UMNO negeri masing - masing untuk menangani isu mengenai pemilihan bahagian TETAPI apabila terkeluarnya arahan daripada Setiausaha Agung UMNO - ramai yang keliru dan tidak puas hati. Majlis Tertinggi UMNO , mungkin boleh memperjelaskan isu seperti ini supaya ramai ahli - ahli UMNO tidak keliru , marah ataupun kecewa.Yang penting kita jangan menafikan hak demokrasi dalam UMNO. Tangan - tangan tersembunyi perlu dicantas segera kerana ianya boleh menjejaskan kekuatan UMNO.
Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel mengenai pemilihan semalam. Mereka mempertikaikan kenapa mesyuarat perlu diteruskan walaupun tanpa kehadiran penyandang Ketua Bahagian? Kenapa tidak menangguhkanya sahaja ? Ramai perwakilan tak hadir - kita perlu dengar suara mereka. Kenapa mereka tidak hadir ? -- begitulah suara - suara yang berkemundang di pihak Yusuf Hamid.Malah mereka menyifatkanya satu tindakan aneh dan kelakar.
Manakala penyokong Abas pula mempertahankan pemilihan tersebut kerana telah mencukupi korum dan telah mula merayakan kemenangan Abas. Apakah kemenangan ini berbaloi ataupun tidak ? Namun, Abas dikatakan yakin untuk menang walaupun diadakan pemilihan semula selepas ini.
Apa selepas ini ?

9 comments:

Anonymous said...

salam,

ini bukan soal siapa menang ataupun kalah...tetapi imej umno terus dirosakkan oleh individu tamak kuasa..

apakah mustahil ada 'tangan ghaib' yang sudah campur tangan dalam politik batu? apakah umno terus tidak malu dengan 'drama rebut jawatan' disini sana...baik di batu, larut dan sebagainya...

percayalah, kalau umno terus diuruskan secara 'gestapo' spt ini...kita akan kalah 2013...ini bukan soal individu spt Kapt Zahar dan barisan AJKnya..tapi umno memang sedang nazak dengan politik wang dan sebagainya...

razlan,

apakah keputusan konsensus PW menyokong pencalonan MKT itu benar? dijalankan secara terbuka? mendapat penjelasan yang kukuh? ataupun kalangan pemuda baru hanya menjadi pak turut yang membangangkan diri...lebih elok jika, PW menyokong penuh pencalonan DS Zulhasnan Rafique...drpd terus berada dalam rejim pemuda lama...

- setiaka'n'wan'g' - -

Anonymous said...

Salam,

Perwakilan yang wajib hadir: 245
Yang Hadir Pada 28hb.12.2009: 139

Yang undi Abas : 136 undi
Yang undi Yusuf : 2 undi
Undi rosak : 1 undi

Yang tidak datang disebabkan pelbagai alasan seramai: 106 orang

SO JIKA SEMUA PERWAKILAN DATANG PUN
ABAS MASIH LAGI MENANG(136 UNDI)

walaubagaimana pun tahniah pada saudara Abas.

Kita cuba tawan semula hati pengundi kawasan Batu. Supaya hadir beramai-ramai mengundi pada pilihanraya yang akan datang.

UMNO Pusat suruh datang mesyuarat pun taknak datang.
Harap-harap pilihanraya kelak datang tau.Kita harus menunaikan tanggunjawab sebagai pengundi.
Walaupun saudara Abas menang,dia tidak menang semua.Yang kalah tidak kalah semua.

Anonymous said...

maal hijrah 1430 buat semua saudara seislam walau dimana jua...

BATU...batu api...
batu lesung...kepala batu...UMNO bhg BATU...

bagaimana nak ucap tahniah abas menang skali...YH menang skali, ni baru seri...pelik tapi benar.

politik kalau semborono mmg jd drama batu...kematangan dalam politik membawa kedamaian pelbagai rasa dan bahagia.

drama batu membuktikan politik semborono pelbagai pihak dalam UMNO pusat, bahagian dan cawangan. bila masalah dlm bhg jadi bualan seantero nasional.

drama batu satu bukti nyata perlakuan bacul dan perosak UMNO demi kerakusan serakah diri tanpa memikirkan natijah yg terjadi kepada UMNO.

drama batu bukti kedangkalan berpolitik melayu...dah ada KB (majotiti 5 undi)kansel,mana pendirian yg mengatakan akur akan keputusan akar umbi...

drama batu lakaran hakisan maruah diri, pemilihan, kerakusan dan amanah bagi ahli2 biasa yg xtahu rasa kuasa dan pengaruh bergeselan dengan pimpinan tinggi di pusat.

drama batu dah nyata lagi bebal dr pucuk pimpinan hingga ahli akar 'serabut' semua diracuni bongkak, taksub dan riak.

drama batu yg terang xpyh bersuluh adalah parlimen batu milik Tian Chua (PKR) bkn BN, UMNO, ABAS @ YH itu yg paling kelakarnya hhaaaaahhhaaaa...

UMNO Batu bahan lawak dan gurauan anak2 muda UMNO.
pepatah rang muda...
KALAH JADI MENANG...
MENANG JADI Arang BATU.

Anonymous said...

apa dah jadi dengan bangunan umno bhg batu, kabarnya dah dipindah milik kepada yayasan pendidikan batu, siapa punya yayasan tersebut, signboard umno dah pun diturunkan, bukankan bangunan itu milik umno, dengar kata pejabat tekun pun dah diarah pindah, harapan kita kepada semua caw2 didalam bhg batu sama-samalah kita pertahankan bangunan umno tersebut, janganlah lepaskan kepada individu2 yang berkepentingan peribadi, tak kira sesiapa pun pemimpim umno akan datang dibangunan itulah pusat pentadbiranya dan tempat perjumpaan caw2 kerana disitulah lambang kekuatan umno bhg batu. pemimpin datang dan pergi apa yang penting adalah umno itu, kerana ianya milik kita semua.

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam
khususnya warga Batu

saya salah seorang pemerhati politik UMNO Batu
untuk sekian lama baik dari zaman arwah
Senator Datuk Azman Attar hinggalah kepimpinan
yang ada sekarang.
Dan seperti biasa betullah kata2 orang politik
bahawa POlitik Batu adalah yang paling unik
dibandingkan daripada bahagian lain.

Sejak zaman arwah lagi sebenarnya politik batu
terdapat jurang atau kem2 yang berbeza
Sebab itulah ada orang politik pernah berkata,
kalau siapa yang nak kenal dunia politik sebenarnya
maka masuk & turut serta dalam politik Batu.
Memang tidak dapat dinafikan UMNO Batu tidak pernah
ada pemimpin yang boleh mencapai hingga taraf Menteri
atau Ahli MKT UMNO namun jika disiasat sebenarnya
kebanyakkan pemimpin yang ada sekarang sebenarnya
lulusan atau bekas ahli UMNO Batu.
Seolah-olah UMNO Batu ni hanya mampu melahirkan
pemimpin yang berkebolehan tetapi bukan untuk
kebaikan UMNO Batu itu sendiri.
Hanya selepas mereka keluar dari UMNO Batu
barulah mereka dapat berjaya.

Jadi apabila ramai yang berkata ahli UMNO Batu ini
tidak bijak berpolitik, sebenarnya anda silap.
Hanya ahli UMNO Batu sahaja yang tahu menilai
permata dan manikam.
Didalam politik Batu, wang bukan segalanya.
Biarlah ditaburkan satu kapal kontena sekalipun
belum tentu kemenangan dapat dicapai.
Sekadar mengambil contoh pemilihan yang baru lepas
kita lihat 2 jawatan tertinggi mempunyai cerita berbeza

contoh pertama:

pemilihan jawatan Timbalan Ketua Bahagian di antara
Ramlan Salleh (156 undi) dan Johari Md Isa (99 undi)

= di antara kedua2 orang ini sebenarnya mempunyai kewangan
dan agak dermawan ketika kempen tempoh hari. akhirnya
keputusan yang agak besar majoritinya berpihak pada Ramlan.
Apa faktor kemenangan beliau sedangkan Johari lagi hebat
kewangannya.Bagi ahli UMNO Batu mungkin lebih arif sebab tu
ada orang di barisan Dato Yusof sendiri mengundi Ramlan.

contoh kedua :
Pemilihan naib ketua UMNO bahagian diantara
Rahim Suboh(116 undi) dan Hassan Jamalluddin (139 undi)

Semua orang tahu berapa banyak Rahim habis tempoh hari
sedangkan calon lawannya seorang calon dikatakan "Marhaein"
tetapi mempunyai peribadi yang baik.Rahim seorang yang khabarnya
digelar ahli "Korporat" akur kepada "kebaikan peribadi" Hassan.
Adakah kemenangan Hassan kerana perwakilan termakan "politik wang"

di atas adalah 2 senario yang berbeza dan hakikatnya apa yang berlaku
adalah kehendak perwakilan bukannya atas faktor rasuah.
Bagi bloggers yang suka menabur fitnah tersebut mungkin sebenarnya
tidak pernah menilai perkara sebenarnya.Di dalam kita politik kita
seharusnya terbuka kepada semua faktor dan implikasi.
Janganlah sempitkan fikiran serta Jumud hanya kerana
kecewa diatas kekalahan individu.

saya juga ingin menyentuh mengenai apa yang terjadi sebenarnya hingga
terciptalah persidangan semula UMNO Batu pada 28 Disember 2008 yang lalu.

Senario yang bermula pada 1 November 2008 dimana pemilihan diadakan
dan keputusan yang dikeluarkan baik dari jawatan Timbalan Ketua,
Naib Ketua,AJK, Pemeriksa Kira dan Calon G7 dimenangi oleh keseluruhan
barisan Abas. Undi yang paling sedikit adalah AJK yang terakhir iaitu
saudara Saifuddin (Sentul KTM) iaitu sebanyak 130 undi.
Oleh itu secara logik sepatutnya bila satu kapal dah menang
nakhoda (kapten) kapal juga menang. Namun sebaliknya berlaku apabila
Abas hanya mendapat 123 undi berbanding 128 undi Yusof.
Walaupun keputusan diragui semua perwakilan yang menyokong Abas akur
dan bertindak keluar dewan. Jika dilihat keadaan dewan ketika itu
yang tinggal sudah semestinya penyokong Yusof tetapi tidak sampai
50 orang pun dan dewan begitu sunyi tanpa sorakan dari kem Yusof sendiri
(pelik kan, menang tapi tak bahagia)

selepas selesai persidangan yang meragukan itu
(penyokong Yusof sendiri tidak percaya)
Barisan Abas telah membuat bantahan bertulis
mengenai masalah terhadap cawangan Lebuhraya karak Fasa 2
(ironiknya cawangan ini adalah bekas cawangan Arwah datuk Azman Attar)
dimana Pengerus Tetap cawangan tersebut adalah seorang yang muflis.
sebenarnya isu cawangan ini telah dibangkitkan sebelum persidangan lagi
namun bagaikan ada "tangan-tangan belakang" yang mencampuri dan
akhirnya persidangan diadakan tanpa mengambil kira bantahan tersebut.
sebagai pihak yang kalah sudah semestinya perkara ini dibangkitkan semula
an kali ini bantahan tersebut disusuli dengan bukti2 yang kukuh ketika
mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan majlis Tertinggi UMNO Malaysia
kedua-dua pihak baik Abas dan Yusof dipanggil dan dibicarakan.
Pada ketika itu, sebelum membuat keputusan, Jawatankuasa pengurusan pernah
bertanya kepada kedua-dua pihak sekiranya diarahkan untuk bersidang semula
sanggupkah pihak yang menang untuk bertanding semua jawatan.Pada ketika itu
hanya barisan Abas sahaja yang bersetuju bertanding semua jawatan termasuk
G7 dan sayap Pemuda namun atas sebab tertentu Datuk Yusof dan Mejar Mokhtar
tidak menerima tawaran tersebut dan hanya berminat untuk mengekalkan jawatan
ketua bahagian sahaja.(pelik tapi benar,isu ni diketahui oleh semua perwakilan
barisan Abas sedangkan perwakilan barisan Datuk yusof tidak tahu menahu perkara
ini.kenapa dirahsiakan? hanya Datuk Yusof sahaja yang tahu.

Pada 5 November 2008, Satu surat ditandatangani oleh Datuk Sri Tengku Adnan
selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia mengarahkan UMNO Batu bersidang semula
(Keputusan dibuat oleh Timbalan Presiden Datuk Sri Mohd Najib sebelum ke Peru)
atas faktor bantahan terhadap cawangan Lebuhraya karak fasa 2 diterima dan
cawangan tersebut dibatalkan perwakilannya (4 orang). Namun selepas selesai
mesyuarat pengurusan pada hari itu, sewaktu Datuk TPM kita keluar dari pejabatnya,
ada 2 orang Pegawai Tertinggi UMNO Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan telah
berjumpa secara rahsia dan membisikkan sesuatu kepada Datuk TPM. Hasilnya
persidangan semula tersebut dibatalkan atas sebab majoriti kemenangan Yusopf
tempoh hari adalah 5 undi.Jika ditolak 4 sekalipun Yusof masih menang Sekali
lagi Jawatankuasa Pengurusan membuat keputusan berpihak kepada Yusof Hamid.Ini
adalah keadilan ketika itu dan UMNO Malaysia bertindak atas fakta yang sahih
bukannya atas dasar kroni

bantahan kedua dibuat mengenai proksi salah satu cawangan AJK Bhgn yang bukannya
dari AJK caw.Bantahan ini diterima tetapi keputusan undi telah menjadi bercelaru
kerana satu lagi undi terpaksa ditolak.Akhirnya apabila wujud bantahan ketiga yang
juga hampir sama kesnya dengan caw Lebuhraya karak iaitu ada lagi satu caw yang
dipengerusikan oleh seorang yang muflis, maka demi mengelakkan sebarang kemungkinan
yang tidak diingini seperti berlakunya kes UMNO dibubarkan 1988 (orang lama tahu ceritanya)
maka keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
dalam mesyuarat mereka pada 18 Disember 2008 dipengerusikan oleh Datuk sri TPM
kita dan dihadiri oleh Naib2 Ketua UMNO Malaysia, Ketua Wanita Malaysia, Ketua Pemuda
Malaysia,Ketua Puteri Malaysia dan Ahli MKT UMNO Malaysia maka satu keputusan dibuat
dan notis persidangan semula dikeluarkan oleh Setiausaha UMNO Malaysia mengarahkan
Persidangan semula UMNO Bahagian Batu pada 28 Disember 2008. Namun perkara ini dirahsiakan
oleh Pentadbiran UMNO Batu daripada perwakilan semua sehinggalah pada 26 Disember 2008,
UMNO Malaysia terpaksa mengambil alih segala persidangan dan notis dikeluarkan untuk
semua perwakilan Batu bagi menunaikan hak mereka bersidang pada 28 Disember 2008.Maka
akhirnya jadilah pertukaran Ketua UMNO Bahagian Batu yang baru iaitu Abas @ Yahaya Mat Ghani.

Kesimpulannya:

1) Sebenarnya apabila caw Lebuhraya Karak fasa 2 dibatalkan, implikasi turut terpalit \
kepada persidangan Pemuda UMNO Bhgn Batu kerana Pengerusi yang diumumkan muflis itu juga
adalah pengerusi tetap kepada Pemuda cawangan tersebut.
2)datuk Yusof ditawarkan untuk bertanding semula semua jawatan termasuk timbalan ketua,
naib ketua, AjK, G7 dan Sayap Pemuda tetapi beliau tolak dan hanya kekalkan Ketua bahagian
3) sejauh mana perwakilan barisan datuk Yusof benar2 mengetahui cerita sebenar sedangkan
barisan Abas, perwakilan mereka sentiasa dimaklumkan sebarang keputusan atau cerita.
Siapa yang telus atau tidak telus?
4) Tuduhan kononnya barisan Abas hanya membuat cerita palsu namun pada hari persidangan
semula ketika Rahim Suboh (calon naib ketua barisan Yusof, satu-satunya perwakilan barisan
Yusof hadir menunaikan hak beliau) bertanyakan perkara sebenar. Wakil UMNO Malaysia ketika itu
iaitu Datuk Brigadier Jeneral Husainy (SUK UMNO Malaysia) memberikan cerita beliau berdasarkan
laporan dan keputusan yang tepat, cerita beliau adalah sama seperti yang disampaikan oleh
barisan Abas dan laporan saya kali ini. jadi Siapa yang menipu atau ditipu?
5) kalau benar kemenangan tempoh hari Yusof hamid kerana beliau adalah kuat dan mempunyai
penyokong setia yang ramai, kenapa tidak berani turun semula ke gelanggang untuk beraksi semula
sedangkan ambang kemenangan berpihak kepada beliau (betul ke atau keputusan tempoh hari palsu?)
6)kenapa perwakilan barisan Yusof ramai tidak tahu mengenai persidangan semula sedangkan notis
dikeluarkan oleh UMNO Malaysia sejak 19 Disember 2008. Menurut Jeneral Husainy, pihak UMNO
Malaysia telah cuba menghubungi pihak pentadbiran baik secara telefon, datang ke pejabat mahupun
faksmili namun tiada sebarang jawapan diterima.Sebab itu pihak UMNO Malaysia mengambil alih.
7) kenapa Ketua bahagian saja dipertandingkan.Pertama, sebab Yusof hamid sendiri tidak mahu
jawatan lain dipertandingkan.kedua, jumlah perwakilan yang dibatalkan adalah 9 orang bermakna ada
9 undi. Sekiranya ditolak 9 undi kepada semua calon yang menang baik jawatan timbalan hinggalah
pemeriksa kira2, calon yang menang tetap menang. (ikut sepertimana senario masa Yusof hamid menang
1 undi selepas majoriti 5 ditolak 4 undi caw lebuhraya karak)
Oleh itu apabila format yang sama diguna pakai maka undi Ketua bahagian saja yang kurang dari 9
maka terpaksa dipertandingkan semula.
8)Adakah perwakilan barisan Yusof tahu siapa sebenarnya Yusof hamid sejak beliau muda hingga kini?
Sila tanya orang2 di kampung melayu sekitar Sentul dan mengapa hingga kini cawangan di dalam kawasan
Sentul khususnya warga tua amat membenci beliau.
9) mengapa setelah beliau menang hampir 1 bulan setengah lamanya tiada satu pun mesyuarat jawatankuasa
atau usaha dari pihak Yusof hamid untuk menyatu padukan kembali Ahli UMNO Batu. malah keistimewaan
selaku AJK UMNO Batu tidak diagih-agihkan secara adil.Apa yang terjadi kepada program Korban tempoh hari,
program UMNO bhgn yang diadakan tanpa diketahui oleh jawatankuasa UMNO bhgn sendiri? Mengapa segala projek
hanya diberikan kepada pihak tertentu walaupun mereka bukannlah jawatankuasa bahagian?? Persoalan terakhir
kemana perginya duit pilihanraya yang hampir mencecah RM1.3 juta tempoh hari? dan kenapa selepas kalah
Bangunan UMNO Batu diambil alih oleh yayasan Pendidikan batu??
Siapa sebenarnya yang benar2 ingin mempejuangkan Agama, Bangsa dan Negara?

Akhir kata dari saya, jangan menilai seseorang individu itu hanya pada manis mulut dan limpahan
projek/wang. kita juga perlu menilai pada keperibadian dan kejujuran pentadbiran.Mungkin Abas tak
menang semua, Yusof tak kalah semua. Selagi wujudnya kem2 tertentu maka perjuangan UMNO batu akan
terkubur selamanya.Apa yang pasti jika masalah ini tidak selesai maka UMNO Batu akan berakhir......

Ahli UMNO yang kecewa tetapi tetap setia.

tiap2 bulan UMNO Pusat bagi berapa duit kepada setiap Bahagian sampai boleh buat bangunan UMNO sendiri ?? Ini bermakna Ketua Bahagian lain semua telan duit sebab tak dapat dirikan bangunan UMNO kecuali Bahagian Batu. Hebat... hebat... hebat.

pakai lah otak sebelum nak komen. otak letak kat lutut ke?

1, 2, 3, ...

Anonymous said...

memanglah betul UMNO Pusat tak beri duit tiap-tiap bulan, kalau tak silap cuma beri peruntukan utk pertadbiran Bhg sahaja, tapi kena ingat bangunan itu wujud hasil drp UMNO Bhg Batu dibawah kepimpinan yang lepas-lepas bukanya untuk dimiliki oleh yayasan pendidikan Batu & individu-individu, bangunan itu diwujudkan bukankah untuk kegunaan ahli2 Umno Batu? kita sepatutnya berbangga kerana UMNO Bhg Batu ada bangunannya sendiri.

Anonymous said...

cakap meletup letup mcm tau benorrr ... wal hall bongokk! ... ko pi perhati kete kat highway tuh sudahhhhh laaah