Monday, December 29, 2008

ARAHAN PERSIDANGAN SEMULA UMNO BATU DI RAGUI ; AJK UMNO BATU BUAT LAPORAN POLIS !

(KES 2) KUALA LUMPUR 29 Dis 2008 -- Seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu membuat laporan polis berhubung pemilihan semula UMNO Batu.
Fairul Iskandar Faizil De Souza membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.
Beliau dipetik oleh Akhbar Sinar Harian hari ini berkata, pada 26 Disember lalu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan surat makluman bahawa mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu untuk pemilihan jawatan Ketua Bahagian akan diadakan pada 28hb Disember di PWTC.
" Bagaimanapun , kami hairan mengapa mesyuarat perlu diadakan semula sedangkan Setiausaha Agung UMNO atau wakilnya tidak datang ke bahagian dan memanggil kedua - dua belah pihak dan perwakilan bagi menyelesaikan isu ini", katanya kepada Sinar Harian siaran hari ini. ( Keratan akhbar disertakan )
Katanya, beliau berasakan bahawa persidangan semula itu tidak perlu diadakan semula kerana keputusan sudah dibuat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi sebelum ini.
Menurut beliau, notis mesyuarat itu juga didakwa dikeluarkan dalam masa singkat.
" Notis untuk bersidang semula itu juga hanya diperoleh oleh pihak tertentu sahaja.Dalam hal ini, saya berpendapat mungkin ada banyak perkara yang menjadi persoalan", katanya.
Fairul Iskandar berkata, beliau memohon Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan MT UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razk supaya meneliti dan membuat penilaian sewajarnya berhubung perkara itu.
Menurut beliau , laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan rapi dan adil dijalankan agar pihak yang melemparkan dakwaan berhubung mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Batu sebelum ini atas kepentingan peribadi dikenakan tindakan sewajarnya.
" Rata - rata Ketua Cawangan UMNO Bahagian Batu tidak berpuas hati enggan menghadiri persidangan semula yang diadakan itu. Saya bersedia berhadapan sebarang tindakan berhubungn laporan polis yang dibuat ini", katanya.

11 comments:

Anonymous said...

alhamdulilah

saya menyokong perjuang kamu..teruskan perjuangan saudaraku


ahli senyap tapi bisa

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam
khususnya warga Batu

saya salah seorang pemerhati politik UMNO Batu
untuk sekian lama baik dari zaman arwah
Senator Datuk Azman Attar hinggalah kepimpinan
yang ada sekarang.
Dan seperti biasa betullah kata2 orang politik
bahawa POlitik Batu adalah yang paling unik
dibandingkan daripada bahagian lain.

Sejak zaman arwah lagi sebenarnya politik batu
terdapat jurang atau kem2 yang berbeza
Sebab itulah ada orang politik pernah berkata,
kalau siapa yang nak kenal dunia politik sebenarnya
maka masuk & turut serta dalam politik Batu.
Memang tidak dapat dinafikan UMNO Batu tidak pernah
ada pemimpin yang boleh mencapai hingga taraf Menteri
atau Ahli MKT UMNO namun jika disiasat sebenarnya
kebanyakkan pemimpin yang ada sekarang sebenarnya
lulusan atau bekas ahli UMNO Batu.
Seolah-olah UMNO Batu ni hanya mampu melahirkan
pemimpin yang berkebolehan tetapi bukan untuk
kebaikan UMNO Batu itu sendiri.
Hanya selepas mereka keluar dari UMNO Batu
barulah mereka dapat berjaya.

Jadi apabila ramai yang berkata ahli UMNO Batu ini
tidak bijak berpolitik, sebenarnya anda silap.
Hanya ahli UMNO Batu sahaja yang tahu menilai
permata dan manikam.
Didalam politik Batu, wang bukan segalanya.
Biarlah ditaburkan satu kapal kontena sekalipun
belum tentu kemenangan dapat dicapai.
Sekadar mengambil contoh pemilihan yang baru lepas
kita lihat 2 jawatan tertinggi mempunyai cerita berbeza

contoh pertama:

pemilihan jawatan Timbalan Ketua Bahagian di antara
Ramlan Salleh (156 undi) dan Johari Md Isa (99 undi)

= di antara kedua2 orang ini sebenarnya mempunyai kewangan
dan agak dermawan ketika kempen tempoh hari. akhirnya
keputusan yang agak besar majoritinya berpihak pada Ramlan.
Apa faktor kemenangan beliau sedangkan Johari lagi hebat
kewangannya.Bagi ahli UMNO Batu mungkin lebih arif sebab tu
ada orang di barisan Dato Yusof sendiri mengundi Ramlan.

contoh kedua :
Pemilihan naib ketua UMNO bahagian diantara
Rahim Suboh(116 undi) dan Hassan Jamalluddin (139 undi)

Semua orang tahu berapa banyak Rahim habis tempoh hari
sedangkan calon lawannya seorang calon dikatakan "Marhaein"
tetapi mempunyai peribadi yang baik.Rahim seorang yang khabarnya
digelar ahli "Korporat" akur kepada "kebaikan peribadi" Hassan.
Adakah kemenangan Hassan kerana perwakilan termakan "politik wang"

di atas adalah 2 senario yang berbeza dan hakikatnya apa yang berlaku
adalah kehendak perwakilan bukannya atas faktor rasuah.
Bagi bloggers yang suka menabur fitnah tersebut mungkin sebenarnya
tidak pernah menilai perkara sebenarnya.Di dalam kita politik kita
seharusnya terbuka kepada semua faktor dan implikasi.
Janganlah sempitkan fikiran serta Jumud hanya kerana
kecewa diatas kekalahan individu.

saya juga ingin menyentuh mengenai apa yang terjadi sebenarnya hingga
terciptalah persidangan semula UMNO Batu pada 28 Disember 2008 yang lalu.

Senario yang bermula pada 1 November 2008 dimana pemilihan diadakan
dan keputusan yang dikeluarkan baik dari jawatan Timbalan Ketua,
Naib Ketua,AJK, Pemeriksa Kira dan Calon G7 dimenangi oleh keseluruhan
barisan Abas. Undi yang paling sedikit adalah AJK yang terakhir iaitu
saudara Saifuddin (Sentul KTM) iaitu sebanyak 130 undi.
Oleh itu secara logik sepatutnya bila satu kapal dah menang
nakhoda (kapten) kapal juga menang. Namun sebaliknya berlaku apabila
Abas hanya mendapat 123 undi berbanding 128 undi Yusof.
Walaupun keputusan diragui semua perwakilan yang menyokong Abas akur
dan bertindak keluar dewan. Jika dilihat keadaan dewan ketika itu
yang tinggal sudah semestinya penyokong Yusof tetapi tidak sampai
50 orang pun dan dewan begitu sunyi tanpa sorakan dari kem Yusof sendiri
(pelik kan, menang tapi tak bahagia)

selepas selesai persidangan yang meragukan itu
(penyokong Yusof sendiri tidak percaya)
Barisan Abas telah membuat bantahan bertulis
mengenai masalah terhadap cawangan Lebuhraya karak Fasa 2
(ironiknya cawangan ini adalah bekas cawangan Arwah datuk Azman Attar)
dimana Pengerus Tetap cawangan tersebut adalah seorang yang muflis.
sebenarnya isu cawangan ini telah dibangkitkan sebelum persidangan lagi
namun bagaikan ada "tangan-tangan belakang" yang mencampuri dan
akhirnya persidangan diadakan tanpa mengambil kira bantahan tersebut.
sebagai pihak yang kalah sudah semestinya perkara ini dibangkitkan semula
an kali ini bantahan tersebut disusuli dengan bukti2 yang kukuh ketika
mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan majlis Tertinggi UMNO Malaysia
kedua-dua pihak baik Abas dan Yusof dipanggil dan dibicarakan.
Pada ketika itu, sebelum membuat keputusan, Jawatankuasa pengurusan pernah
bertanya kepada kedua-dua pihak sekiranya diarahkan untuk bersidang semula
sanggupkah pihak yang menang untuk bertanding semua jawatan.Pada ketika itu
hanya barisan Abas sahaja yang bersetuju bertanding semua jawatan termasuk
G7 dan sayap Pemuda namun atas sebab tertentu Datuk Yusof dan Mejar Mokhtar
tidak menerima tawaran tersebut dan hanya berminat untuk mengekalkan jawatan
ketua bahagian sahaja.(pelik tapi benar,isu ni diketahui oleh semua perwakilan
barisan Abas sedangkan perwakilan barisan Datuk yusof tidak tahu menahu perkara
ini.kenapa dirahsiakan? hanya Datuk Yusof sahaja yang tahu.

Pada 5 November 2008, Satu surat ditandatangani oleh Datuk Sri Tengku Adnan
selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia mengarahkan UMNO Batu bersidang semula
(Keputusan dibuat oleh Timbalan Presiden Datuk Sri Mohd Najib sebelum ke Peru)
atas faktor bantahan terhadap cawangan Lebuhraya karak fasa 2 diterima dan
cawangan tersebut dibatalkan perwakilannya (4 orang). Namun selepas selesai
mesyuarat pengurusan pada hari itu, sewaktu Datuk TPM kita keluar dari pejabatnya,
ada 2 orang Pegawai Tertinggi UMNO Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan telah
berjumpa secara rahsia dan membisikkan sesuatu kepada Datuk TPM. Hasilnya
persidangan semula tersebut dibatalkan atas sebab majoriti kemenangan Yusopf
tempoh hari adalah 5 undi.Jika ditolak 4 sekalipun Yusof masih menang Sekali
lagi Jawatankuasa Pengurusan membuat keputusan berpihak kepada Yusof Hamid.Ini
adalah keadilan ketika itu dan UMNO Malaysia bertindak atas fakta yang sahih
bukannya atas dasar kroni

bantahan kedua dibuat mengenai proksi salah satu cawangan AJK Bhgn yang bukannya
dari AJK caw.Bantahan ini diterima tetapi keputusan undi telah menjadi bercelaru
kerana satu lagi undi terpaksa ditolak.Akhirnya apabila wujud bantahan ketiga yang
juga hampir sama kesnya dengan caw Lebuhraya karak iaitu ada lagi satu caw yang
dipengerusikan oleh seorang yang muflis, maka demi mengelakkan sebarang kemungkinan
yang tidak diingini seperti berlakunya kes UMNO dibubarkan 1988 (orang lama tahu ceritanya)
maka keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
dalam mesyuarat mereka pada 18 Disember 2008 dipengerusikan oleh Datuk sri TPM
kita dan dihadiri oleh Naib2 Ketua UMNO Malaysia, Ketua Wanita Malaysia, Ketua Pemuda
Malaysia,Ketua Puteri Malaysia dan Ahli MKT UMNO Malaysia maka satu keputusan dibuat
dan notis persidangan semula dikeluarkan oleh Setiausaha UMNO Malaysia mengarahkan
Persidangan semula UMNO Bahagian Batu pada 28 Disember 2008. Namun perkara ini dirahsiakan
oleh Pentadbiran UMNO Batu daripada perwakilan semua sehinggalah pada 26 Disember 2008,
UMNO Malaysia terpaksa mengambil alih segala persidangan dan notis dikeluarkan untuk
semua perwakilan Batu bagi menunaikan hak mereka bersidang pada 28 Disember 2008.Maka
akhirnya jadilah pertukaran Ketua UMNO Bahagian Batu yang baru iaitu Abas @ Yahaya Mat Ghani.

Kesimpulannya:

1) Sebenarnya apabila caw Lebuhraya Karak fasa 2 dibatalkan, implikasi turut terpalit \
kepada persidangan Pemuda UMNO Bhgn Batu kerana Pengerusi yang diumumkan muflis itu juga
adalah pengerusi tetap kepada Pemuda cawangan tersebut.
2)datuk Yusof ditawarkan untuk bertanding semula semua jawatan termasuk timbalan ketua,
naib ketua, AjK, G7 dan Sayap Pemuda tetapi beliau tolak dan hanya kekalkan Ketua bahagian
3) sejauh mana perwakilan barisan datuk Yusof benar2 mengetahui cerita sebenar sedangkan
barisan Abas, perwakilan mereka sentiasa dimaklumkan sebarang keputusan atau cerita.
Siapa yang telus atau tidak telus?
4) Tuduhan kononnya barisan Abas hanya membuat cerita palsu namun pada hari persidangan
semula ketika Rahim Suboh (calon naib ketua barisan Yusof, satu-satunya perwakilan barisan
Yusof hadir menunaikan hak beliau) bertanyakan perkara sebenar. Wakil UMNO Malaysia ketika itu
iaitu Datuk Brigadier Jeneral Husainy (SUK UMNO Malaysia) memberikan cerita beliau berdasarkan
laporan dan keputusan yang tepat, cerita beliau adalah sama seperti yang disampaikan oleh
barisan Abas dan laporan saya kali ini. jadi Siapa yang menipu atau ditipu?
5) kalau benar kemenangan tempoh hari Yusof hamid kerana beliau adalah kuat dan mempunyai
penyokong setia yang ramai, kenapa tidak berani turun semula ke gelanggang untuk beraksi semula
sedangkan ambang kemenangan berpihak kepada beliau (betul ke atau keputusan tempoh hari palsu?)
6)kenapa perwakilan barisan Yusof ramai tidak tahu mengenai persidangan semula sedangkan notis
dikeluarkan oleh UMNO Malaysia sejak 19 Disember 2008. Menurut Jeneral Husainy, pihak UMNO
Malaysia telah cuba menghubungi pihak pentadbiran baik secara telefon, datang ke pejabat mahupun
faksmili namun tiada sebarang jawapan diterima.Sebab itu pihak UMNO Malaysia mengambil alih.
7) kenapa Ketua bahagian saja dipertandingkan.Pertama, sebab Yusof hamid sendiri tidak mahu
jawatan lain dipertandingkan.kedua, jumlah perwakilan yang dibatalkan adalah 9 orang bermakna ada
9 undi. Sekiranya ditolak 9 undi kepada semua calon yang menang baik jawatan timbalan hinggalah
pemeriksa kira2, calon yang menang tetap menang. (ikut sepertimana senario masa Yusof hamid menang
1 undi selepas majoriti 5 ditolak 4 undi caw lebuhraya karak)
Oleh itu apabila format yang sama diguna pakai maka undi Ketua bahagian saja yang kurang dari 9
maka terpaksa dipertandingkan semula.
8)Adakah perwakilan barisan Yusof tahu siapa sebenarnya Yusof hamid sejak beliau muda hingga kini?
Sila tanya orang2 di kampung melayu sekitar Sentul dan mengapa hingga kini cawangan di dalam kawasan
Sentul khususnya warga tua amat membenci beliau.
9) mengapa setelah beliau menang hampir 1 bulan setengah lamanya tiada satu pun mesyuarat jawatankuasa
atau usaha dari pihak Yusof hamid untuk menyatu padukan kembali Ahli UMNO Batu. malah keistimewaan
selaku AJK UMNO Batu tidak diagih-agihkan secara adil.Apa yang terjadi kepada program Korban tempoh hari,
program UMNO bhgn yang diadakan tanpa diketahui oleh jawatankuasa UMNO bhgn sendiri? Mengapa segala projek
hanya diberikan kepada pihak tertentu walaupun mereka bukannlah jawatankuasa bahagian?? Persoalan terakhir
kemana perginya duit pilihanraya yang hampir mencecah RM1.3 juta tempoh hari? dan kenapa selepas kalah
Bangunan UMNO Batu diambil alih oleh yayasan Pendidikan batu??
Siapa sebenarnya yang benar2 ingin mempejuangkan Agama, Bangsa dan Negara?


Akhir kata dari saya, jangan menilai seseorang individu itu hanya pada manis mulut dan limpahan
projek/wang. kita juga perlu menilai pada keperibadian dan kejujuran pentadbiran.Mungkin Abas tak
menang semua, Yusof tak kalah semua. Selagi wujudnya kem2 tertentu maka perjuangan UMNO batu akan
terkubur selamanya.Apa yang pasti jika masalah ini tidak selesai maka UMNO Batu akan berakhir......


Ahli UMNO yang kecewa tetapi tetap setia

Anonymous said...

Kepada saudara ku Fairul Iskandar,

komen di ats telah menjawab segala pertanyaan saudara. seperti yg telah kita ketahui ibu pejabat umno m'sia telah m'hantar surat mesyuarat semula pada 19 aribulan.tetapi yg di umumkan oleh UMNO bhgn ialah pd 26/12.jd fikir-fikirkan lah siapa yg telus dalam soal ini.Rahim suboh (calon naib ketua bhgn) juga tidak tahu mngenai hal ini. Jd dimana ketelusan kem di belah sane.Itulah susah nya UMNO Batu di mana orang yg memegang jawatan/ingin memegang jawatn mempunyai kepentingan peribadi.Tetapi ketetapan telah di buat.Kita sbg Pemuda harus menghormati keputusan yg telah di keluarkan oleh UMNO M'sia.Saya sbg salah seorang PEMUDA UMNO di Bhgn Batu insyaallah akn meneruskan perjuangan ini bg memartabatkan bangsa agama & negara.Tidak ini akn dijadikan alasn kepada kita utk tidak meneruskan perjuanagn ke atas parti keramat orang melayu, UMNO.Jd renung2kan lah.

Anonymous said...

Apapun pada saya semua ini berpunca dari pengurusan bhg Batu sendiri yg sejak dari dari awal persidangan cawangan2 telah mengambil sikap ingin membatalkan 9mesyuarat cawangan2 yg tidak mencalunkan Yusuf Hamid, menghantar macam2 lapuran salah laku pihak Abas, seolah Yusuf Hamid dan SU bhg ketika itu malaikat dan tak buat salah. Itu sudah cukup menyatakan Yusuf Hamid pengkhianat parti dan tak layak jadi pemimpin. Diburukkan lagi dengan keadaan menipu dokumen kerajaan (surat pengesahan pengerusi tetap LKF2 yg bangkrupsi) dan dgn bongkaknya mengatakan cawangan berkenaan dah bersidang semula tetapi adalah sebaliknya, kehadiran perwakilan yg disertakan pun adalah salinan kehadiran yg dr persidangan yg pertama...amat lucu...
Paling lucu...dah tahu nak kalah, semasa dlm persidangan pertama 2008, Yusuf Hamaid menyatakan bangunan UMNO telah menjadi milik Yayasan Batu....sedarkah dia bangunan itu tersergam kerana dia menjadi Ketua UMNO Bhg...duit dari mana yg dia dapat...tentulah hasil kerja2 semasa menjawat jawatan...kalau dah abis lepas saja....Hari ini sign board UMNO dah dibuang dari bgn itu...itulah perjuangan Yusuf Hamid dan kuncunya...tindakan amat memalukan dr pejuang kononnya...itu belum cerita lembu korban dan projek kecil kelas F lagi yg menganaktirikan majoriti ketua2 cawangan....maka kembalilah kita berfikir tentang adanya Qada dan Qadar....apapun kepada Saudara Abas dan rakan2 nya....anda semua adalah pejuang sebenar sehingga mendapat semula yg hak...UMNO amat perlukan pemimpin sebegini, yg tidak pernah berputus asa....saya yakin Sdr Abas dan 2 lagi mantan ketua pemuda (rakan karibnya), barisan mudanya akan dapat menyatukan cawngan2 serta mentadbir UMNO Batu dengan lebih baik dan berwawasan dalam memperjuangkan nasib bangsa.

Anonymous said...

Salam sejahtera


BEtulla, saya lalu depan pejabat bahagian,signboard UMNO dah diturunkan.

Kenapa.? dah pindah ke.Ke nak tubuh parti lain.Jangan, perjuangan belum selesai.

Hairan juga kenapa papantanda UMNO Bahagian yang dulunya tersergam indah lalu diturunkan.

Siapa lagi yang nak perjuangkan UMNO Batu ni.?

HIDUP UMNO

Anonymous said...

nape nak pertikaikan bangunan tu...itukan milik yayasan pendidikan batu...dlm persidangan lepas(masa datuk usop menang la) kan dijelaskan...nak perjuangkan umno ke ...nak perjuangkan bangunan...tanpa bangunan itupun umno masih lagi boleh diperjuangkan...ataupun dah lama mimpi nak tido lm bangunan tu kot

Anonymous said...

tahniah DYH!!!..ini lah rupanya perjuangan DYH..saya merupakan penyokong tegar DYH tetapi langkah menurunkan papan tanda UMNO di pejabat bahagian sangat memalukan..Kita harus menerima kekalahan ini mgkn merupakn petanda dr ALLAH yg kita telah melakukan kesalahan yg lalu..Mgkn kita bongkak, sombong dan sbgi nya. Kita lupa apa yg di kurniakan itu adalah dr ALLAH ST..DYH tidak kalah semua dan Abas tidak menang semua..Marilah kita bermuhasabah kerana perjuangn agama bangsa negara ini lebih berharga dr kita mengejar duniawi..kpd DYH, sekiranya papan tanda itu di turunkan dan dilakukan oleh pihak DYH, saya sbg penyokong DYH berasa malu, mual, menjelikkan dan menyesal kerana bersama2 dato bejuang..saya berasa amat sedih kerana org pd mas ini sudh tidak mempedulikan perjuangan tetapi lebih mementingkan diri dr parti..sya merayu dan berharap DYH dpat meletakkan kembali ppan tanda itu kerana disitu lah mercu tanda UMNO Bahagian Batu...


ahli/wanita/pemuda/puteri...penyokong DYH yg sangat kecewa ...

Anonymous said...

korang semua cakap pandai aku sebagai pengundi batu aku nak tengok 2013 kita tawan balik parlimen batu kalau tak dapat korang semua letak jawatan kalau cakap pandai nak buat bodah tak payah jadi pemimpin bagi pulak org lain jangan mengata orang je pandai di sebabkan orang2 macam korang nanti rosak orang melayu semua

Anonymous said...

aku setuju dgn pendapat yg bertarikh Rabu 7/1/2009, kalau pemimpin umno & kuncu-kuncunya sekarang ni pandai sangat buktikan pilihanraya 13 kita tawan balik Parlimen Batu. Jgn pandai cakap aje sekarang ni pun dah mula nak berlagak sombong bodoh.... pasal bgn umno pun nak kecoh dah mula ada sosek-sosek dari pemuda yg tak puas hati dgn ketua yg baru ni... itulah dia orang melayu belum dapat sanggup buat apa aje tapi bila dah mula berkuasa mulalah org bawah diabaikan...Inikah pemimpin yg dicari?????? Fikir-fikirkanlah....

Anonymous said...

tahniah abas,ramlam

Anonymous said...

hehe...biasalah manusia...bila tak dapat kuasa dan DUIT, maka dikatakan dianaktirikan....sudah-sudahlah wahai manusia...politik memang sah-sah kotor...nak-nak nye politik orang melayu yang berperangai pariah...saya mampu doakan anda semua hidup bahagia....heheh kan abas tu ibarat malaikat...semoga abas hidup bahagia..Al-fatihah untuk abas!