Monday, December 15, 2008

DATUK BANDAR KL BARU MULA TUGAS HARI INI ; MEDIA TAK DIBENAR MASUK ; FUAD JUMPA MENTERI WP HARI INI !

KUALA LUMPUR, 15 Dis 2008 -- Sepertimana yang diketahui umum, Ahmad Fuad telah dinamakan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke 9. Hari ini Fuad telah memulakan tugasnya di DBKL. Wilayahkini difahamkan pihak wartawan dari awal pagi telah menunggu kehadiran Fuad tetapi tidak dibenarkan masuk. Difahamkan Fuad mengadakan perjumpaan dengan semua Pengarah Jabatan selama 15 minit sebelum mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dipejabat Menteri, Tingkat 6 Bangunan DBKL.
Wilayahkini dengar, Datuk Bandar baru tidak mahu berjumpa dengan media hari ini ? Banyak cerita yang kita dengar mengenai Ahmad Fuad. Hari pertama beliau masuk ke DBKL sudah menyaksikan pelbagai drama dan klimaks di DBKL.
Pihak media yang menjangka Ahmad Fuad sebagai seorang yang "mesra media" selama ini, dikatakan kecewa dengan insiden tersebut. Apakah Ahmad Fuad akan berjumpa dengan media ataupun melepaskan diri dari pihak media ? Apakah akan ada beberapa pengumuman penting dari Datuk Bandar baru selepas ini ? -- Wartawan Wilayahkini
BERITA SEBELUM INI.......

KUALA LUMPUR -- Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Datuk Ahmad Fuad Ismail akan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru menggantikan Datuk Abdul Hakim Borhan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dijangka mengumumkan perlantikan Fuad pada satu sidang media petang esok dipejabatnya. Wilayahkini difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Abdul Hakim dan mahukan Fuad dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru.
Namun disebalik perlantikan Datuk Bandar baru dalam tempoh masa 24 jam ini macam - macam cerita mula kedengaran. Ada pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan perlantikan Fuad dan Abdul Hakim pula dikatakan kecewa dengan perkembangan tersebut. Namun disebalik perlantikan baru ini, banyak perkara perlu dinilai dan dipantau. Ikutilah , komen khas Wilayahkini mengenai isu ini SECEPAT MUNGKIN......

8 comments:

BELIA PASAR MINGGU said...

semat tinggal abd hakim kerana telah banyak menyusahkan orang ramai

Anonymous said...

Jaga2. Setahu saya Fuad ini kurang semangat melayu nya. Banyak bukti masa beliau d MPSJ dan KPKT.

Anonymous said...

Aku harap DB baru ni dapat tengok balik CCC di DBKL agar memudahkan dan mempercepatkan. Buat piagam betul-betul dan jelas. Ini renovation pun sampai 6 bulan baru nak lulus, rugi masa je. Ikut macam MBSA Shah Alam, banglo pun 1 hari boleh lulus. Ikut syarat dan standardnya nya, pagi submit, petang ambik surat lulus.

No 2, DBKL jadilah pelopor untuk memantau iklan-iklan berbentuk sticker yang ditampal oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Cacat premis kami, pintu, cat dinding. Yang banyak nya iklan Ah Long. Harta awam macam pondok telefon, TNB junction box, papan tanda jalan pun habis kena lekat sticker. Harap ada undang-undang yang boleh mendakwa no telefon contact pada iklan-iklan tersebut dengan hukuman yang berat. Agar masyarakat kita lebih bertamaddun dan berkesedaran sivik yang tinggi.

Anonymous said...

Biar Najib pantau dia kalau kurang semangat Melayu dia.

Anonymous said...

Pelukis Pelan, aku harap masalah kau yang teknikal tu orang DBKL ambik perhatian.

Anonymous said...

DB baru diminta pro aktif untuk menmyelesaikan kemelut tanah Kg Baru yang banyak tangan nak ambil alih tanpa persetujuan penduduk kampung seperti GABEM etc. Isu keperluan peniaga Pasar Minggu, isu pembahagian tanah pusaka mengkut hukum, pendatang asing yg mendiami Kg Baru.
DB juga perlu menyelesaikan aliran trafik yg amat menyusahkan akibat kedudukan stesen NGV baru dgn stesen minyak Petronas. Barisan teksi yang panjang ke NGV menyusahkan orang nak masuk ke stesen minyak dan simpang ke dalam Kg Baru. Kajian EIA lalu lintas di jalan tu DBKL tak buat ker?

Anonymous said...

Rombak balik , bagi peluang orang lain pulak boleh buat duit kat DBKL. Orang lama tu perlahan-lahanlah bagi peluangkan orang lain pulak.

Anonymous said...

Dalam ISU malam tadi , Datuk Bandar telah ditanya pasal Kampung Baru. Dia tersasul akan saiz keluasan tanah 220 kaki persegi ke ekar ke. Tapi yang paling best dia tahu akan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Lembaga Pentadbiran Malay Agriculture Settlement (MAS) Kampong Baharu Kuala Lumpur. Ada dua kerusi dia pegang, satu Datok Bandar dan lagi satu Yang Dipertua LPMAS. Tahniah Dato' Bandar kita. Harap dia dapat melihat Kg Baru dari perspektif yang berbeza bukan pembangunan fizikal semata-mata demi kesinambungan Melayu di tengah-tengah bandar yang dikelilingi oleh pembangunan oleh GLC dan bangsa asing.GLC kena jadikan Kg Baru sebagai anak angkat mereka dalam melaksanakan program-program dll.