Saturday, April 4, 2009

TIDAK SAMPAI 24 JAM JADI PM , NAJIB BUAT LAWATAN MENGEJUT KE KL BERSAMA ZULHASNAN RAFIQUE ; WARGA KOTA TERKEJUT !

KUALA LUMPUR April 4 -- Tidak sampai pun 24 jam mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 secara rasmi semalam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan mengejut ke Kuala Lumpur iatu ke Petaling Street,Vista Angkasa (Kg Kerinchi ) dan Brickfields bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
" Saya lakukan lawatan tidak rasmi dan lawatan mengejut.Cuma orang tertentu sahaja diberitahu.Saya maklumkan kepada Zulhasnan ( Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique ) saya tidak mahu permaidani merah, tak mahu bungga manggar" kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Sila klik- (Laporan Bernama ) mStar Online : Najib buat lawatan mengejut sekitar Kuala Lumpur . Lawatan Perdana Menteri bukan sahaja memberi kejutan kepada orang ramai yang berada di ketiga - tiga kawasan tersebut malah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat penghormatan pertama dari Perdana Menteri setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru menggantikan Pak Lah. Ini juga merupakan program pertama Najib Tun Razak bersama rakyat jelata selepas bergelar sebagai Perdana Menteri. Warga kota Kuala Lumpur juga ternyata gembira melihat wajah Najib apabila beliau muncul di Petaling Street, Vista Angkasa dan Brickfields.

8 comments:

kembara putih said...

Ikhlasnya si Najib ni ye. Siap bagitau 'keikhlasan' beliau kepada mstar online. Fuuh..bangganya.

Tapi tengok pada gambar bukan main ramai lagi yg bercermin mata hitam escort dia tu. Lawatan mengejut apa sampai ramai2 escort daa..

Anonymous said...

Tahniahlah DS Najib. Harap2 pemimpin2 Bahagian pun ikut jejak yg sama. Jangan harapkan pemimpin atas aje buat kerja. bangunlah pemimpin UMNO Bahagian2 ku di WP ni.

anak jati jalan Raja Tun Uda said...

Kawasan Cina - Petaling Street, kawasan India - Brickfield.
Itu belum turun kawasan Melayu lagi - Kg Baru lagi, bila Najib tanya kat Menteri pasal Undang-Undang MAS Kg Baru dan kaitannya dengan pembangunan pasar minggu Puncak Baru, belum tentu boleh jawab. Kg Baru adalah 'baby' Tun Razak dulu masa 1974. Masa berubah kepada kawasan Wilayah Persekutuan, Undang-Undang MAS ini dikekalkan untuk kesinambungan orang Melayu kat tanah bertuah tu. Maka jangan sembarangan dengan tanah orang Melayu ni.

Anonymous said...

Dia ikut cara bapak dia masa melawat kawasan rakyat. Syabaslah Datuk Seri Najib. Ikutlah cara bapak yang baik itu. Pulihkan sistem negara yang sedang diusahakan untuk dirosakkan oleh segelintir pihak. Harap pemimpin lain jangan kekok buat cara macam ni. Terjah kawasan!!!!!!

Anonymous said...

Salam..

Syabas kita ucapkan kepada Datuk Najib, kita yakin di bawah pentadbiran beliau, banyak lagi pembahuruan yang akan dibuat...

Isyarat buat Datuk Zulhasnan, supaya selalu turun ke kawasan, jangan hanya di Setiawangsa saja..

Anonymous said...

Banyak pemimpin yang rasa macam Merak je ada jawatan, tiba masanya turun betul2 ke bawah!

Anonymous said...

kah kah kah ,buat letih je zulhasnan ikut najib, akhirnya kena tendang keluar kabinet. sebabnya najib dah tahu lama dah bahawa zulhasnan tak buat kerja untuk bela orang melayu kl. baru hari ini nak berlakon.
kasihan budak-bidak zulhasnan, habis berhingus dok bodek dan ampu zulhasnan, akhirnya jadi ikan busuk.
tulah, teman dah pesan dulu, buatlah kerja untuk rakyat tika diberikan jawatan dan kuasa, bukannya pentingkan kroni je.

kah- kah kah, lepas ni kita tunggu episod ked2 - sapa pengerusi perhubungan umno wpkl.(rasanya shafie le, sapa lagi).

Puas said...

baru nak gelakkan zulhasnan, dah ada orang gelakkan dulu... tulah, zaman ada kuasa dulu, sibuk buat harta, tak tolong rakyat, tak tolong org yang mengundi awak...now awak terima padahnya... alhamdulillah, Dato Seri Najib tak buta.. syabas!! Actually DSN has been waiting for the right time... Tahniah to DSRosmah jua. Now your turn to show to the angkuh ladies out there... (sapa lagi, bini2 menteri yang berlagak tu lah) laalalallalala