Wednesday, April 29, 2009

ORANG WILAYAH - RAUF DI LANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA KERJA UMNO MALAYSIA YANG BARU ; SAZALI JADI SET POL RAJA NONG CHIK !

KUALA LUMPUR 29 April - Apapun boleh terjadi dalam arena politik ;Naib Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Abdul Rauf dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia yang baru. Rauf juga merupakan bekas Setiuasaha Pemuda UMNO Malaysia dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang.
Rauf pernah tewas dengan Datuk Seri Azim Zabidi bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang pada tahun 2004.
Pada pemilihan UMNO Bukit Bintang yang diadakan pada bulan November lepas , Rauf berjaya menang dalam persaingan jawatan Naib Ketua Bahagian dalam persaingan tiga penjuru. Rauf menewaskan bekas Ketua Pemuda Bukit Bintang Baderisham dan seorang lagi calon yang bernama Yahya Ariffin. Walaupun Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi digugurkan sebagai Bendahari Agung baru - baru ini , namun warga UMNO di Bukit Bintang dan Wilayah Persekutuan masih boleh senyum besar dengan perlantikan dan kebangkitan semula Rauf dalam kancah politik negara.
Sementara itu, Wartawan Wilayahkini dari Putrajaya melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik telah melantik Ketua Pemudanya Sazali Kamilan sebagai Setiausaha Politiknya. Walaupun sebelum ini ada banyak ura - ura yang mengatakan Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai Ir. Ikhsan Shamsuddin yang dikatakan akan dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Raja Nong Chik.

19 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada bro rauf. sesungguhnya satu pemilihan yang amat tepat.

by the way, apa ni kecoh pasal orang berebut nak kerja dengan menteri wialyah yang baru, ha ah jawatan yang direbut adlah sebahgai setiausaha politik antara ketua pemuda sekarang dengan mantan ketua pmuda. ha ha ah

lepas tu aku dengar anak buah dia zuri orang kuat kj akan jadi setiausaha sulit dia. he he aku pelik sikit orang kuat kj tapi pakcik dia orang kuat najib. macam mana tu

setiausaha kahbar aku dengar rashid bekas pegawai media kj

ha ha ah

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

gandingan mantap tu...budak KJ dalam kementerian wilayah. hebat...hebat...

mahunya raja nong...jadi raja 'bersiong'...sembah derhaka dato' raja...

tahniah dato' rauf ber-wang...UMNO Wilayah memang hebat dan padu.

Anonymous said...

Jangan Dato Rauf buat keputusan sembarangan, ikut suka hati aje, macam masa jadi SU Pemuda Malaysia dulu. Dulu lain sekarang lain. Klu masih perangai ' aku berkuasa' maka lingkup UMNO pada PRU13 nanti

Anonymous said...

apa nak jadi umno wilayah ni...
setiausaha dato rauf dulu masa kerja dengan datuk hisyammudin ketua pemuda umno dengar2 dah kena buang.... umno wilayah pulak ambik...

DATO RAJA NONG CHIK pulak dengar ambil sazali kamilan jadi setpol... budak ni menyombong..

ambik tg zuri anak buah dia jadi setiausaha sulit.... bukan ahli politik... berniaga besar dengan kj...

umno umno.... sampai bila orang umno marhaen nak rapat dengan menteri... nak projek jangan harap la.....

sama2 undi pembangkan lahhh...

Anonymous said...

apa nak jadi umno wilayah ni...
setiausaha dato rauf dulu masa kerja dengan datuk hisyammudin ketua pemuda umno dengar2 dah kena buang.... umno wilayah pulak ambik...

DATO RAJA NONG CHIK pulak dengar ambil sazali kamilan jadi setpol... budak ni menyombong..

ambik tg zuri anak buah dia jadi setiausaha sulit.... bukan ahli politik... berniaga besar dengan kj...

umno umno.... sampai bila orang umno marhaen nak rapat dengan menteri... nak projek jangan harap la.....

sama2 undi pembangkan lahhh...

KHAIRUL said...

buktikan yang sazali menyombong..dah 10 tahun aku kenal dia xde masalah pun.walaupun satu ketika dulu aku tidak menyokong beliau,tapi beliau tetap ok.tidak penah ketepikan aku apabila ingin bekerjasama bersama beliau.jangan main bantai je bro.kenal dlu hati budi beliau.tak kenal maka tak cinta..dan janganlah nak melaga-lagakan pemimpin-pemimpin lembah pantai.masing-masing ada tugas yang telah di serahkan oleh Dato'Raja.klu semua nak ke kementerian alamat tak terurus la lembah pantai.

KHAIRUL said...

Zuhri walau dia dgn kj tapi dia boleh buat keje.janganlah semua orang yang berkebolehan kita nak ketepikan.ada juga idea-idea mereka yang berguna.pada aku ini adalah masa untuk mereka buktikan pada kita yang mereka boleh bekerja bersama kita di akar umbi.kita wujudkan gabungan baru dan lama untuk perkuatkan kembali umno.aku juga akan menegur mereka jika ada kesilapan yang dilakukan.

Anonymous said...

orang-orang yang suka cakap orang lain tak bagus ni selalu nya datang dari bahagian cheras je

Anonymous said...

Klu nak memberi khidmat di wilayah nie mesti ada orang muda jugak. biar adek ku SAZALI tunjuk keupayanaan beb

Anonymous said...

ha ha ha aku rasa nak gelak. sazali tak sombong kah kah kah korang buat lawak ke. tanya satu lembah pantai semua tahu. tanding exco pemuda dua penggal dua dua kalah

tengku zuri, yelah memang tak slah kawan kj tapi ngaku je lah kj semakin berkuasa ha ha ha

tapi gua rasa pasal sazali, datuk raja nong akna ada problem

jalantengah said...

tahniah kepada semua yang terlantik sama ada diperingkat pusat atau diperinkat wilayah ... dah dapat jawatan apa lagi buatlah keje untuk memastikan kita akan berjaya menawan semula kawasan2 yang mana telah tewas ketangan .. buat keje jgn dok asyik nak cari kesalahan orang .... yang dah dapat jawatan oklah ... yang tak dapat nie dok jelous cemburu ... buanglah sikap yang buruk tu .. kita kena rapatkan barisan dan terus berjuang ... yang korang nie asyik dok bantai jer apa yang korang dapat ... bagilah semangat dan kata-kata nasihat kepada rakan2 yang baru nak belejar buat keje .. barulah orang melayu dan orang diwilayah akan disegani dan disanjung .. ni tak ari-arai bantai .. cam ner org melayu nak berjaya .. kepada tok menteri wilayah dato raja teruskan perjuangan .. kepada setpol yang baru rapatkan balik perhubungan antara pemimpin2 dalam wilayah seterusnya diperingkat pusat .. selamat berjuang kepada semua ... jgn lupa ada banyak perkara yang perlu diperjuangkan demi memastikan kemenangan bn didalm pru ke13 nanti.. jgn marah2 org nak buat keje bagi semnagat dan nasihat .. idup umno

KHAIRUL said...

elo..yang bercakap nie orang lembah pantai ke?dah cukup mengenali sazali ke?bile masa sazali bertanding exco dah dua kali pula nie.?cakap biar betul sikit bro.jangan main lepas je.pemilihan yang lepas baru kali pertama bertanding exco dan dapat no 24.kira ok la tu.dah rezeki bukan di exco tapi tertulis di tempat lain.yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua.

SHAM SEPUTEH said...

TAHNIAH UNTUK SAHABAT, SAUDARA RIZALMAN DATO' MOKHTAR (KP BTR) KERANA MENJADI KETUA PEMUDA WILAYAH.

Anonymous said...

tahniah Raja nong chik ambil sazali kamilan..

SEmuga "ANAKKU SAZALI" pandai pandai la jaga orang wilayah..
jangan jaga poket sendiri ye...

amaran keras dari "SAMSENG KAMPONG DUSUN"

Anonymous said...

Tahniah Dato Zulhasnan semasa menjadi menteri ada dua intitusi pengajian Tinggi Islam wujud di WP.Kolej Imtiaz diAU3 sekolah Menengah Agama WP Di Bandar T.Razak..Tahniah juga kpd semua yg terlibat....

Anonymous said...

Menegur adalah tuntutan agama, memfitnah adalah dilaknat Allah. Jika tidak tahu fakta, jgn jadi orang terhina kerana mengikut nafsu.Kepada yang telah dilantik, tahniah dan beritighfar kerana ini tanggung jawab besar untuk bangsa dan agama.Dalam dunia informasi yang terbuka luas dan pantas,terimalah kritikan dgn terbuka.Jawablah persoalan yang dilemparkan agar kita tahu yg sebenar.SELAMAT BERJUANG.

KPI UMNO said...

Tahniah dato' raof atas perlantikan sebagai SUK Umno Malaysia, dulu group2 yg kutuk u dalam bhgn semua ketawakan u dan rasakan mereka gah sbb control bahagian, sekarang ni, diaorng semua dah hancur dan mula nak menghimpit dato' dan kuncu - kuncu dato' pulak....ha ha ha..boleh blah....ini lah politik, bila ada kuasa, jgn tertawakan orang, jgn block orang, sekrng jatuh kat batang hidung sendiri,muka kena tampal guni setebal - tebalnya....malunya....
Tapi apapun dato', cakap kena serupa bikin, ingat!!!!! jgn depan saja gah tapi belakang penakut, pastikan dato' berani dan advise Dato' najib betul - betul, jgn asyik takut - tajut je...buat apa lantik SUK kalau nak takut - takut dan ikut telunjuk je, kena berani kerana benar dan clean - up UMNO betul - betul. Keputusan lembaga Disiplin yang 900 lebih kes tu cepat siarkan melalui media, buang yang karat - karat ni, membership kita ada 3 juta lebih...bersepah yang ada potensi, tak yah simpan yang porak - perandakan UMNO ni..

putera gunung tahan said...

Assalamualaikum,

Semoga Raja Nong Chik dapat membawa apa yang diperlukan oleh warga kotaraya yang semakin ramai hidup kais pagi, makan pagi. Dari sistem pengankutan hinggalah kepada kekurangan padang permainan. Dari masalah rumah yang sempit menampung keluarga yang besar, hinggalah kepada masalah minda yang sempit tak terdaya menampung wawasan besar dan basa basi dari ideologi basi.

Tahniah juga atas pemilihan Sazali, yang aku kenal lama dahulu sejak bertatih dalam pilihanraya sekolah, membawa ke kampus, sehinggalah kini. Sazali yang aku kenal mampu membawa perubahan, mohon tak sesat jalan serta diberi perlindungan.

Selamat berjaya dalam menegakkan amanah bangsa.