Sunday, April 12, 2009

BOLA DI KAKI RAJA NONG CHIK : ANTARA JUSTIFIKASI, CABARAN, RINTANGAN , HARAPAN , WARLORDS ........!

KUALA LUMPUR April 12 -- Pembentukan kabinet baru masih menjadi perbualan hangat. Ada yang mengkritik. Ada pula yang menerima dengan separuh hati dan ada pula menerimanya dengan hati yang terbuka dengan hati yang keras kerana keputusan telah dibuat.
Lapan Menteri digugurkan. 7 muka baru tampilkan. Daripada 7 yang dilantik Menteri, empat daripada mereka adalah Senator (Dua orang kalah dalam PRU 12, seorang Ketua Bahagian UMNO dan seorang bekas tentera ). Perlantikan empat orang Senator ke jawatan berstatus Menteri menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi . Kenapa tidak melantik yang menang di PRU dan pemilihan UMNO ? Pilihanya banyak kerana mereka adalah wakil daripada rakyat. Kenapa mereka dipinggirkan ? Tan Sri Koh Tsu Koon yang tenggelamkan Pulau Pinang dilantik sebagai Menteri di JPM untuk menilai prestasi Kementerian, sedangkan beliau merupakan orang baru dalam kabinet sebagai Menteri Junior. Macam mana beliau dapat menilai prestasi Menteri - Menteri Senior dalam kabinet ? Di Wilayah Persekutuan pula,penguguran Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang menjadi wakil tunggal BN dan UMNO di WP menimbulkan pelbagai persepsi. Pakatan Pembangkang di Kuala Lumpur pula tanya " Siapa Raja Nong Chik ". Sila klik disini - Meet Raja Nong Chik the new FT chief . Mungkin mereka tak kenal beliau. Seperti ramai lagi, mereka juga terkejut dengan pemilihan Menteri WP yang baru. Apapun, perlantikan Menteri WP dan Menteri - Menteri lain yang baru adalah hak mutlak Perdana Menteri. Tetapi rakyat cuma mengharapkan justifikasi yang relevan, lebih - lebih lagi apabila Perdana Menteri berkata komponen rakyat diutamakan bagi mencerminkan KABINET RAKYAT. Kami dengar Datuk Raja Nong Chik pun telah berjumpa dengan Zulhasnan Rafique untuk mendapatkan pandangan dan nasihat? Kita harap Raja Nong Chik dapat bergerak dengan bebas dan tenang tanpa terpengaruh dengan pasukan - pasukan sorak yang bergelar "kumpulan syok sendiri". Lakukanlah yang terbaik. Cuba elakkan perang "Warlords" kerana banyak sangat warlords di Kuala Lumpur.
Kini bola dikaki Raja Nong Chik. Diharap beliau akan hantar bola ke pihak yang betul dan jangan tersilap hantar bola, kerana ramai sangat nak main curi ayam.Berhati - hatilah dengan mereka. Kini harapan baru diletakkan terhadap Raja Nong Chik untuk menjadikan Kuala Lumpur bandaraya yang maju menjelang tahun 2020. Buatlah yang terbaik dan buktikan kemampuan anda.
Selamat Bertugas !

24 comments:

KHAIRUL said...

tq..bersikap adil kepada semua pemimpin.beri peluang pada Dato Raja untuk buktikan keupayaan.beliau bukannya baru dalam politik wilayah.dari zaman pemuda beliau aktif.penah jadi ketua pemuda umno bahagian lembah pantai,timbalan ketua umno bahagian,ketua bahagian dari tahun 2001-2004,lepas tu kalah tapi beliau tidak putus asa tetap turun ke peringkat bawah dan menang kembali pada 2008 dan kini kemuncaknya dilantik senator seterusnya menjadi menteri wilayah.jd ia cukup untuk membuktikan beliau layak untuk di lantik kejawatan tersebut.

anak kg baru said...

kepada Dato' Raja, untuk tanah Kampung Baru pedulikan segala warlords yang nak sapu tanah Kg Baru dengan berbagai cara, kami orang kampung m,engalu-alukan Dato' Raja melihat masalah kami sebenarnya. Datanglah kepada rakyat.

Sahabat-Gunung said...

Aku sokong pandangan Khairul. Apa salahnya bagi peluang kepada Raja Nong Chik menerajui WP.

Kenapa nak pertikai keputusan yang dah dibuat oleh PM...sedangkan selama ini kami di Lembah Pantai tak kisah pun diPAKSA menerima Ahli Parlimen dari luar.

Kenapa korang nak sangat 'perbudak-budakkan' orang Lembah Pantai nie. Kenapa.... org Lembah Pantai nie tak pernah menyokong UMNO dan BN ker?

KL Safe City said...

Harap Raja Nong Chik bila dah dapat bola agak-agak tersepit pass-pass jugalah kat Najib dengan Muhyiddin. Big job ahead to regain Wilayah in next GE! They are your best advisor and competent in implimenting the agenda!!!!

Freebirds said...

Apapun Saya mengucapkan atas semua pelantikan baru.
Cuma yang saya tak paham apa itu
Kabinet Rakyat pada hemat saya ini bukan Kabinet Rakyat ini kabinet yang dilantik oleh PM.
Rakyat tidak memilih beberapa orang yang kini menjawat jawatan sebagai menteri.
Kenapa tidak beri peluang kepada mereka yang dipilih oleh rakyat.

Saya sememangnya kurang setuju dengan kabinet baru terutama sekali pengguguran Dato IR Zin,Dato Zulhasnan dan Khairy Jamaludin tidak diberi peluang langsung.

Diharap PM kita buat rombakan semula kabinet selepas 1 tahun pentadbiran dan mengikuti prestasi
menterinya.

anak jati Kg Baru said...

tengok Awani tadi, sedih Dato' Bandar-pun tak jelas akan kedudukan tanah kat Kg Baru, dia kata tanah pasar minggu bukan tanah MAS? Seluruh tanah dalam Kg Baru ada lah dibawah naungan MAS. Ada akta pengambilan tanah yang DBKL boleh ambik tanah kat Kg Baru? Kena dapat kelulusan Lembaga MAS dulu. Macam kat simpang Jalan Sultan Ismail ada kelulusan MAS! Tolonglah, janganlah perkotak katikkan tanah kami lagi!!!

Razlan said...

4. Pemilihan Dato Raja Nong Chik juga perlu dilihat sebagai peremajaan UMNO. Walaupun ada yang berpendapat kenapa orang yang menang tidak dilantik, tetapi YAB mungkin berpendapat kita memerlukan orang berkecuali didalam memimpin Wilayah Persekutuan.

Dato Raja mempunyai tugasan yang berat didalam menarik minat warga kota. Isu-isu peniaga dan menjaja merupakan satu cabaran bagi beliau.

Beliau mempunyai tugasan untuk mencari formula bagaimana untuk menaikkan taraf ekonomi dibandar. Penjaja perlu diberikan ruang dan peluang seluas-luasnya didalam meningkatkan perniagaan mereka.

Masalah Sosial yang luas perlu di selesaikan atau dikurangkan secepat mungkin. Disco-disco dan kelab-kelan malam perlu diberhentikan lesennya. Masalah Dadah yang berleluasa didalam bandar perlu di hapuskan.

Dato Raja juga perlu membersihkan tanggapan negatif masyarakat terhadap DBKL. Kedai-kedai mamak yang membuka meja perlu dicari formulanya untuk membersihkan mata masayarakat warga kota.

razlans.blogspot.com

MAS said...

wahai anak jati Kg baru..
bersabar la..pandai la RNC nk buat keje dia...beri la peluang...
ibarat kalau awak masuk lembah pantai..awak pun kena gak study dulu..baru tau ape masalah2 Lembah Pantai .. begitu juga dengan RNC.
jadi semua pun ada masalah tersendiri, beri peluang.

Sungai Dali said...

Salam. Sepertinya Wilayah Kini kurang favour diatas perlantikan Menteri WP kita yg baru. Tidak mengapa, sudah menjadi kebiasan kita sukar menerima kepimpinan baru akhibat terlalu selesa dan leka dibuai kesenangan. InsyaAllah golongan Muda terpelajar akan dapat memberi ruang waktu ke atas kepimpinan Dato' Raja Nong Chik didalam membawa pembaharuan dan penambahbaikkan di WP sejajar dengan matlamat 1 Malaysia oleh PM kita. Wassalam.

Anonymous said...

Sedikit pembetulan. Dato' Seri Zulhasnan Rafique yang digugurkan oleh kabinet baru PM Dato' Seri Najib Tun Razak bukanlah calon tunggal BN di WP yang memenangi kerusi pada PRU-12, terdapat juga calon BN lain yang menang malah dengan peratusan mejoriti yang jauh lebih besar seperti Dato' Seri Tengku Adnan Mansor di WP Putrajaya dan Datuk Hj Yussof Mahal di WP Labuan. Diharap Wilayah Kini dapat membuat pembetulan berdasarkan Fakta tersebut. Harap Maklum.

Anonymous said...

Buat YBM Dato'Raja Nong chik Bin Raja Zainal Abidin sekalung tahniah buat beliau.Selama 25 tahun bergelumang dalam dunia politik, akhirnya usaha berbaloi walau tidak pernah mengimpikan menjadi menteri.Perjuangan perlu diteruskan, kita semua bangsa Malaysia perlu bersatu. Bukan menyalahkan atau menjatuhkan sesama kita.Baik yang sekarang mahupun yang dahulu, masing-masing ada kekuatan dan kelemahan sendiri.Kita manusia tidak lari daripada kesilapan.Jadi lebih baik kita berdiam diri agar kita tidak mudah menambah dosa.Satu kan hati matlamat utama. Jangan kerana berdesing di telinga mudah menghina dan cerca.. Saya yang penulis ini juga insan biasa. Kita doakan. kita naikkan orang- orang kita ( Melayu ) tindakan menuduh atau menyalahkan kepada mereka yang tandatangani memo tidak mendatangkan faedah langsung. demi memenangi hati semua dan demi kemajuan pembangunan kita perlu lakukan sesuatu yang drastik.Bukan kata Dato Seri Zulhasnan tidak bagus, semua mampu jadi pemimpin cuma yang paling penting bagaimana nak tawani hati rakyat... Kita dengar kehebatan Dato'Seri Anwar berucap tapi kita tidak pernah merenung nasib bangsa kita mahu pun masyarakat sekeliling. Kita puas mengata di sana sini tapi sampai bila? bukan hebat mana pun Dato Seri Anwar... cuma beliau berjaya mempengaruhi dan meraih simpati daripada rakyat untuk mempercayai perjuangan beliau.ahir kata, ingat... jangan menang sorak kampung tergadai... kerana dendam bangsa melayu terkubur....

anak jati Kg Baru said...

Saudara MAS, dah lama kami sabar. Kita bagi point sekarang kat RNC membantu supaya dia jelas dan tak tercari-cari isu asas yang dia kena takel kat tanah kami. Tanah ini amat berbeza dari tanah-tanah lain, itu RNC kena faham. Saya percaya beliau akan berbuat sesuatu dalam perjuangan baru kini demi rakyat. Insyallah.

MAS said...

bagus la macam tu.. bersama-sama la kite bekerjasama.

Good Luck buat RNC

Anonymous said...

bersama-sama kita bersama anak2 kampung agarmereka pun jelas hak mereka. Kepada RNC selamat bertugas, pastikan pegawai2 nya tiada agenda tersembunyi untuk tanah kami, hanya berkhidmat untuk kebajikan rakyat. Sekarang ialah masa kami dilayan seadil-adilnya pasti sokongan ada!

anak jati kuala lumpur said...

kepada NRC harap dapat melaksanakan tugas denga lebih baik dari zulhasnan. najib dah pun melawat kawasan sekitar kuala lumpur tanpa permaidani merah pergi petaling street, kerinci, pasar chow kit. bila NRC nak buat lawatan mengejut supaya dapat mengetahui realiti sebenar kuala lumpur. dan jangan buat wayang kulit pulak umum nak datang semua persiapan disiapkan segalanya sehingga dibentang permaidani merah untuk menyambut menteri wilayah. yang penting realiti kuala lumpur harus ditatap oleh menteri supaya tiada yang terselindung lagi. bila datang secara mengejut baru tahu sebenarnya keadaan kuala lumpur.

Anonymous said...

kau asyik kata orang tak bela Tanah Kg Baru,kau tahu ke semua ini kena tengok akta dan perundangan, kau ayik duk depan komputer belasah sana belasah sini....kg baru macam reban ayam hang tak tak pegi selesai, orang Indon buat rumah sampai berangkai-rangkai bertingkat-tingkat rumah setinggan kau tak bantu selesaikan bantu kerajaan.Apa makna kau ni...Maknanya kau ni kaki sembang kedai kopi...atau kau ni bila bolih pacak kedai setinggan untuk suku sakat kau berniaga ..terbelalah maknanya...sedar dirilah sikit. lihat kiri kanan kau tu...hari-hari kerja mengumpat...rambut pun dah banyak beruban tu.....sedarlah sikit ye...aku terpaksa tulis disini kerana aku cukup jeluak dg komplen kau yang berulang2...cukuplah dg komplen buat cadangan pulak...

Anonymous said...

Betul dari nak bangunkan Puncak baru tu baik menteri selesikan masalah Indon dulu yang melambak kat Kg Baru, Datuk Keramat,

anak kg baru said...

Masalah indon DBKL lah selesai, Imegresenlah kena selesai . Asyik rush tempat lain je, rush lah tempat ni pulak. Yang banyak Indon ni Kg apa? kg Pindah? Kg Paya? Kg Periok? Ketua kampong kan ada, jumpalah bawa berbincang! Kg aku ok tak de masalah!
Kau ada baca undang2, kalau kau ikut undang2 tu memang boleh halau je Indon dan bangsa lain.
Kau nak cadangan, orang buat cadangan ada jemput kau datang buat sama-sama? Mana ada mereka belasah buat cadangan sendiri je kat tanah orang!

Anonymous said...

Boringlah asyik Kg Baru, kg lain tak de isu ke? Datok Keramat, Pandan, Segambut, Sg Penchala dll.

Anonymous said...

Ha sekarang Gombak pulak bersuara menyahut Kg baru!!!!!!

Anonymous said...

kau asyik kata orang tak bela Tanah Kg Baru,kau tahu ke semua ini kena tengok akta dan perundangan, kau ayik duk depan komputer belasah sana belasah sini....kg baru macam reban ayam hang tak tak pegi selesai, orang Indon buat rumah sampai berangkai-rangkai bertingkat-tingkat rumah setinggan kau tak bantu selesaikan bantu kerajaan.Apa makna kau ni...Maknanya kau ni kaki sembang kedai kopi...atau kau ni bila bolih pacak kedai setinggan untuk suku sakat kau berniaga ..terbelalah maknanya...sedar dirilah sikit. lihat kiri kanan kau tu...hari-hari kerja mengumpat...rambut pun dah banyak beruban tu.....sedarlah sikit ye...aku terpaksa tulis disini kerana aku cukup jeluak dg komplen kau yang berulang2...cukuplah dg komplen buat cadangan pulak...

Anonymous said...

lorong hj hussin tak ambil kisah ke

Anonymous said...

DBKL lah sibuk ke benda lain, tak fokus!

Anonymous said...

apahal posting 16hb sama je dengan 21hb punya?