Thursday, April 16, 2009

" SAYA TAK PENTINGKAN PROTOKOL TAPI AMAT TEGAS " - RAJA NONG CHIK !

KUALA LUMPUR April 16 -- " Mengakui tugasnya di Kementerian Wilayah Persekutuan itu agak sukar kerana kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur diwakili pembangkang, Datuk Raja Nong Chik berkata kerjasama antara kedua - duanya penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya. Beliau juga berharap pihak pembangkang tidak hanya mengkritik kosong sebaliknya turut berkerjasama menjalankan kerja - kerja pembangunan. Cara pentadbiran saya amat mudah.Saya tidak pentingkan protokol tetapi saya amat tegas ....yang penting kami perlu mendekati rakyat" Begitulah reaksi pertama Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Senator Datuk Raja Nong Chik selepas memulakan tugas rasminya di Kementerian Wilayah. Komen penuh , sila klik - BERNAMA - Pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan Digesa Turun Padang .
Perlantikan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan memberi kejutan kepada pelbagai pihak termasuk kepada 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Rata - rata ramai tidak mengenali beliau.
Raja Nong Chik yang akan bertanggungjawab memastikan pembangunan Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan, sepertimana diakuinya, beliau bakal berdepan dengan serangan dari 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Datuk Seri Zulhasnan Rafique merupakan wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya dan Datuk Yusuff Mahal di Labuan.
TOLAK POLITIK SYOK SENDIRI DI WP
Diharap Raja Nong Chik dapat memilih pasukanya yang mantap dan bermutu tinggi termasuk Setiausaha Politiknya , Pegawai Khasnya dan juga pegawai - pegawai lain untuk menangani segala permasalahan di Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan termasuk serangan dari Pakatan Pembangkang. Ramai juga berharap Raja Nong Chik tidak terperangkap dengan "gimik politik syok sendiri " yang dibawa oleh pihak - pihak tertentu di Wilayah Persekutuan. Raja Nong Chik perlu memilih pasukan yang diyakini oleh semua lapisan masyarakat.
Warga Kota sedang memerhatikan percaturan Raja Nong Chik selepas ini. Mereka juga mahu melihat pasukanya. Kita tunggu dan lihat.Sepertimana kata Perdana Menteri, kita perlu bergerak sebagai satu pasukan atas nama 1 Malaysia.

11 comments:

Ramli S. said...

Belum apa-apa, sudah ramai yang pertikaikan Pegawai DRNC!Tentu sudah dengar desas desus mengenai orang-orang kuatnya!Walaupun belum diumumkan,dapat kita lihat bayang Pegawai2 ini dari lantikan beliau di peringkat Umno Bahagian...kredibiliti,keikhlasan,
integriti,kapabiliti/kebolehan - semuanya tiada. Yang mungkin ada hanyalah, kesetiaan kepada Ketua.

Anonymous said...

Yeah, ikut protokol maknanya ikut law, jangan ikut undang2 koboi, main belasah dan bull doze jer! Hati-hati melangkah Dato' kami menanti isyarat perjuangan dari Dato'demi rakyat.

Anonymous said...

SAIPA PUN YANG DIPILIH JANGAN LAH KITA BERMASAM MUKA SESAMA KITA... YANG PENTING PERJUANGAN PERLU DISELESAIKAN DEMI NEGARA TERCINTA

Anonymous said...

saya kenal Zulhasnan rajin berkerja dan ikhlas orangnya, saya kenal Raja Nong Chik orngnya mempunyai perwatakan bersahaja dan tegas orangnya....kita doakan usaha murni Zulhasnan Allah jua yang MembalasNya dan Pentadbiran Dato Raja sentiasa mendapat petunjuk Allah dan pelindunganNya...yang penting Wilayah Persekutuan Maju Dan Sejahtera

piut panglima kasim said...

tahniah ayahanda raja nong chik...
anakanda amat berharap agar kesemua pemimpin kabinet dapt melakukan yg terbaik dalam tugas masing2. insan yg bernama rakyat amat memerlukan kebijaksanaan pemimpin dlm mentadbir agar semua dpt hidup aman. bersyukur di atas kurniaan tuhan kpd kita di bumi yg tercinta ini.

add said...

macam tak puas hati je nampak muka datuk zul tu... jangan macam tu datuk,,, manakala datuk raja pun jangan la senyum tu sampai ke telingan pulak,, hati hati datuk raja kerana datuk sekarang ni bukan ada musuh di pembangkang sahaja malah dari klik datuk zul sendiri... mampos la umno kalau macam ni...

Anonymous said...

patah tumbuh hilang berganti.itulah perpatah azimat yang cukup kuat pabila berlaku sesuatu pertukaran jawatan, kini satu babak baru telah dipertontonkan dengan kepimpinan era Zulhasnan kpd era Raja Nong Chik ,harapan semua mahukan pengganti akan membawa pembaharuan, itu adalah harapan,disini ingin diambil kesempatan nak mengajak agar semua warga w.persekutuan dapat berganding bahu dan tenaga memberi sokongan kpd Raja Nong.jangan slah sangka dan membuat anggapan salah kpd Dato Najib yg melantik Raja Nong,krn Dato Najib sangat kenal dan sangat rapat dg Raja Nong semasa sesama bergerak peringkat pemuda ,Dato Raja bolih buat banyak perkara yg Zulhasnan tak terbuat,Dato raja pun tidak kedekut dengan wang ringgit.ini bererti episod jentera wp yg akan ke PENANTI kali ini akan mewah semewahnya....itulah harapan.

Anonymous said...

tahniah kepada DRNC dan juga kpd DZ yang telah menjalankan tugas dgn sebaik mungkin tetapi telah dihampakan olih perangai pegawai-pegawai sekeliling dari Setiawangsa yang dilantiknya yang sombong dan suka maki hamun dan marah kepada orang yang memerlukan bantuan dari mereka dan tidak jujur ketika menjalankan tugas.

KAMPUNG BARU KAMPUNG KU said...

minta bantuan kepada para editor wilayahkini yang dapat mengenegahkan isu berkaitan kampung baru. harap maklum

http://www.kampungbarukl.blogspot.com

KAMPUNG BARU KAMPUNG KU said...

minta bantuan kepada para editor wilayahkini yang dapat mengenegahkan isu berkaitan kampung baru. harap maklum

http://www.kampungbarukl.blogspot.com

Sahabat-Gunung said...

Assalammualaikum

Aku yakin dengan kemampuan DRNC sebagai Menteri WP. Bagilah kepercayaan dan keyakinan kepadanya, bagilah peluang kepadanya memberikan khidmat terbaik untuk membangunkan WP.

Aku harap pegawai-pegawai yang bakal dilantiknya nanti, janganlah poyo sangat. Aku ada kenal sorang tu yang dah lama ikut Dato Raja... poyo sangat. apatah namanya, macam unta.