Thursday, April 23, 2009

BAHAGIAN - BAHAGIAN PAS DI WP TOLAK HADI AWANG ? BERDEGIL ATAUPUN MERAJUK ? PAS WP JADI PERHATIAN !

KUALA LUMPUR , April 23 -- Pas Wilayah Persekutuan tiba - tiba menjadi perhatian. Tindakan tujuh bahagian dikatakan tidak membuat sebarang pencalonan bagi tiga jawatan utama parti termasuk Presiden, Timbalan dan Naib Presiden telah mengundang pelbagai persepsi dan andaian politik. Ada yang berkata, Pas Wilayah Persekutuan menolak kepimpinan Datuk Seri Hadi Abdul Awang manakala ada pula pihak yang berkata Pas Wilayah mahu Datuk Nik Aziz "mengepalai" Pas pusat. Tapi ada pula yang berkata Pas WP mahukan "status quo ".
Tujuh bahagian yang dikatakan ialah Bukit Bintang, Cheras, Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Seputeh dan Labuan.
Manakala Pas Bukit Bintang mencalonkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Presiden bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tindakan Pas Bukit Bintang bukan sahaja meletupkan suasana malah mengegarkan fenomena dalaman politik Pas kerana Pas Bukit Bintang adalah bahagian pertama yang berani menamakan Nik Aziz sebagai pengganti Hadi Awang. Kenapa kami calonkan Nik Aziz ? sila klik DISINI untuk baca kenyataan lantang dan berani dari Yang Di Pertua Pas Bukit Bintang Radhi Hashim.
Sementara itu, Pas Wilayah Persekutuan pula kononya menafikan Wilayah Persekutuan tolak kepimpinan Hadi Awang sebagai Presiden ekoran kebanyakan kawasan tidak mencalonkan sesiapa untuk jawatan tertinggi parti. Sila klik DISINI , untuk baca komen Setiausaha Pas WP Hedzer Ibrahim.
Macam - macam cerita yang keluar mengenai isu ini. Sejauh mana kebenaranya ? Sila klik DISINI. Manakala, satu - satunya kawasan parlimen yang dikuasai oleh Pas di Kuala Lumpur - Titiwangsa pula mencalonkan Hadi Awang bagi Presiden dan Nasharuddin bagi Timbalan Presiden.
Apapun, Pas Wilayah Persekutuan kini menjadi perhatian !

5 comments:

Anonymous said...

Memang sewajarnya Tuan guru di lantik sebagai presiden... Hadi Awang sudah lupa asal usul...

pening kepala said...

Tapi bila tengok Tuan Guru ada pada majlis di Tmn Melewar dan mendengar ucapan Nga Kor Ming yang membaca ayat-ayat Allah, terasa ayat Allah ini dipermainkan oleh orang Kafir semata-mata atas tujuan politik! Tengoklah klip video di malaysiakini.com. Tepuk dada tanya selera! wajarkah kita membenarkan ini?

Anonymous said...

Nga Kor Ming ni setaraf ngan Tuan Guru ker or ngan Ir.Nizar boleh baca ayat-ayat ni. Mubaligh kristian pun pandaai ler.. Kalau dia nak petik ayat baca maksud ayat sahaja ayatnya mintalah Tuan Guru yang bacakan kan lebih baik. Bersuci pun belum tentu, ni ayat suci. korang orang pas pun tak tau nak beza yang suci ngan tidak!!
Taksub ngan parti boleh tapi jangan sampai perkara begini ketepi.
perkataan ALLAH dah bukan Islam nak guna korang tak komen langsung.. Mereka guna perkataan Tuhan dari dulu lagi setau aku lah hanya Umat Muhammad s.a.w yang Guna perkaan ALLAH. cuba perjuangkan ini.
Ahli Pas jangan terpedaya dengan rakan dlm Pakatan Rakyat. Pemimpin baru PAS ni ramai talibarut DSAI.
Inilah hakikat dalam politik
byyy... Salammm...

Unknown said...

jangan jadi bodoh sombong sebab tak mengaji...

ni lah masalah org umno.hujah pakai logik akal.tak bersandar wahyu.

di US, UK dah ramai yang masuk Islam sebab membaca Quran...di Malaysia?
Orang nak baca Quran pun dipertikai.memanglah niatnya kita tak tahu, tapi SIAPA KITA NAK HAKIMI NIAT ORG LAIN?

tuan2 pencacai umno sekalian, kalau kira suci tak suci, Saiyidina Umar Al-Khattab sebelum masuk Islam org pertama yg tak layak baca Quran sebab tangannya dah bunuh ramai org. Tapi, adik perempuannay yg sudah masuk Islam, menyuruhnya mandi sahaja lantas di berikan Umar (yg belum Islam lagi waktu tu) naskhah daripada Surah Taha utk dibaca oleh Umar.

Dengan bacaan itu dan izin Allah, beliau masuk Islam dan jadi Khalifah yg masyhur. Adakah antum BACA SEJARAH PENGISLAMAN UMAR?

Tepuk dada, TANYA IMAN KITA!

Anonymous said...

Salam...
Cik Aku.. Saiyidini Omar disuruh mandi untuk apa bersuci bukan, semasa itu Islam baru nak berkembang. Kini dah Bertapak lama ditanah melayu ini. Mantan PM Singapura Lee Kuan Yew pun Pandai baca Quran. Kita tak nafi bukan Islam boleh baca Quran tapi jangan lah sampai menyampaikan pada orang Islam nampak sangat orang PAs ni pun kena tazkirah. Kita selain membaca perlu jua memahami apa yang dibaca bukan menghentam UMNO sebab Fahaman. kalau baik kata baik kalau buruk ingat mengingatkan. Ugama Sama, Nabi 1, Sembah Yang-Esa, tapi mengutuk bangsa yang sama patutkahhh.. Jangan sempitkan minda anda dengan fahaman kepartian..